Pernahkah anda ingin mendapatkan muka berbentuk-V? Kini,hasrat untuk memperolehi muka kita dibentuk semula bukannya mimpi.
Namun, ada juga risiko jika tidak berpengetahuan tentang prosedur mendapatkan muka berbentuk-V, dan mendedahkan kita kepada risiko yang teruk atau pengalaman yang bahaya.
Muka berbentuk-V sudah cepat diiklan berlebihan dalam dunia kecantikan,malahannya, pusat kecantikan dan klinik yang tidak sah melakukan prosedur ini, walaupun prosedur estetik mesti dillakukan oleh doktor perubatan yang sah.
Berapa banyak anda mengetahui tentang berbentuk semula muka? Makin banyak diketahui, makin kurang kita menghadapi risiko yang tidak diketahui.
Bersama Pusat Perubatan Beverly Wilshire, saya telah mengumpul pertanyaan anda dan mendapatkan doktor yang berkelayakan tinggi untuk menjawab soalan anda - bagaimana memperolehi muka berbentuK-V?
Anda bertanya, kami menjawab.
Semua informasi dan jawapan diberikan oleh doktor pakar yang disahkan dari Pusat Perubatan Beverly Wilshire.
Bagaimana memperolehi muka berbentuk-V?

Cara yang paling selamat dan langsung untuk mendapatkan bentuk muka yang diingini ialah melalui prosedur surgeri, dikenali berbentuk semula muka, atau prosedur berbentuk semula muka berbentuk-V.
Setiap insan mempunyai watak dan profil muka unik, jadi rawatan atau prosedur harus dilakukan mengikut watak individu.
Biasanya, semasa berkonsultasi dengan pakar estetik atau kosmetik, soalan tentang kesihatan pesakit pun penting, selain bertanya soalan lain.
Adakah anda penyakit perubatan?
Apakah penyakit ini dan apakah medikasi anda ambil?
Pernahkah anda menjalankan surgeri dahulu, tidak kira kosmetik atau bukan kosmetik?
Tujuan menyampaikan soalan-soalan ini ialah untuk menilai kondisi pesakit supaya tahu bahawa pesakit sesuai untuk mendapatkan surgeri. Keselamatan anda adalah keutamaan.
Kemudian, kami melihat muka anda, kami mesti menilai muka anda.

Sesuatu yang jarang difikirkan, iaitu, muka dan leher kita adalah satu unit. Segala perubahan terjadi pada muka, leher pun kelihatan perubahan.
Untuk membentuk semula muka, adalah baik jika perubahan dilakukan pada kedua-dua muka dan leher untuk keputusan yang terbaik.
Semasa penilaian muka, doktor kosmetik yang mahir dan berpengalaman akan meneliti setiap ciri-ciri anda dan berbincang tentang solusi terbaik untuk keputusan terbaik.
Contohnya, jika anda mendapati kulit longgar pada dahi, anda harus mendapatkan peningkatan dahi dan alis mata, selain ‘facelift’ dan leher, untuk keputusan terbaik.
Jika anda memperolehi kelopak mata yang terkulai, ia akan ketara selepas ‘facelift’ dan leher, oleh itu, surgeri kelopak mata pun hendak dicadangkan.
Keseluruhannya, perbincangan preliminari dengan doktor kosmetik sama penting dengan prosedur surgeri itu, supaya anda dan doktor kosmetik dapat sampai ke jangkaan yang diingini.
Apakah yang dilakukan sebelum ‘facelift’/ prosedur berbentuk semula muka?

Pertamanya, jururawat akan menyediakan anda untuk surgeri. Kemudian, pakar kosmetik akan menandakan muka anda pada posisi untuk insisi dibuat, sudut untuk ’facelift’ menjadi satu dan garisan untuk menarik kulit muka.
Langkah ini adalah genting sebab prosedur berterusan akan dilakukan berdasarkan garis panduan ini.
Apakah berlaku semasa ‘facelft’/ prosedur berbentuk semula muka?

Langkah 1: Anestesia
Prosedur berbentuk semula muka adalah lama, lebih kurang 4 jam. Oleh itu, anestesia umum adalah pilihan yang sesuai sebab pesakit tidak akan berasa selesa selama 4 jam jika anestesia tempatan di beri.
Semasa fasa ini, pelbagai prosedur lain boleh dilakukan untuk memperbaiki keputusan prosedur ‘facelift’ atau berbentuk semula muka. Ini termasuk:
- Implan muka
- Augmentasi tisu lembut untuk kontur semula struktur muka anda
- Teknik semula untuk memperbaiki tona dan tekstur kulit muka
- Kekurangan kedutan melalui suntikan
Langkah 2: Insisi
Bergantung pada tahap perubahan anda ingin, pilihan facelift termasuk facelift tradisional, facelft insisi terhad, atau neck lift ( ini harus dibincang pada fasa pre-surgeri)
Insisi facelift bermula pada garis rambut pada pelipis di dahi, lalu sambung ke sekeliling telinga dan tamat pada bahagian kulit kepala.
Lemak akan di ukir atau diagih ke sekeliling muka, jowl dan leher, dan tisu tersembunyi boleh di posisi semula. Lapisan dalam kulit muka dan otot juga diangkat.
Kemudian, kulit anda ditutup semula pada kontur dan kulit berlebihan dipangkas dan buang. Insisi kedua di bawah dagu perlu dibuat untuk memperbaiki leher penuaan.
Langkah 3: Tutupkan insisi
Sutur atau pelekat kulit diguna untuk menutupkan insisi.
Apabila insisi sudah sembuh, garis insisi dari prosedur facelft akan tersembunyi dalam garis rambut dan kontur semula jadi muka dan telinga, oleh itu tiada tanda akan kelihatan pada muka anda!

Langkah 4: Lihat keputusannya.
Pembaiki yang terlihat pada prosedur facelift atau berbentuk semula muka akan muncul selepas bengkak dan lebam hilang.
Keputusan akhir akan memberi anda penampilan yang muda serta relaks dan memberi keyakinan kepada diri anda!
Apakah berlaku selepas prosedur facelift/ berbentuk semula muka?

Hari pertama selepas surgeri, pembalut kecil akan diletak pada bahagian yang dibedah.
Pada hari kedua kemudian, anda boleh mandi atau basahkan luka.
Jika anda segan akan kelihatan anda buat masa transisi ini, anda boleh biarkan rambut turun atau memakai cermin gelap.
Adalah baik jika anda menetap di ward klinik untuk 1 atau 2 hari,tetapi, jika anda balik ke rumah, baiknya anda menghadiri pemeriksaan yang biasa sehingga bengkak kurang.
Biasanya, facelift atau berbentuk semula muka bukan prosedur yang sakit, tetapi anda akan merasai sedikit ketidakselesaan disebabkan oleh bengkak.
Adakah prosedur facelift /berbentuk semula muka berisiko?

Prosedur facelift adalah biasa. Terdapat komplikasi seperti kecederaan saraf, kecederaan vasal atau jangkitan, tetapi, ini jarang berlaku.
Bengkak yang berlaku selepas prosedur adalah biasa, ini bukan komplikasi.
Jika bengkak berlebihan,maknanya terjadi pendarahan atau gumpalan darah. Jika bengkak besar, saliran akan dilakukan, walaupun tidak biasa tetapi boleh dilakukan.
Selepas surgeri, bengkak akan bertahan sehingga 2 minggu ( terutamanya jika anda mendapatkan surgeri kelopak mata juga, sebab kulit kelopak mata yang nipis berkecenderung bengkak dan lebam.
Adakah facelit /bentuk semula muka meninggalkan parut?

Parut yang dirisaukan ialah garis insisi dalam facelift. Sebagai pakar bedah kosmetik, kami akan menyembunyikan parut sebaik mungkin.
Untuk parut pada dahi, kami melakukan insisi dekat kulit kepala supaya kurang kelihatan.
Untuk insisi pada tepi muka, kami lakukan di belakang telinga.
Untuk sebarang kes, kami buat insisi mengikut lipatan kulit supaya tersembunyi.
Tidak kira parut tebal atau nipis, bergantungnya pada jenis kulit anda. Jika anda sering dapat parut keloid ( seperti parut bengkak daripada suntikan BCG), berkemungkinan anda akan dapat parut tebal.
Doktor anda akan perhatikan parut anda dengan teliti dan selepas surgeri, anda dinasihat mendapatkan suntikan steriod atau rawatan laser untuk menghentikan parut menjadi tebal.
Pakar bedah kosmetik memerlukan masa untuk mengurangkan keparutan semasa surgeri. Masa lebih untuk surgeri,keputusan lebih baik.
Seorang pakar bedah tidak berpengalaman akan menarik kulit anda sebanyak boleh atau melakukan prosedur secara cepat, lalu menyebabkan parut dan juga keputusan tidak semula jadi.
Seorang pakar bedah yang mahir dan berpengalaman akan menjaga keselamatan anda serta cuba mencapai keputusan yang semula jadi dan keremajaan untuk anda.
Adakah bentuk-V muka saya berkekalan?

Sebagai surgeri restoratif, facelift tidak mengubah wajah asas anda dan tidak boleh menghentikan proses penuaan.
Pelindungan matahari sehidup akan mengekalkan penampilan keremajaan anda dengan mengurangkan penuaan-foto ( penuaan disebabkan oleh kerosakan matahari)
Bersama ini, gaya hidup yang sihat dapat memanjangkan keputusan keremajaan anda, memberi penampilan lebih remaja.
Penjagaan kesihatan anda juga boleh melambatkan proses penuaan.Ikuti prosedur muka yang sihat. Makan banyak makanan yang anti-oksidant. Buatlah prosedur kurang invasif untuk melambatkan proses penuaan.
Apabila cara-cara yang tidak menghasilkan, barulah masa untuk mempertimbangkan surgeri kosmetik untuk mengekalkan penampilan remaja.
Adakah saya sesuai untuk mendapatkan muka bentuk-V?

Terdapat sekatan untuk prosedur berbentuk semula muka, seperti pesakit yang mengalami diabetik, tekanan darah tinggi, atau pesakit yang tidak lama mengalami strok.
Kalau tidak, anda bersedia untuk mendapatkan prosedur kosmetik surgeri untuk memperolehi bentuk muka keinginan anda.
Walau bagaimanapun, saya ada pesanan yang penting untuk anda yang ingin kelihatan seperti orang lain ataupun seorang selebriti.
Malangnya, kami tidak boleh buat anda kelihatan seperti orang lain.
Apa yang kami boleh lakukan ialah buat anda kelihatan seperti diri sendiri tetapi lebih muda dan lebih ayu.
Bolehkah muka berbentuk-V berlebihan?

Berkemungkinan di bawah seorang doktor yang tidak mahir atau kurang berpengalaman, keputusan daripada prosedur berbentuk semula muka boleh menggembirakan atau berbeza daripada jangkaan.
Sebab ini, adalah penting untuk:
Selalu dapatkan konsultasi dengan seorang pakar kosmetik yang berpengalaman, disahkan dan berkelayakan.
Pastikan semua jangkaan dan kebimbangan dipertimbangkan dalam fasa perbincangan sebelum prosedur. Jangan biar pertanyaan disimpan
Jika anda ingin berbual dengan seorang pakar bedah kosmetik mengenai keperluan estetik anda, hantarkan pertanyaan anda ke Pusat Perubatan Beverly Wilshire di sini, dan anda akan terima maklum balas dalam 3 hari bekerja!
Adalah sukar untuk membetulkan kesalahan pada muka yang dilakukan oleh pakar bedah kosmetik lain, jadi sebelum anda mendapatkan surgeri, pastikan anda buat cadangan yang berilmu.
Elakkan iklan oleh pusat kecantikan atau klinik tidak sah. Penyalah gunaan prosedur akan memberi komplikasi kepada situasi.
Bolehkah saya dapatkan muka berbentuk-V tanpa surgeri?

Sedangkan keputusan akan berbeza daripada ‘facelift’ atau prosedur berbentuk semula muka, tidaklah susah untuk mencapai bentuk muka yang halus tanpa pembedahan
Bersamalah kita untuk isu berikutan tentang pilihan untuk muka berbentuk-V, tanpa surgeri.
Jika anda ingin berbincang dengan seorang pakar bedah kosmetik yang berpengalaman tentang keperluan kosmetik anda, hantarkan pertanyaan anda ke Pusat Perubatan Beverly Wilshire di sini, dan kami akan hantar maklum balas dalam 3 hari bekerja!

Contoh Perbincangan