Makan tengah hari merupakan sarapan kegemaran kami, kerana kami boleh bertemu dan berbual bersama-sama! Walaupun Romeo jarang menyertai disebabkan oleh jadualnya yang sibuk, Shalini, Dollah dan saya Juliet bertemu setiap hari untuk makan tengah hari bersama-sama! Kadang-kadang kami membawa bekalan makanan dari rumah, kadang-kadang kami makan di restoran, tetapi sarapan tengah hari kita selalu terdapat kejadian yang sama – pertelingkahan remeh Shalini dan Dollah – hari ini sama juga.

Shalini membawa bekalan makanannya yang sihat seperti biasa – sayur-sayuran mentah dan sashimi salmon mentah. Jelas Dollah tidak suka akan bekalnya:
“Kita manusa mempunyai kebolehan memasak – janganlah makan seperti anak burung!”
Patutkah kita mengagungkan kawalan api untuk masakan, atau patutkah kita menghargai makanan mentah?
Makanan mentah

Umumnya, makanan mentah bermaksud makanan yang tidak dimasak atau hanya dimasak sampai ke suhu 46°C. Diet makanan mentah mula menjadi popular pada era 1830-an. Pada masa itu, diet makanan mentah didapati membantu mencegah penyakit kolera. Mari kita melihat kebaikan makanan mentah dari segi daging dan sayur.
Daging mentah

Daging mentah yang paling popular merupakan daging makanan laut. Ia juga merupakan daging mentah yang paling dapat diterima oleh orang yang secara umumnya tidak makan makanan mentah. Kita selalu ternampak makanan laut mentah seperti tiram, sotong, salmon atau tuna dalam hidangan Jepun atau Eropah. Masakan makanan laut pada suhu yang tinggi didapati meningkatkan kepekatan merkuri, terutamanya dalam ikan. Masakan goreng dan bakar juga menghasilkan sebatian karsinogen yang boleh menyebabkan kanser.
Sayur-sayuran mentah
Sayur-sayuran yang berlainan mempunyai perubahan yang berlainan terhadap masakan – ada yang boleh kekurangan nutrien, manakala ada juga sayur yang boleh menghasilkan pengaktifan nutrien. Contohnya, antioksidan bawang putih akan dikurangkan selepas dimasak. Masakan pada suhu yang tinggi, terutamanya masakan goreng yang boleh menggunakan suhu setinggi 175°C, boleh merosakkan nutrien dalam sayur-sayuran. Menurut kajian, pemakanan sayur mentah juga dikaitkan secara positif dengan tahap tekanan darah yang sihat.
Makanan masak

Kita memang suka memasak – rempah, perisa makanan, pemanggangan daging, masakan goreng – pilihan-pilihan ini menyelerakan kita. Adakah makanan masak kurang berkhasiat? Ataupun adakah makanan masak lebih berkhasiat untuk kesihatan kita?
Daging masak

Kita sekarang tahu makanan laut paling baik dihidangkan mentah untuk mengekalkan nutrien dan mengelakkan penghasilan sebatian yang kurang baik. Namun, daging yang lain seperti ayam dan daging lembu didapati tidak mempunyai kesan yang buruk daripada proses masakan jika masakan tidak melibatkan suhu tinggi yang keterlaluan.
Sebagai contoh, daging kambing didapati boleh mengekalkan nutrien sepenuhnya dalam masakan setinggi 70°C, manakala pelbagai masakan daging lembu menghasilkan tekstur penyerapan nutrien yang lebih baik, kecuali dalam masakan grill menggunakan suhu yang tinggi. Kandungan vitamin B12, nutrien yang penting dalam daging, juga didapati tidak berbeza antara daging mentah atau daging masak. Namun, masakan goreng dengan kawalan api yang tidak baik boleh menyebabkan kehilangan nutrien daging.
Sayur-sayuran masak
Sebenarnya, terdapat banyak sayur-sayuran yang lebih berkhasiat selepas dimasak berbanding dimakan mentah. Ini termasuk sayur harian seperti tomato, kubis, lobak, sayur bayam, dan lain-lain lagi. Masakan sayur-sayur ini dengan kukusan atau dengan air mendidih boleh mengaktifkan enzim dan antioksidan, lalu menjadikan nutrien-nutrien ini lebih mudah untuk diserap tubuh badan kita. Masakan cendawan juga mengeluarkan bahan karsinogen di permukaan cendawan dan membebaskan nutrien daripada serat cendawan, lalu memudahkan penyerapan nutrien.
Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu diingati semasa memasak sayur:
- Jika anda memasak sayur untuk masa yang terlalu lama, sesetengah nutrien boleh kehilangan dalam air. Anda bolehlah tuangkan sedikit air tersebut ke dalam lauk anda.
- Anda tidak perlu memasak sayur-sayuran untuk masa yang terlalu lama. Masukkan dalam air mendidih sekejap sehingga sayur menjadi lembut. Apabila sayur lembut, antioksidan dan nutrien dibebaskan daripada tekstur seratnya, lalu menjadikan nutrien lebih mudah diserap oleh badan kita.
Kesimpulan

Pemakanan kedua-dua diet yang seimbang penting untuk gaya hidup yang sihat. Pengambilan makanan mentah atau makanan masak tanpa pemakanan jenis yang lain boleh menyebabkan kekurangan khasiat, terutamanya jika anda hanya mengambil makanan mentah. Nasihat Juliet adalah: amalkanlah pemakanan yang seimbang antara makanan mentah dan makanan masak, lalu menikmati khasiat daripada kedua-dua jenis hidangan!
Adakah anda tahu?
Manusia yang mempunyai otak yang paling rumit dan maju antara semua benda hidup merupakan satu-satunya spesies yang makan makanan masak – adakah kedua-dua fenomena ini berkaitan?
Menurut kajian, antara beberapa binatang yang dikaji, kera besar (great ape) yang spesiesnya paling dekat dengan spesies manusia, didapati lebih suka makanan masak berbanding makanan mentah!
Apakah kegemaran anda? Makanan mentah atau makanan masak? Kongsilah pendapat anda melalui komen di bawah!
Pesanan Juliet: Kunci utama bagi diet yang sihat bukannya membuat pilihan tunggal seperti Shalini atau Dollah. Sebaliknya, kita patut mendapatkan khasiat daripada kedua-dua jenis makanan!

Contoh Perbincangan