Go to

Kantung Mata

Pengenalan

Sebutan:

Kantung mata, beg di bawah mata, bengkak periorbital

Kategori Perubatan:

Dermatologi

Jangkitan:

Tiada

Golongan:

Dewasa

Diagnosis Perubatan:

Bergantung

Keturunan Keluarga:

Diwarisi

Rawatan Perubatan:

Ada

Jangka Panjang:

Bergantung

Kepulihan:

Bergantung

Apakah kantung mata? Apakah tanda-tanda dan gejalanya?

Kantung mata, atau beg di bawah mata, dirujuk kepada bengkak ringan atau bengkak di bawah mata. Kemunculan kantung mata biasanya menjadi lebih ketara semasa usia seseorang meningkat, namun kemunculan dan keadaannya juga boleh berlaku atas sebab-sebab lain. Secara umumnya, kantung mata bukannya menandakan isu kesihatan, ia mampu memberi kesan kepada seseorang di mana kelihatan lebih penat dan tua.

Peringatan: Istilah “kantung mata” kadang-kala dirujuk kepada Bahasa Cina yang disebut wo-can (臥蠶), ialah bengkak ringan di bawah mata yang tidak dikaitrapat dengan usia seseorang. Tidak seperti kantung mata yang dikaitkan dengan faktor usia, wo-can dianggapkan menarik bagi sesetengah golongan.

Baca lanjut tentang tanda-tanda dan gejala-gejala kantung mata.


Apakah yang menyebabkan kemunculan kantung mata?

Punca kemunculan kantung mata termasuklah penuaan, keturunan (sejarah keluarga), pengumpulan cecair, kurang tidur, dan pelbagai keadaan perubatan seperti alahan dan dermatitis. Baca lanjut tentang punca kantung mata.


Adakah kantung mata dapat dirawati? Bagaimanakah?

Kantung mata biasanya boleh dikurangkan dengan rawatan di rumah, juga berkemungkinan boleh dikurangkan/dihilangkan dengan rawatan perubatan, terutamanya blepharoplasty, pembedahan kelopak mata. Baca lanjut tentang rawatan kantung mata, dan rawatan kantung mata di rumah.

Mencari klinik-klinik Rawatan Lingkaran Hitam yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.