15 FAQ Mengenai Penyingkiran Tatu yang dijawab oleh Pusat Perubatan Beverly Wilshire

Perubatan Estetik

Penyelidikan Q&A tentang Penyingkiran Tatu bersama pasukan pakar-pakar perubatan dari Pusat Perubatan Beverly Wilshire. Anda bertanya: Bolehkah saya menyingkir tatu saya diri sendiri? Adakah tatu boleh disingkir sepenuhnya? Di sini doktor menjawab.


Seperti popularnya mendapatkan tatu, penyingkiran tatu juga salah satu prosedur yang sangat dicari dalam bidang kulit dan kosmetik.

Malahannya, terdapat banyak nasihat yang salah mengenai penyingkiran tatu dalam laman web ataupun luar internet. Bagaimanakah kita boleh memastikan bahawa maklumat tentang penyingkiran tatu adalah tepat?

Jadi, saya telah menghubungi pasukan perubatan yang sah, dari Pusat Perubatan Beverly Wilshire dengan kompilasi soalan yang anda  sering tanya tentang penyingkiran tatu laser, sebab jika anda hendak jawapan, lebih baik mendapatkannya daripada doktor-doktor. 

Anda bertanya, kami memberi jawapan.

Semua maklumat dan jawapan disediakan oleh pasukan perubatan yang disahkan dari Pusat Perubatan Beverly Wilshire.

Pusat Perubatan Beverly Wilshire (KL)

PUSAT PERUBATAN BEVERLY WILSHIRE ADALAH PUSAT PERUBATAN KECANTIKAN BERSEPADU YANG MENETAPKAN STANDARD DALAM PEMBEDAHAN KOSMETIK, PERUBATAN ESTETIK (RAWATAN TANPA PEMBEDAHAN DAN RAWATAN LASER) DAN PENUAAN YANG SIHAT DI RANTAU INI.

Dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kami menawarkan pilihan yang luas bagi prosedur kosmetik, rawatan estetik, dan perkhidmatan kesihatan untuk membolehkan anda mencapai kesempurnaan yang anda inginkan - dalam kecantikan, kesihatan, dan kesejahteraan. Dengan kepakaran doktor-doktor pakar yang mahir dan disokong oleh teknologi terkini dalam industri ini dengan kemudahan bertaraf dunia, anda boleh berasa yakin dengan bimbingan profesional dan rawatan perubatan yang disesuaikan ke arah hasil yang anda ingini. Sama ada anda inginkan kulit, muka, badan atau kesejahteraan yang ideal, anda boleh mencapainya di sini.

  1. Pusat Kecemerlangan Pembedahan Kosmetik, Perubatan Estetik dan Penuaan Sihat
  2. Disokong oleh pakar bedah plastik yang berdaftar dan diperakui oleh lembaga
  3. Semua prosedur kosmetik dan estetik ditadbirkan secara profesional oleh doktor yang berlesen
  4. Berdaftar dengan Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (Malaysian Healthcare Travel Council, MHTC) untuk menggalakkan pelancongan perubatan
+ Selanjut

1. Bolehkah saya menyingkir tatu saya diri sendiri dengan kupasan asid?

Can I remove my tattoo with acid peels

Cara paling biasa untuk menyingkir tatu tanpa intervensi perubatan ialah kupasan asid dan gosokan garam.

Kupasan asid seperti kupasan kimia, sebenarnya remedi kupasan kimia di rumah. Ia tidak tepat. Kupasan memasuki kulit untuk berinteraksi dengan dakwat tatu.

Dakwat mungkin akan atau berkemungkinan tidak pudar, tetapi, seketika asid menembusi kulit anda, ia boleh rosak kulit sekelilingnya. Tidak ada kepastian  tentang penyingkiran dakwat tatu dengan asid atau kupasan kimia.

2. Bolehkah tatu saya pudar apabila saya menggosok dengan garam?

Can scrubbing salt on my tattoo make it fade

Sama juga dengan gosokan garam, teorinya ialah menggosok garam bertentangan pada permukaan luar kulit anda, dan tidak akan berhasil sebab dakwat tatu terletak pada lapisan dalam kulit kita.

Di samping itu, anda akan memperolehi koyakan kulit pada permukaan kulit anda. Kebersihan juga menjadi isu.

Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) hanya meluluskan solusi  menggunakan rawatan laser daripada doktor-doktor yang sah.

3. Adakah tatu saya boleh disingkir sepenuhnya?

Tattoo removal

Mengenai soalan penyingkiran tatu sepenuhnya, sesetengah yang menjawab, ya, dan sesetengah menjawab, tidak.

Pada dasarnya, ia bergantung pada jenis kulit anda, warna tatu dan jenis dakwat yang digunakan dalam tatu anda.

Tatu tertentu boleh disingkir sepenuhnya tetapi ia boleh meninggalkan formasi tompok-tompok putih. Kondisi ini dipanggil hipopigmentasi.

Jadi, sebelum menjalankan sebarang rawatan penyingkiran tatu, pesakit harus menerima hakikat bahawa kulit beliau tidak akan sempurna seperti dahulu.

Namun,ya, penyingkiran dakwat tatu sepenuhnya boleh dilakukan, tetapi terdapat kesan sampingan kepada kulit.

4. Bagaimana hendak menyingkir tatu saya secara selamat?

How to remove tattoo safely

Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) hanya meluluskan solusi menggunakan rawatan laser oleh doktor-doktor yang sah.

Contohnya, dalam BWMC terdapat 3 mesin diluluskan oleh FDA yang berbeza untuk penyingkiran tatu - Revlite, Medlite, dan Fotana.

Penyingkiran tatu laser ini adalah selamat dan berkesan jika digunakan oleh doktor-doktor estetik yang sah, dan masa pemulihan yang minimal serta tiada kesan sampingan.

5. Adakah tatu lama lebih susah disingkir?

Are old tattoos more difficult to remove

Bertentangan dengan kepercayaan popular, tatu lama lebih senang disingkir daripada tatu baru.

Inilah sebab tatu disingkir daripada permukaan kulit. Jadi, untuk tatu lama, dakwat sudah tenggelam masuk dan pada permukaan dakwat sudah pudar.

Berbanding dengan tatu baru yang mempunyai warna terang dan dakwat pada permukaan kulit, tatu lama lebih senang disingkir.

6. Adakah tatu berdakwat hitam lebih susah disingkir?

Are black inked tattoos easier to remove

Untuk warma tatu, dakwat tatu hitam lebih senang disingkir berbanding dengan warna seperti hijau dan merah.

Sesetengah orang mempunyai beberapa lapisan tatu, satu diatas satu. Untuk kes seperti ini, ia adalah susah, dan memerlukan sesi rawatan yang lebih untuk menyingkir lapisan tatu.

7. Bagaimana penyingkiran tatu laser dilakukan?

How does laser tattoo removal work

Sebelum memulakan rawatan penyingkiran tatu laser, selapis krim kebas disapukan pada bahagian dirawat sebab prosedur rawatan mungkin sedikit sakit. Oleh itu, selapis krim kebas digunakan untuk mengurangkan kesakitan supaya sesi rawatan adalah selesa.

Selepas 30 minit untuk krim kebas berkesan, ketika memulakan rawatan penyingkiran tatu laser, sebuah mesin pendingin digunakan untuk menuip keluar udara dingin pada bahagian dirawat supaya bahagian kulit itu boleh relaks dan memberi anda keselesaan.

Rawatan bermula dengan sasaran pada dakwat tatu yang terdapat di bawah kulit. Dakwat itu akan menyerap tenaga dari cahaya laser dan hancur kepada  berjuta-juta cebisan dakwat yang kecil.

Hancuran dakwat tatu yang kecil akan diserap oleh sistem imun tubuh dan dikeluarkan daripada tubuh kita secara semula jadi.

8. Berapa lama untuk penyingkiran tatu laser?

How long does laser tattoo removal take

Tempoh masa untuk proses rawatan bergantung pada saiz tatu. Biasanya, satu sesi rawatan laser mengambil 10 - 15 minit.

9. Adakah penyingkiran tatu laser sakit?

Is laser tattoo removal painful

Kebanyakan orang salah sangka bahawa penyingkiran tatu laser dilakukan seperti mendapatkan tatu, bahawa dakwat tatu di letak pada kulit dengan pistol.

Malahannya, dalam proses penyingkiran tatu laser, alat tangan laser tidak sentuh pada kulit. Ia dipegang 1-2 inci jauh dari kulit, dan pancaran laser akan menembusi kulit tanpa sebarang sentuhan pada permukaan kulit.

Oleh itu, laser sendiri tidak menyebabkan kerosakan pada kulit. 

Semasa rawatan, anda akan berasa sensasi seperti gelung elastik ditarik mengena pada kulit anda, tambahan sedikit haba.

Selain itu, proses rawatan berjalan lancar, khasnya bersampingan udara dingin yang menuip pada kulit ketika rawatan dijalankan.

10. Berapa sesi penyingkiran tatu laser kami perlukan?

How many sessions of laser tattoo removal do we need

Biasanya, 6-12 sesi penyingkiran tatu laser diperlukan untuk menyingkir tatu daripada kulit anda sepenuhnya.

11. Adakah tatu langsung hilang selepas penyingkiran tatu laser?

Will my tattoo disappear immediately after treatment

Segeranya selepas rawatan, anda akan mengalami sedikit kemerahan  dan bengkak pada kulit. Dakwat tatu pun kelihatan keputihan atau kelabu bergantung pada warna dakwat.

Dari semasa ke semasa, dakwat akan semakin pudar.

Jumlah sesi yang diperlukan untuk tatu lenyap sepenuhnya, bergantung pada beberapa faktor.

12. Mengapakah tatu saya semakin gelap  selepas penyingkiran tatu laser?

Why has my tattoo gotten darker after a laser tattoo removal

Terutamanya selepas rawatan pertama, janganlah cemas jika anda perhatikan tatu anda semakin gelap warnanya.

Ia bergantung pada warna dakwat. Jika dakwat adalah warna gelap, kemungkinan ia menjadi lebih gelap selepas rawatan pertama.

Jangan risau sebab inilah sebahagian daripada proses penyingkiran.

Selepas partikel dakwat menyerap tenaga laser, hancuran kepada partikel kecil berlaku. Partikel kecil ini kelihatan gelap sebab ianya timbul  ke permukaan kulit.

Selepas beberapa sesi, partikel ini akan pudar dan tatu kelihatan kurang gelap. Selepas 2-3 sesi, anda akan perhatikan tatu semakin pudar.

13. Adakah penyingkiran tatu laser selamat?

Is laser tattoo removal safe

Kebanyakan pusat kecantikan dan pusat tidak sah menawarkan penyingkiran tatu laser, yang mungkin tidak selamat.

Ini terjadi sebab mesin laser mudah didapati. Walau bagaimanapun, hanya yang diluluskan oleh FDA (Pentadbiran Makanan dan Dadah) adalah selamat untuk digunakan untuk rawatan.

Kebanyakan laser yang diluluskan oleh FDA adalah khusus dalam indikasinya. Sebelum menjalani rawatan, pastikan klinik tersebut adalah berlesen dan alat atau produk yang digunakan oleh klinik mempunyai kelulusan FDA.

Contohnya, terdapat 3 mesin berbeza yang diluluskan oleh FDA di BWMC untuk penyingkiran tatu - Revlite, Medlite, dan Fotona - dan hanya boleh diuruskan oleh pakar doktor yang berlesen.

14. Adakah penyingkiran tatu laser tidak berkesan pada kulit gelap?

 Is laser tattoo removal ineffective on dark skin

Untuk kulit gelap, kami menggunakan setting laser yang rendah pada kulit. Ini disebabkan kulit gelap mempunyai risiko tinggi  berlakunya hiperpigmentasi.

Oleh sebab setting laser yang rendah, kami memerlukan lebih sesi untuk tatu lenyap sepenuhnya.

15. Bolehkah penyingkiran tatu laser menyebabkan parut?

Can laser tattoo removal cause scarring

Parut laser jarang berlaku.

Dengan setting yang betul, parut laser tidak mungkin berlaku, melainkan jika anda cenderung mendapat keloids ( jika begitu, anda harus memberitahu doktor dahulu), atau anda memetik kudung semasa penjagaan kemudian.

Jadi, pastikan anda memilih klinik yang betul, pakar perubatan yang betul dan pengamal perubatan akan membantu anda memilih laser yang betul  untuk rawatan anda.

Jika anda mendapatkan rawatan yang salah, atau peranti perubatan disalah guna oleh seorang yang tidak berpengalaman dan tidak terlatih, boleh menyebabkan rawatan tidak berkesan  dan juga parut yang kekal pada bahagian dirawat.

Jika anda hendak berbincang dengan seorang doktor estetik  yang berpengalaman mengenai keperluan penyingkiran tatu anda, anda boleh hantarkan pertanyaan ke Pusat Perubatan Beverly Wilshire di sini, dan mereka akan memberi maklum balas dalam 3 hari bekerja!

Pertanyaan Membuang Tatu

Perbincangan

Lihat Lebih Banyak Komen