Punca Kantung Mata
Kantung mata boleh disebabkan atau dicetuskan oleh pelbagai faktor. Kami membincangkan sesetengah punca yang lazim menyebabkan kantung mata seperti di bawah. Ambil perhatian bahawa punca sebenar terhadap sesetengah keadaan bengkak di bawah mata adalah tidak jelas. Dalam keadaan demikian, diagnosis perubatan mungkin diperlukan untuk mengetahui punca sebenarnya.
Penuaan
Apabila usia semakin meningkat, otot dan struktur tisu di sekeliling mata akan menjadi lemah. Dalam sesetengah keadaan, kulit di sekitar mata mula melonggar, dan lemak yang terbatas pada sekeliling mata mungkin bergerak ke bahagian bawah mata. Hal ini menyebabkan kulit yang di bawah mata kelihatan bengkak.
Keturunana (Sejarah Keluarga)
Kantung mata adalah dapat diwarisi, jadi sesetengah individu akan mendapat kantung mata lebih awal berbanding dengan individu lain, juga, sesetengah individu tidak mempunyai masalah yang berkaitan dengan kantung mata (tidak dapat dinafikan bahawa masalah ini boleh dicetuskan oleh gaya hidup seseorang dan juga faktor persekitaran). Untuk pengetahuan anda, wo-can (臥蠶), merupakan sejenis kantung mata yang telah dijelaskan dalam laman Tanda-tanda & Gejala-gejala, lazimnya jenis kantung mata ini adalah diwarisi. Dipercayai bahawa individu dengan wo-can secara semulajadi adalah dilahirkan dengan otot dan struktur tisu di bawah mata yang kurang lengkap. “Kecacatan” ini menyebabkan lemak dan cecair berkumpul di sekeliling kawasan bawah mata, seterusnya menghasilkan penampilan bengkak.
Pengumpulan Cecair
Cecair dapat berkumpul dalam ruang yang di bawah mata, menghasilkan penampilan bengkak. Keadaan tersebut mungkin bertambah teruk pada hari yang panas atau lembap. Perubahan kadar hormon dan pengambilan makanan yang masin juga mungkin menyebabkan pengumpulan cecair atau memburukkan keadaan.
Peringatan: Wo-can dikatakan bengkak pada bahagian bawah mata dan biasanya saiz tidak membesar dari semasa ke semasa, individu dengan wo-can mungkin mengalami bengkak teruk seperti individu lain. Jika bengkak menjadi semakin teruk, wo-can juga mungkin menjadi kantung mata yang bengkak seperti biasa. Sebaik sahaja bengkak teruk dapat dihilangkan, bengkak akan reda dan kembali ke penampilan wo-can.
Kurang Tidur
Tidak tidur dengan secukupnya juga dapat menyebabkan kemunculan kantung mata disertai dengan lingkaran hitam.
Alahan & Dermatitis
Jika kantung mata disertai dengan kemerahan dan rasa gatal, ia berkemungkinan disebabkan keadaan perubatan, seperti alahan dan dermatitis.
Menyayangi Lain-Lain. Mulai Perkongsian ♥