Jawapan Doktor tentang Pigmentasi Yang Anda Kerap Tanya

Badan & Minda Perubatan Estetik

Mengapakah penduduk-penduduk di Asia yang mendiami di cuaca tropikal lebih cenderung mendapati pigmentasi? Apakah produk yang boleh diguna? Dr.Goh Ming Chun, seorang doktor estetik di Klinik Clique Malaysia, memimpin kita dalam perjalanan mencapai muka tanpa pigmentasi!


Sejak kebelakangan ini, Shalini mula mengadu tentang pigmentasi yang semakin banyak pada mukanya.

Ada kemungkinannya dia sering di luar untuk menjalani aktiviti luar lalu terdedah kepada sinaran cahaya matahari.

"Hey,hey, saya masih bujang - saya perlu menjaga kulit saya supaya dapat memikat seorang lelaki yang kaya dan kacak!”

pigmentation on face

Bagaimana kita boleh menyingkir pigmentasi pada muka? Bolehkah kita menghalang pigmentasi daripada muncul semula pada masa depan?

Saya berjumpa dengan Dr. Goh Ming Chun, seorang doktor pakar estetik kulit di Klinik Clique untuk memberi jawapan kepada soalan anda tentang pigmentasi!

Dr.Goh memperolehi Saujana Perubatan dari Universiti Putra Malaysia. Beliau terus melanjutkan latihan estetik di (MAC) Program Pensijilan Perubatan Estetik dan (AAAM) Perubatan Estetik dari Akademi America.

Beliau berpengalaman tinggi dalam menjalankan prosedur pembedahan kecil yang luas, penjagaan luka dan pengurusan parut. Sebelum menyertai Klinik Clique, beliau berkhidmat di Hospital Besar Penang di Jabatan Pembedahan Rekonstruktif dan Plastik di mana beliau mendapat peluang melatih bawah salah seorang pakar bedah plastik yang terkenal di Malaysia.

Akibatnya, minat beliau dalam perubatan estetik diransang. Dr Goh seorang pengamal yang teliti terhadap butir-butir perinci. Beliau mempercayai bahawa peningkatan walaupun sedikit, akan memberi perasaan berdaya kepada seseorang.
 

+ Selanjut

Punca-punca pigmentasi

Pigmentation

Apakah sebabnya termuncul hiperpigmentasi pada muka, terutamanya bagi kita yang duduk di Malaysia dan negara-negara tropikal di Asia?

Dr. Goh: Mula-mulanya, kita harus memahami bagaimana pigmentasi atau warna kulit berlaku - ini terjadi kerana kandungan melamin (pigment gelap) yang terdapat dalam kulit kita.

Jika kita mempunyai kandungan melamin yang tinggi, kulit kita kelihatan lebih gelap, dan jika kita mempunyai kandungan melamin yang kurang, kelihatan kulit kurang gelap.

Hiperpigmentasi terjadi apabila kelebihan melamin berlaku di sebahagian kulit. Kelihatan kulit lebih gelap atau terdapat bintik-bintik pada sesetengah bahagian lalu menyebabkan tona kulit yang tidak sekata. 

Apakah sebab-sebab hiperpigmentasi? Berikut adalah faktor-faktor  yang menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata:

  • Kerosakan kulit disebabkan terdedah kepada cahaya matahari yang berlebihan
  • Kesan penuaan
  • Penukaran hormon
  • Genetik
  • Kecederaan kulit
  • Pembentukan kecacatan salur darah
  • Kulit yang terdedah kepada trauma dan keradangan
Punca pigmentasi

Untuk kita yang berada di Malaysia dan negara-negara jiran di Asia, kita boleh dikelirukan oleh maklumat yang biasanya terdapat daripada internet kerana kebanyakan maklumat dalam bahasa Inggeris ditulis daripada perspektif seorang Kaukasia.

Orang Asia mempunyai profil kulit yang berbeza dengan Kaukasia.

Freckles vs Bintik Hitam

Orang Kaukasia dengan  jenis kulit Fitzpatrick 1-3 biasanya mempunyai kulit yang cerah
oleh sebab melanin berkelompok dan lebih cenderung memperolehi bintik-bintik hitam.

Sebaliknya, penduduk Asia  mempunyai gabungan melanin berkelompok dan tunggal, oleh itu lebih berkecenderungan untuk mendapat melasma - pembentukan noda atau kulit yang kelihatan kurang sihat.

Pencegahan Pigmentasi

Sun damage on skin

Adakah lebih sukar untuk mencegah pigmentasi untuk orang yang selalu di? Bagaimankah kita dapat mencegah kerosakan kulit oleh cahaya matahari dalam situasi ini?

Dr. Goh: Pelaku utama yang menyebabkan  pembentukan hiperpigmentasi ialah cahaya matahari dan dedahan berlebihan kepada haba.

Oleh itu, kita harus kurangkan masa di kawasan luar rumah apabila sinaran Ultraviolet B ( UVB) dari cahaya matahari paling kuat - dari 10 pagi hingga 3 petang.

Jika aktiviti di luar pada masa ini tidak dapat dielakkan, ingatlah menyapu sunblock ( paling kurang SPF 50) pada kulit anda!

Penyingkiran pigmentasi

Laser treatment for pigmentation

Apakah rawatan perubatan yang boleh menyingkirkan pigmentasi? Adakah faktor risiko atau jangkaan yang kami harus tahu untuk persediaan?

Dr. Goh: Untuk penyingkiran pigmentasi dengan berkesan, terutamanya hiperpigmentasi, kami memerlukan gabungan rawatan perubatan laser, penjagaan kulit yang betul, dan ubat oral untuk keputusan terbaik.

Rawatan perubatan laser

  • Cahaya laser yang dikeluarkan semasa rawatan laser boleh mengurangkan melanin yang terdapat pada kulit kita melalui fototermolisis dan kesan fotoakoustik
  • Melanin dipecah kepada bahan-bahan kecil
  • Bahan ini disingkir oleh sistem imun daripada tubuh badan kita
  • Rawatan laser juga boleh mencegah kecacatan saluran darah (salah satu penyebab hiperpigmentasi kulit)

Penjagaan kulit

  • Penjagaan kulit dengan betul meningkat keputusan  rawatan pigmentasi
  • Krim topikal seperti Hidrokuinone ( 5-8%) bersama vitamin A boleh membantu meningkat keadaan kulit selepas rawatan, tetapi hanya di bawah preskripsi
  • Elakkan dari terdedah kepada sinaran cahaya dan produk pemutihan selepas rawatan laser supaya kulit tidak rasa gatal
  • Selepas rawatan laser, kulit anda akan berasa kering, jadi gunakan sunblok bersama pelembab

Ubat Tranexamik asid

  • Ubat berbentuk pil boleh mengurangkan pembentukan melanin pada kulit kita

Untuk mengetahui lebih tentang rawatan pigmentasi dan bagaimana kita boleh perolehinya untuk merawat pigmentasi, hanya klik di sini dan kami akan membantu anda mencari rawatan pigmentasi yang terbaik di tempat tinggal anda!

Whatsapp icon

….atau klik di sini untuk mendapat senarai klinik-klinik dengan rawatan pigmentasi dekat anda!

Adakah pigmentasi boleh muncul semula selepas menghabiskan rawatan pigmentasi?

Dr. Goh: Ya. Sebenarnya, tiada apa-apa penawar untuk hiperpigmentasi. Rawatan laser boleh menghilangkan pigmentasi, tetapi pigmentasi masih adalah satu keadaan kulit, dan akan berulang sekerap masa.

Jadi, kami memerlukan sesuatu pendekatan yang menyeluruh untuk menghalang pigmentasi berulang selepas rawatan. Ini termasuk pencegahan dan program penjagaan yang sangat penting.

UV protection

Amalan yang baik terhadap sinaran cahaya matahari dan pelindungan daripada UV, termasuk penjagaan laser yang dijadualkan dan rawatan mikrojarum- nadi radiofrekuensi boleh membantu dalam masalah ini.

Produk Penyingkiran Pigmentasi

Pigmentation removal cream or laser treatment

Sesetengah orang lebih suka memilih produk seperti krim pigmentasi daripada rawatan perubatan, namun, kita pun sedar bahawa bukan semua produk yang dijual boleh dipercayai. Apakah nasihat yang anda boleh memberi kepada kita apabila memilih produk penyingkiran pigmentasi?

Dr. Goh: Rawatan topikal seperti krim, terhad dalam keberkesanan dan tidak berkesan dalam rawatan pigmentasi pada kulit berbanding dengan rawatan laser. 

Di samping itu, krim yang terlalu kuat boleh menjejaskan kulit kita dan juga memburukkan keadaan pigmentasi jika diguna dengan lamanya, terutama krim pemutihan.

Oleh sebab itu, adalah lebih baik jika anda mendapat nasihat doktor professional dan pendapat doktor terhadap produk yang dibeli  dari kaunter seperti krim pemutihan sebelum menggunakannya.

Apakah risiko yang akan terlibat jika kita tidak memilih produk baik-baik seperti krim penyingkiran pigmentasi?

Risiko krim pigmentasi tidak sah

Dr. Goh: Akibat yang terbaik - tiada sebarang kesan daripada penggunaan produk tersebut.

Walau bagaimanapun, didapati dari banyak  kes,kesan sampingan yang teruk berlaku daripada penggunaan produk yang bahaya secara cuai.
Kesannya terdiri daripada:

  • Tindakbalas allahan 
  • Kulit terbakar
  • Penukaran warna kulit
  • Keradangan kulit untuk jangka panjang, mengakibatkan hiperpigmentasi selepas keradangan atau parut .

Nasihat Perubatan Doktor

Laser treatment for pigmentation

Bagaimana anda boleh menasihati seseorang yang bercadang sama ada hendak cuba produk penyingkiran pigmentasi atau mengambil rawatan perubatan? Apakah yang perlu dipertimbangkan?

Dr. Goh: Tanpa kira keadaan kulit, lebih baik mendapati nasihat doktor sebelum mencuba sebarang produk kulit.

Ini kerana semua orang mempunyai keadaan kulit yang berbeza dan doktor dapat mengenalpasti sesuatu masalah dengan lebih tepat lalu boleh menasihati atas rawatan yang paling selamat dan berkesan untuk diberi.

Terdapat ubat yang popular di Internet yang berjanji pasti dapat menyingkirkan pigmentasi, adakah ubat ini berkesan?

Natural remedy for pigmentation

Dr. Goh: Ubat semula jadi lebih disukai kerana mudah didapati, murah dan tiada sebarang bahan kimia tiruan.

Contohnya, lemon dan cuka epal sider adalah asidik, jadi boleh digunakan sebagai terkelupas semula jadi, penyingkiran sel-sel mati daripada kulit kita. Kunyit mengandungi bahan 
anti-keradangan dan kentang kaya dalam enzyme yang boleh membantu membaiki tona kulit kita.

Namun demikian, terdapat kelemahan yang besar dalam penggunaan ubat ini - semuanya dibuat sebagai makanan, bukan sebagai produk penjagaan kulit. Oleh sebab itu, semuanya tidak dibuat mengikuti pengawalan kualiti untuk penggunaan kulit dan faktor kebersihan dapat disoal.

Ini boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit terutamanya yang mempunyai kulit sensitif.

Akhirnya, apakah nasihat kesimpulan anda hendak beri kepada mereka yang ingin mendapati rawatan pigmentasi hari ini?

Laser treatment for pigmentation

Dr. Goh: Pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Jadi rawatan yang berkesan selalu bermula daripada diri sendiri.

Kerap kali mengamalkan pelindungan UV semasa di luar - secara mudah seperti topi, cermin mata gelap, dan penggunaan pelindung matahari dengan rajin semasa anda keluar.

Setiap orang mempunyai keadaan kulit yang berbeza. Jadi, sebelum membeli sesuatu produk atau mendapat rawatan, lebih baik berunding dengan doktor anda supaya dapat memahami keadaan kulit anda dan bagaimana untuk merawatnya supaya lebih berkesan dan selamat.

Pigmentation before after

Shalini mendapat inspirasi juga.

“Agaknya tidak akan mendapat kebaikan jika saya tidak berusaha! Kulit saya tidak akan pulih baik jika saya hanya mengadu tentang keburukannya”

Bagaimana dengan anda? Adakah anda mula menjaga kulit anda?

Jika anda ada soalan atau hendak berkongsi, tinggalkan komen anda di bawah!

Clique Clinic

Sebagai klinik yang memenangi anugerah antarabangsa, Klinik Clique®  menyediakan rawatan estetik perubatan asas berasaskan bukti penggunaan peralatan perubatan yang canggih. Mempelopori banyak rawatan estetik terkini dan kajian, Klinik Clique® adalah memimpin banyak pendapat utama dalam banyak bidang estetik perubatan, terutamanya dalam Estetika Wajah & Tubuh di Asia, iaitu CoolSculpting®, Belotero®, Pengisi Dermal, Radiesse Plus, Ultherapy®, Ellansé, Silhouette Soft ®, Sylfirm dan PICO Genesis ™ laser kulit.

Klinik Clique® terdiri daripada tiga komponen utama: Perubatan Estetik, Perubatan Regeneratif dan Penjagaan Kesihatan Primer. Klinik ini komited untuk mempromosikan komuniti yang lebih baik, sihat dan lebih berfungsi. Di Klinik Clique®, pengalaman pesakit yang paling menyenangkan adalah sangat penting.

+ Selanjut

Perbincangan

Lihat Lebih Banyak Komen

Tulis komen anda di sini

Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.