Adakah anda ingin menukar wajah anda daripada kelopak mata tunggal kepada kelopak mata berganda, seperti artis kegemaran anda?
Terdapat lebih daripada satu cara untuk memperolehi kelopak mata berganda, seperti pemakaian pita kelopak mata, penggunaan gam untuk membentuk lipatan sementara ataupun suturing (jahitan) kelopak mata berganda. Tetapi semuanya hanya untuk sementara sahaja, jadi bagaimana untuk saya memperolehi kelopak mata berganda yang berkekalan?
Bersama dengan Pusat Perubatan Beverly Wilshire, saya telah mengumpul soalan-soalan anda dan mendapatkan doktor-doktor berkelayakan tinggi untuk menjawab soalan anda - bagaimana untuk memperolehi kelopak mata berganda yang berkekalan?.
Anda telah bertanya, kami mempunyai jawapan.
Semua maklumat dan jawapan diberi oleh doktor yang sah dan berkelayakan dari Pusat Perubatan Beverly Wilshire.
Apakah surgeri kelopak mata berganda? Ada berapa jenis surgeri kelopak mata berganda?
Surgeri kelopak mata berganda, atau blefaroplasti, adalah prosedur surgeri untuk membentuk penampilan kelopak mata berganda daripada kelopak mata tunggal atau monolid.
Terdapat blefaroplasti atas dan blefaroplasti bawah, dan juga perbezaan antara blefaroplasti untuk Asian dan blefaroplasti untuk Kaukasia.
Walaupun kedua-dua prosedur melibatkan perubahan pada kelopak mata, blefaroplasti untuk orang Asia mengutamakan bahagian atas kelopak mata.
Prosedur ini melibatkan penyingkiran kulit dan lemak berlebihan untuk membentukkan satu lipatan pada bahagian atas kelopak mata, lalu mengubahkan penampilan daripada kelopak mata tunggal atau monolid kepada kelopak mata berganda.
Kebaikan prosedur ini adalah memberi kelihatan mata yang lebih ayu, cerah dan menarik perhatian.

Sebaliknya, blefaroplasti untuk kaukasia mengutamakan kelopak mata yang kelihatan letih. Penyingkiran kulit berlebihan, otot-otot dan lemak dilakukan untuk mengatasi masalah kelihatan letih.
Blefaroplasti bawah dilakukan untuk mengatasi kantung mata atau memperbaiki penampilan kedutan di sekeliling mata.
Bagaimanakah surgeri kelopak mata berganda dilakukan?
Mari kita lihat setiap jenis yang berlainan:
Surgeri Kelopak Mata Berganda untuk Kelopak Mata Atas

Faedah:
- Mengurangkan kekenduran dan bengkak
- Menyingkir kulit berlebihan
- Kelihatan kurang letih atau sedih
Prosedur:
- Pakar bedah membuat potongan kecil pada bahagian lipatan paling bawah di kelopak mata anda.
- Kulit berlebihan dan sedikit otot akan dikerat secara berhati-hati.
- Pakar bedah akan membuat potongan kedua pada bahagian atas mata dan menyingkir atau mengubah posisi lemak untuk mengurangkan bengkak.
- Potongan akan ditutup dengan jahitan, pita pembedahan atau pelekat kulit.
- Anda sudah memperolehi kelopak mata berganda!
Surgeri Kelopak Mata Bawah Jenis 1: Potongan Luar

Faedah:
- Mengurangkan bengkak dan kantung mata
- Menyingkir kulit dan lemak yang berlebihan
- Kelihatan lebih muda
Prosedur:
- Pakar bedah akan membuat potongan kecil di bawah garisan bulu mata.
- Selepas mengelupas kulit ke belakang, pakar bedah akan buat potongan pada otot. Sebahagian kulit akan dikeluarkan untuk mengurangkan kekenduran.
- Pakar bedah akan mengeluarkan atau mengubah posisi lemak berlebihan untuk mendapat kontur yang licin.
- Potongan akan ditutup dengan jahitan kecil.
Surgeri Kelopak Mata Bawah Jenis 2: Potongan Dalaman

Faedah:
- Mengurangkan bengkak dan kantang mata
- Menyingkir kulit dan lemak yang berlebihan
- Kelihatan lebih muda
Prosedur:
- Pakar bedah akan membuat potongan kecil pada garisan bawah bulu mata.
- Kelopak mata dikelupas ke belakang untuk pakar bedah membuat potongan pada otot di dalam kelopak mata.
- Pakar bedah akan mengeluarkan atau mengubah posisi lemak berlebihan. Tiada kulit atau otot dikeluarkan.
- Potongan akan dijahit tutup dengan benang berlarut atau pelekat kulit.
Seperti yang dijangka, prosedur ini tidak senang dilakukan. Oleh itu, anda mesti mendapat surgeri kelopak mata berganda daripada pakar bedah yang berpengalaman dan berkelayakan!
Jika anda ke klinik yang tidak disahkan untuk surgeri kelopak mata berganda, bukan sahaja kulit anda terjejas tetapi mata anda juga. Untuk mengetahui lebih tentang surgeri kelopak mata berganda di Pusat Perubatan Beverly Wilshire, hantarkan pertanyaan anda di sini dan anda akan dapat maklum balas dalam masa 3 hari bekerja!
Pertanyaan Kelopak Mata Berganda
Adakah Surgeri Kelopak Mata Berganda Menyakitkan?

Surgeri kelopak mata berganda ialah prosedur pembedahan, jadi kesakitan pada luka akan dirasai sekali-kala selepas rawatan.
Walaubagaimanapun, kesakitan semasa dan selepas prosedur adalah kurang. Analgesik digunakan dan prosedur dilakukan dengan anestesia.
Penjagaan yang baik untuk kelopak mata berganda anda

Selepas mendapatkan kelopak mata berganda yang baharu, anda juga perlu menjaganya dengan baik, terutamanya jahitan kelopak mata berganda. Ini sebab kulit anda memerlukan masa untuk menyesuaikan kepada suture atau benang bedah yang memegang lipatan itu.
Berikut adalah beberapa nasihat doktor:
- Elakkan mandi dalam 24jam selepas prosedur. Ini membolehkan luka menutup supaya tiada jangkitan berlaku.
- Elakkan pemakaian kanta sentuh atau ‘make-up’ pada bahagian atas kulit mata selama 2 minggu selepas prosedur.
- Senamam kuat seperti angkat berat tidak digalakkan selama beberapa minggu selepas prosedur sebab peningkatan tekanan darah anda akan mengganggu proses pemulihan anda.
- Jangan gosok atau menekan pada kulit mata anda, terutama pada bahagian rawatan.
Apakah yang surgeri kelopak mata berganda boleh rawat?
Selain daripada memperolehi kelopak mata berganda melalui surgeri kelopak mata (blefaroplasti), surgeri ini juga boleh merawat kondisi lain!
Ini terdiri daripada:
Epikantoplasti (sudut dalam mata)

Mata boleh dipanjangkan secara mendatar melalui epikantoplasti untuk kelihatan lebih besar dan lebar. Epikantal atau lipatan Mongolian, pada bahagian dalam sudut mata, dilepaskan dan dibetulkan.
Prosedur ini direkomen bersama prosedur surgeri kelopak mata berganda supaya dapat keputusan yang terbaik.
Kantoplasti lateral (sudut luar mata)
Kantoplasti lateral membetulkan keadaan sudut luar mata yang lereng ke bawah untuk mendapat mata yang kelihatan lebih besar dan cergas.
Pembetulan Ptosis (kelopak mata ditarik ke bawah)
Walaupun adalah biasa untuk kelopak mata kelihatan ditarik ke bawah, tetapi terdapat kes yang kelopak mata ditarik ke bawah sehingga menjejas kelihatan pesakit.
Pesakit yang menghadapi kelopak mata ditarik ke bawah tidak digalak menjalani surgeri kelopak mata berganda. Sebab rawatan akan menyebabkan bentuk mata kelihatan lebih tarik ke bawah.
Langkah yang baik adalah menjalani pembetulan ptosis untuk membetulkan kelihatan mata ditarik ke bawah sebelum mempertimbangkan prosedur mata seperti surgeri kelopak mata berganda.
Adakah terdapat risiko dan kesan sampingan?

Ini sangat, sangat penting: Dapatkan rawatan kelopak mata berganda anda hanya dari klinik yang sah dan oleh doktor yang diverifikasi!
Bukan sahaja muka anda yang boleh dijejaskan, tetapi anda juga mendedahkan mata anda kepada risiko salah laku rawatan oleh seorang yang tidak professional atau tidak disahkan tanpa pengalaman.
Terdapat beberapa kesan sampingan dan risiko daripada rawatan kelopak mata berganda:
- Jangkitan pada bahagian rawatan yang terdedah.
- Mata kering disebabkan oleh insisi berlebihan atau insisi tidak terlatih pada kulit.
- Kulit mata tidak seimbang disebabkan oleh prosedur kurang baik.
- Parut daripada insisi berlebihan atau insisi tidak terlatih pada kulit
Pilihan doktor atau pakar bedah untuk menjalankan prosedur kosmetik anda akan menjejaskan keputusan rawatan.
Oleh itu, bincangkan dengan seorang pakar bedah kosmetik yang bereputasi atau berpengalaman dalam prosedur kelopak mata berganda supaya risiko rendah dan anda mendapat nilai yang baik untuk wang yang dibayar.
Untuk pertanyaan tentang rawatan kelopak mata berganda, hantarkan pertanyaan anda di sini!
Pertanyaan Kelopak Mata Berganda
Bolehkah anda dapatkan rawatan kelopak mata?

Asalkan terdapat keadaan anatomikal yang sesuai, anda boleh dapatkan jahitan kelopak mata berganda dari umur 16 ke atas.
Proses pemulihan selepas rawatan semakin lambat semakin meningkat usia. Jadi dewasa yang berusia mengambil masa yang lebih panjang selepas prosedur untuk pulih.
Namun, keputusan prosedur tidak terjejas.
Lagi satu peringatan daripada doktor:
Kesederhanaan adalah paling penting. Walaupun prosedur kelopak mata berganda semakin biasa, sedikit transformasi pada kulit mata boleh memberi perbezaan ketara kepada seluruh muka kita.
Kulit mata seperti orang Barat boleh membuat orang Asia kelihatan tidak semula jadi. Jadi, yang penting ialah mendapat kelihatan yang cantik dalam kebudayaan sendiri , bukan kelihatan lebih ‘Barat”.
Okay, mana boleh saya pergi?

Tak kira sama ada rawatan perubatan, prosedur pembedahan, ataupun rawatan estetik, keselamatan dan kesejahteraan anda mesti diutamakan.
Elakkan promosi atau rawatan pemberian yang kelihatan terlalu bagus untuk dipercayai, daripada pusat atau klinik yang tidak sah.
Prosedur yang dilakukan pada kulit anda, terutama pada muka, bukannya perkara kecil. Anda mesti pastikan bahawa pakar bedah ialah doktor yang berkualifikasi dan berpengalaman dalam rawatan anda sedang mencari.
Di ERUFU Care, kami hanya senaraikan klinik dan doktor yang disahkan dengan review pesakit yang tulen supaya anda boleh membuat pilihan yang baik.
Ini termasuk Pusat Perubatan Beverly Wilshire, sebuah pusat perubatan estetik yang menitikberatkan rawatan berkualiti supaya anda pasti mendapati servis yang terbaik selama rawatan anda.
Jadi, jika anda mempertimbangkan untuk mendapat rawatan kelopak mata berganda, hantarkan pertanyaan anda di sini dan dapat jawapan dalam 3 hari bekerja!
Pertanyaan Kelopak Mata Berganda
Atau jika anda mencari klinik di tempat lain selain Kuala Lumpur, lihat klinik berdekatan anda dengan rawatan kelopak mata berganda di sini.
Bagaimana jika saya tidak inginkan pembedahan?

Kalau macam itu, anda boleh pertimbangkan rawatan kelopak mata berganda suturing (jahitan) - baca lebih di sini: Kelopak Mata Berganda Tanpa Pembedahan!

Contoh Perbincangan