Jika anda inginkan kelopak mata berganda selain daripada kelopak mata tunggal yang tipikal kepada orang Asia, pastilah anda tidak berseorangan.
Salah satu kajian selidik yang utama untuk rawatan estetik adalah kelopak mata berganda dan saya juga menerima banyak soalan daripada pesakit tentang kelopak mata berganda selama masa saya di sini!
Banyaknya soalan, tetapi jawapan yang sah dari internet memang kurang. Jadi bersama dengan Pusat Perubatan Beverly Wilshire, kami telah mengumpul soalan-soalan anda lalu mendapatkan doktor-doktor yang berkelayakan tinggi untuk menjawab soalan-soalan anda, terutamanya tentang kelopak mata berganda tanpa pembedahan.
Anda bertanya, kami menjawab.
Semua jawapan dan informasi telah disediakan oleh doktor-doktor dari Pusat Perubatan Beverly Wilshire yang sah.
Jahitan kelopak mata berganda- kelopak mata berganda tanpa pembedahan!

Apabila kita berfikir tentang kelopak mata berganda, sangkaan kita ialah prosedur pembedahan untuk mendapatkan lipatan melalui insisi di atas kulit mata supaya kelopak mata berganda boleh terjadi.
Akan tetapi, tahukah anda bahawa terdapat prosedur tanpa pembedahan untuk kelopak mata berganda itu?
Prosedur ini ialah suturing kelopak mata berganda.
Suturing kelopak mata berganda ataupun jahitan kelopak mata berganda ialah salah satu prosedur tanpa-insisi dan tidak invasif. Maknanya prosedur ini tidak membawa parut seperti prosedur yang memerlukan pembedahan.
Suturing kelopak mata berganda ialah prosedur di mana kulit di sekeliling mata akan dibentuk semula dengan suture atau benang bedah supaya satu lipatan akan dibentuk di kulit atas bahagian mata.
Walaupun insisi tidak terlibat, tetapi terdapat kes di mana anda boleh memilih untuk menyingkirkan lemak untuk mengurangkan bengkak pada bahagian kulit atas mata.
Namun, prosedur tanpa pembedahan bermakna tiada kulit akan disingkir semasa prosedur.
Bagaimana prosedur ini dijalankan?

Mari kita lihat langkah demi langkah.
- Pakar bedah kosmetik akan berikan anestesia tempatan di bahagian kelopak mata anda supaya anda tidak berasa sakit. Namun, ini bukan anestesia umum, jadi jangan risau anda takkan pengsan!
- Kemudian, pakar bedah akan membuat insisi yang kecil pada bahagian atas kelopak mata anda. Insisi ini sungguh kecil, hanya untuk masukkan suture.
- Suture akan dimasukkan melalui insisi ini dan dipintal bersama ( seperti menjahit dua benang) supaya lipatan dibentuk pada bahagian atas kelopak mata.
- Suture akan diikat untuk hentikan prosedur. Apabila anda membuka mata, kulit dari bahagian atas kelopak mata akan ditarik masuk untuk membentuk satu lipatan yang menjadi kelopak mata berganda.
Dengarnya macam ringkas - tetapi ianya hanya boleh dilakukan oleh pakar bedah kosmetik yang dilatih secara professional!
Jika anda dapatkan rawatan kelopak mata berganda daripada seseorang yang tidak berkualifikasi, anda mungkin terdedah kepada risiko kebahyaan dan salah laku rawatan. Risiko ini tidak berbaloi!
Untuk pertanyaan lanjut tentang suturing kelopak mata berganda, anda boleh hantar pertanyaan ke Pusat Perubatan Beverly Wilshire di sini,dan anda akan mendapat jawapan dalam masa tiga hari bekerja!
Tanya Tentang Rawatan Kelopak Mata Berganda
Adakah ini berkekalan?

Jahitan kelopak mata berganda memberikan efek yang tahan lama, tetapi bukannya berkekalan, kerana tiada insisi pada kulit yang terlibat.
Suture atau benang bedah yang dimasukkan dalam kulit akan patah dan lipatan yang dibentuk oleh jahitan untuk membentuk kelopak mata berganda akan lenyap selepas beberapa tahun.
Di samping itu, ketinggian lipatan juga akan berkurangan apabila kita berusia dan kekenyalan kulit pun hilang.
Namun, ini bermakna kelopak mata berganda juga boleh dibalikkan kepada kelopak mata tunggal pada bila-bila masa, tidak seperti prosedur pembedahan yang akan kekal.
Demikian, anda boleh dapat persepsi atau ‘pandu uji’ kelihatan anda dengan kelopak mata berganda, sebelum mempertimbangkan prosedur pembedahan yang berkekalan.
Tanpa insisi yang terlibat, pemulihan juga lebih cepat untuk jahitan kelopak mata berganda.
Penjagaan yang baik untuk kelopak mata berganda anda

Selepas mendapatkan kelopak mata berganda yang baharu, anda juga perlu menjaganya dengan baik, terutamanya jahitan kelopak mata berganda. Ini sebab kulit anda memerlukan masa untuk menyesuaikan kepada suture atau benang bedah yang memegang lipatan itu.
Berikut adalah beberapa nasihat doktor:
- Elakkan mandi dalam 24jam selepas prosedur. Ini membolehkan luka menutup supaya tiada jangkitan berlaku.
- Elakkan pemakaian kanta sentuh atau ‘make-up’ pada bahagian atas kulit mata selama 2 minggu selepas prosedur.
- Senamam kuat seperti angkat berat tidak digalakkan selama beberapa minggu selepas prosedur sebab peningkatan tekanan darah anda akan mengganggu proses pemulihan anda.
- Jangan gosok atau menekan pada kulit mata anda, terutama pada bahagian rawatan.
Adakah terdapat risiko dan kesan sampingan?

Ini sangat, sangat penting: Dapatkan rawatan kelopak mata berganda anda hanya dari klinik yang sah dan oleh doktor yang diverifikasi!
Bukan sahaja muka anda yang boleh dijejaskan, tetapi anda juga mendedahkan mata anda kepada risiko salah laku rawatan oleh seorang yang tidak professional atau tidak disahkan tanpa pengalaman.
Terdapat beberapa kesan sampingan dan risiko daripada rawatan kelopak mata berganda:
- Jangkitan pada bahagian rawatan yang terdedah.
- Mata kering disebabkan oleh insisi berlebihan atau insisi tidak terlatih pada kulit.
- Kulit mata tidak seimbang disebabkan oleh prosedur kurang baik.
- Parut daripada insisi berlebihan atau insisi tidak terlatih pada kulit
Pilihan doktor atau pakar bedah untuk menjalankan prosedur kosmetik anda akan menjejaskan keputusan rawatan.
Oleh itu, bincangkan dengan seorang pakar bedah kosmetik yang bereputasi atau berpengalaman dalam prosedur kelopak mata berganda supaya risiko rendah dan anda mendapat nilai yang baik untuk wang yang dibayar.
Untuk pertanyaan tentang rawatan kelopak mata berganda, hantarkan pertanyaan anda di sini!
Tanya Tentang Rawatan Kelopak Mata Berganda
Bagaimana pula dengan pita kulit mata dan pelekat?

Tentu anda pernah dengar tentang pita kulit mata dan pelekat yang boleh memberi anda kelopak mata berganda, walaupun hanya untuk sementara sahaja.
Namun, anda perlu memakai dan mengeluarkannya setiap kali selepas digunakan yang boleh menjadi leceh.
Di samping itu, tahukah anda bahawa anda ia menjejaskan kulit setiap kali memakai dan mengeluarkan pita dan pelekat, yang boleh menarik kulit anda lalu menyebabkan kulit kendur?
Ya, saya juga terperanjat dan terkejut apabila dengar ini daripada doktor.
Doktor-doktor di Pusat Perubatan Beverly Wilshire telah mendapati bahawa kebanyakan Asian memiliki kulit mata tunggal pada masa lalu memakai ‘make-up’ atau pita kulit mata sebagai ilusi kelopak mata berganda.
Mereka sudah memilih untuk mendapat rawatan kelopak mata berganda yang semakin popular.
Bolehkah anda dapatkan jahitan kelopak mata?
Asalkan terdapat keadaan anatomikal yang sesuai, anda boleh dapatkan jahitan kelopak mata berganda dari umur 16 ke atas.
Proses pemulihan selepas rawatan semakin lambat semakin meningkat usia. Jadi dewasa yang berusia mengambil masa yang lebih panjang selepas prosedur untuk pulih.
Namun, keputusan prosedur tidak terjejas.
Lagi satu peringatan daripada doktor:
Kesederhanaan adalah paling penting. Walaupun prosedur kelopak mata berganda semakin biasa, sedikit transformasi pada kulit mata boleh memberi perbezaan ketara kepada seluruh muka kita.
Kulit mata seperti orang Barat boleh membuat orang Asia kelihatan tidak semula jadi. Jadi, yang penting ialah mendapat kelihatan yang cantik dalam kebudayaan sendiri , bukan kelihatan lebih ‘Barat”.
Okay, mana boleh saya pergi?

Tak kira sama ada rawatan perubatan, prosedur pembedahan, ataupun rawatan estetik, keselamatan dan kesejahteraan anda mesti diutamakan.
Elakkan promosi atau rawatan pemberian yang kelihatan terlalu bagus untuk dipercayai, daripada pusat atau klinik yang tidak sah.
Prosedur yang dilakukan pada kulit anda, terutama pada muka, bukannya perkara kecil. Anda mesti pastikan bahawa pakar bedah ialah doktor yang berkualifikasi dan berpengalaman dalam rawatan anda sedang mencari.
Di ERUFU Care, kami hanya senaraikan klinik dan doktor yang disahkan dengan review pesakit yang tulen supaya anda boleh membuat pilihan yang baik.
Ini termasuk Pusat Perubatan Beverly Wilshire, sebuah pusat perubatan estetik yang menitikberatkan rawatan berkualiti supaya anda pasti mendapati servis yang terbaik selama rawatan anda.
Jadi, jika anda mempertimbangkan untuk mendapat rawatan kelopak mata berganda, hantarkan pertanyaan anda di sini dan dapat jawapan dalam 3 hari bekerja!
Tanya Tentang Rawatan Kelopak Mata Berganda
Atau jika anda mencari klinik di tempat lain selain Kuala Lumpur, lihat klinik berdekatan anda dengan rawatan kelopak mata berganda di sini.
Bonus: Rawatan kantung mata - tanpa pembedahan juga!

Satu pertanyaan yang sering diterima bersama dengan kelopak mata berganda ialah rawatan kantung mata - bolehkah disingkirkan juga?
Sebenarnya, rawatan untuk singkirkan kantung mata berbeza daripada rawatan kelopak mata berganda, tetapi ramai orang berminat sebab kita masih dalam proses memperbaiki estetik mata kita.
Jika kondisi kantung mata tidak terlalu teruk (kantang mata yang dalam perlu prosedur yang lebih maju) dan anda lebih suka rawatan tanpa invasif, terdapat pilihan untuk rawatan frekuensi radio.
Pilihan ini mudah untuk rawatan kantung mata sebab tidak memerlukan insisi, tiada suntikan dan tiada pendarahan sebarangnya.
Semasa prosedur rawatan ini, tenaga frekuensi radio digunakan untuk merangsang pertumbuhan kolagen di bawah kulit, jadi kulit anda akan diremajakan dan diketatkan untuk mengurangkan kedutan.
Pembaikan boleh jelas dilihat selepas rawatan, tetapi keputusan yang optimum hanya dilihat selepas beberapa bulan sebab kolagen memerlukan masa untuk bertumbuh.
Bagaimana jika saya hendakkan kelopak mata yang berkekalan?

Kalau macam tu, prosedur pembedahan untuk kelopak mata berganda diperlukan. Kita akan bincangkan dalam artikel yang akan datang - perhatikan ruang ini ya!

Contoh Perbincangan