Mimpi Ngeri Kencing Manis: Kerumitan dan Risiko Diabetes

Badan & Minda

Luka yang tidak pulih? Organ berhenti berfungsi? Hari ini, Juliet membawa kawan-kawan menerokai perjalanan diabetes yang sukar.


Pada minggu lepas, salah satu pesakit Romeo yang menghidapi diabetes tercedera jari kakinya sewaktu memotong kuku. Romeo dan Juliet telahpun menjaga pesakit tersebut sepanjang tempoh masanya menghidapi diabetes. Disebabkan oleh perdarahan dan luka yang dijangkiti kuman, jari kakinya menjadi hitam dan tidak berfungsi. Maka Romeo mempunyai tiada pilihan lain dan perlulah memotong jari kaki pesakit tersebut untuk mengelakkan risiko yang lebih lanjut.

Juliet Station Diabetic Patient

Berdasarkan Persatuan Diabetes Malaysia (DM), pesakit diabetes merangkumi 20% daripada warganegara Malaysia. Malah, kebanyakan pesakit tidak sedar akan keadaan diabetesnya pada waktu diagnosis. Selepas rawatan medikal bagi penyakit diabetes, pesakit biasanya tidak pulih sepenuhnya. Rawatan diabetes pada umumnya mengekalkan dan mengawasi keadaan diabetes pesakit, dan pesakit-pesakit mungkin terbuka kepada kerumitan dan risiko lain yang dibawa penyakit ini.

Juliet Station Diabetic Kidney

Ketidakfungsian buah pinggang

Kerosakan buah pinggang adalah kesan utama diabetes. 61% daripada warganegara Malaysia yang menjalani rawatan dialisis merupakan pesakit dialisis. Paras gula darah yang tinggi menyebabkan kerosakan pada saluran darah kecil buah pinggang dan fungsi buah pinggang. Apabila buah pinggang gagal menapis sisa buangan darah, protein mengalir ke dalam air kencing dan menyebabkan kerosakan buah pinggang. Pesakit perlulah menjalani rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang selepas itu.

Juliet Station Diabetic Eye Disease

Penyakit mata diabetes

Penyakit diabetes juga menjejaskan penglihatan mata. Retinopati diabetes, biasanya dikenali sebagai penyakit mata diabetes, boleh menyebabkan kebutaan. Paras gula darah yang tinggi untuk masa yang panjang menyebabkan bertambahnya pengagregatan platelet darah, lalu merosakkan saluran darah kecil. Edema, perdarahan, dan penyumbatan saluran darah menyebabkan fundus mata membentukkan saluran darah yang baru. Saluran darah kecil yang baru ini retak dan pecah dengan mudah, lalu menyebabkan perdarahan. Akibatnya, penglihatan yang kabur, katarak, glaukoma, dan kebutaan boleh berlaku.

Juliet Station Diabetic Nerve Pain

Kesakitan saraf diabetes

Diabetes untuk jangka masa yang lama boleh merosakkan saraf deria. Ini menyebabkan kekebasan otot dan kepedihan kulit, maka menjejaskan kehidupan harian. Lambat-laun, gejala-gejala ini boleh menyebabkan pergerakan fizikal yang lambat. Luka kulit juga dijangkiti kuman dengan mudah. Disebabkan oleh peredaan darah yang lemah, pemulihan dan pencegahan jangkitan pada luka tidak efektif. Luka yang mengalami keradangan dan jangkitan yang teruk perlu dipotong atau dibedah. Kesakitan saraf diabetes juga menjejaskan fungsi organ-organ seks. Pesakit lelaki mungkin mengalami lemah tenaga batin (mati pucuk) dan ejakulasi pramatang. Pesakit wanita pula mungkin mengalami kehilangan keinginan seks dan kekeringan faraj.

Juliet Station Diabetic Skin Dehydration

Dehidrasi kulit

Dehidrasi akibat kehilangan air bagi pesakit diabetes boleh menyebabkan kulit yang kering dan gatal. Paras gula darah yang tinggi boleh menyebabkan Folliculitis (keradangan folikel rambut), ekzema, dan bau kaki. Pesakit wanita juga mungkin mengalami kegatalan pada faraj yang menyebabkan kesukaran masuk tidur. Pesakit diabetes juga mungkin menghidapi Acanthosis nigricans, iaitu perubahan warna kulit di kawasan lipatan kulit, leher, dan ketiak. Kejadian ini merupakan kesan daripada stimulasi insulin yang berlebihan. Penyakit kaviti oral juga menjadi biasa kerana paras gula darah yang tinggi menggalakkan pembiakan kuman.

Juliet bukannya memberitahu cerita seram untuk menakutkan para pembaca. Tetapi, Juliet berharap semua orang tidak terlepas pandang atau mengabaikan kebahayaan diabetes. Dengan mengekalkan paras gula darah yang sederhana, menjalani pemeriksaan medikal, kerap bersenam, penjagaan berat badan, dan pemakanan yang seimbang, kawan-kawan bolehlah mencegah penyakit diabetes!


Pesanan JulietJuliet's Tips: Jika anda mengalami gejala-gejala berikut: selalu berasa letih, sentiasa lapar (polifagia), paras gula darah tinggi , kerap kencing, selalu dahaga, atau pengurangan berat yang banyak tanpa mengurangkan pemakanan, dapatkanlah pemeriksaan medikal secepat mungkin. Pengesanan dan rawatan yang awal amat penting untuk mengelakkan kerumitan dan risiko penyakit diabetes. Juliet berharap kawan-kawan semua sentiasa sihat dan bahagia! Jika anda mempunyai cerita untuk berkongsi, ataupan sebarang soalan untuk ditanyakan Juliet, hubungilah Juliet melalui [email protected]!

Contoh Perbincangan