Apa Yang Baharu dalam Laser Pembuangan Tatu di Malaysia Pada Tahun 2017?

Perubatan Estetik Wanita Kini Lelaki Kini

Pada masa kini, rawatan laser digunakan secara meluas untuk menghilangkan tatu. Tahukah anda tentang jenis-jenis rawatan laser untuk menghilangkan tatu? Juliet akan membimbing anda dalam membuat keputusan yang lebih baik, dengan memperkenalkan teknologi laser terkini di dunia yang baru dilancarkan di Malaysia!


juliet-station-doll-tattoo-laser

Semasa saya sedang berjoging, saya terserempak dengan jiran saya, Pn. Tanya. Dia baru berkahwin 2 bulan yang lalu, dan jiran-jiran saya di sini sentiasa memuji pasangan itu yang bagai pinang dibelah dua.

"Hi, Juliet! Boleh saya tanya sesuatu? " Pn. Tanya berkata dengan kelihatan cemas."

"Ya? Ada apa yang mengganggu anda? "

"Saya mempunyai tatu pada lengan saya," kata Pn. Tanya apabila dia menggulung baju lengan kanannya untuk menunjukkan tatu kepada saya. "Oh, tatu anak patung ini cantik!" Saya kagum dengan butiran muka anak patung itu.

"Tetapi Juliet, Suami saya tidak suka tatu ini. Dia asyik harap saya dapat menghilangkan tatu ini sebab dia berasa mata anak patung ini menakutkan. Juliet, saya mahu membuang tatu ini. Saya tahu bahawa rawatan laser membantu, tapi jenis rawatan laser yang mana?"

Pn. Tanya sudah mengetahui bahawa rawatan laser dapat menghilangkan tatu. Jadi di sini saya akan berkongsi dengan Pn. Tanya dan anda dengan lebih lanjut mengenai rawatan laser!

Pembuangan Tatu Dengan Rawatan Laser

juliet-station-tattoo-removal-laser-works

Rajah 1: Proses pembuangan tatu dengan laser

"Laser" sebenarnya adalah singkatan untuk "Light Amplification by the Stimulated Emission of Radiation", yang membawa maksud “penguatan cahaya melalui pelepasan radiasi yang dirangsang”. Mesin laser memancarkan tenaga haba yang membantu dalam memecahkan zarah-zarah tatu dakwat. Seterusnya, sel-sel darah putih daripada sistem imun kita menelan zarah-zarah tatu dakwat yang berpecah-belah itu, dan kemudiannya mengeluarkannya daripada sistem badan kita melalui air kencing (rujuk pada Rajah 1).

Rawatan laser telah digunakan untuk menghilangkan tatu sejak tahun 1970-an. Warna tatu yang berbeza-beza memberikan tindak balas yang berkesan terhadap panjang gelombang (wavelength) yang berbeza. Oleh itu, jika anda ingin menghilangkan tatu yang berwarna-warni, anda mungkin memerlukan beberapa sesi rawatan, kerana ia adalah lebih rumit daripada dakwat tatu hitam yang berwarna tunggal. Inovasi teknologi laser telah melihat penciptaan mesin laser yang mempunyai panjang gelombang yang berbeza berdasarkan keperluan penghabaan dakwat-dakwat tatu (rujuk pada Rajah 2). Oleh itu, teknologi laser adalah selamat untuk digunakan dan berkesan dalam menghilangkan tatu, walaupun pembuangan tatu 100% tidak boleh dijanjikan dengan mana-mana kaedah pembuangan tatu.


juliet-station-wavelength-laser

Rajah 2: Gelombang laser yang berbeza

Sepanjang beberapa dekad kebelakangan ini, dengan laser argon, laser karbon dioksida (CO2), laser Q-switched (nanosaat), dan kini laser picosecond (akhir sekali, kami mempunyai mesin laser PicoWay® yang pertama di Malaysia!), inovasi teknologi laser sedang mara ke arah kaedah-kaedah pembuangan tatu yang lebih berkesan, untuk mengurangkan kesakitan serta ketidakselesaan sewaktu rawatan laser.

Mula-mulanya, mari kita memahami tentang laser Q-Switched yang digunakan secara meluas di klinik-klinik Malaysia!

1. Laser Q-Switched (Nanosaat)

juliet-station-q-switched-laser-tattoo

 Rajah 3: Jenis laser Q-switched dan warna dakwat sasaran tatu mereka. Yang paling biasa digunakan laser Q-switched di Malaysia adalah laser Q-switched Nd:YAG, kerana ia adalah pilihan yang lebih baik untuk merawat warna kulit Asia.

Laser Q-switched telah diperkenalkan dan boleh didapatkan secara komersial sejak akhir 1980-an untuk menggantikan teknologi laser awal seperti laser argon dan CO2. Laser Q-switched telah dijadikan pilihan popular untuk kaedah pembuangan tatu sehingga hari ini.

Q-switched, atau “Quality switching” yang membawa maksud “kualiti pensuisan”, merujuk kepada suatu suis yang membolehkan pembebasan jumlah sengit tenaga dalam satu denyutan kuat (dalam tempoh nanosaat), supaya zarah-zarah dakwat tatu yang disasarkan dipanaskan dengan cepat sampai "meletup". Oleh itu, laser Q-switched berkesan dengan tepat dan memberikan kesan sampingan yang kurang, berbanding dengan laser gelombang berterusan yang awal. Laser Q-switched Ruby (QSR), dengan panjang gelombang 694nm, adalah laser Q-switched yang paling awal digunakan untuk menghilangkan tatu.

Oleh sebab rawatan laser Q-switched agak menyakitkan, krim kebas (anestetik topikal) sering digunakan sebelum rawatan. Selepas prosedur, salap topikal (spektrum luas anti-bakteria atau berasaskan petroleum) digunakan dengan segera untuk membantu dalam penyembuhan.

Walaupun pembuangan tatu secara keseluruhannya tidak terjamin bagi mana-mana kaedah pembuangan tatu, laser Q-switched dapat memudarkan tatu dengan efektif. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa kesan sampingan dengan rawatan laser Q-switched, termasuk Purpura (bintik berwarna ungu), pembentukan kerak (pengerasan permukaan kulit), melepuh (rujuk Rajah 4), jangkitan, dan oksidatif gelap pigmen.


juliet-station-q-switch-laser-blisters

Rajah 4: Contoh lepuhan yang dibentuk selepas rawatan laser Q-Switched dan setelah pemulihan 

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut pasal laser Q-switched yang sesuai untuk menghilangkan tatu anda, anda boleh merujuk kepada senarai klinik-klinik ini yang dapat menghilangkan tatu, harap anda dapat menetapkan temu janji dengan klinik pilihan anda supaya dapat gambaran yang lebih jelas! Ini juga sebahagian daripada misi ERUFU Care untuk mendekatkan jarak antara anda dengan pakar perubatan!

"Oh laser Q-Switched! Saya pernah mendengar tentang rawatan ini daripada kawan saya yang telah melakukan pembuangan tatu. Rawatan laser inilah yang paling terkini di Malaysia, betul?" Kata Pn Tanya.

"Pn. Tanya, terdapat juga teknologi yang lebih baharu dan terkini untuk pembuangan tatu sekarang, yang dilancarkan oleh Ko Skin Specialist baru-baru ini!"

"Oh? Satu teknologi laser yang lebih baik? Beritahu saya lebih lanjut, Juliet!"

2. Laser Picosecond (Picosaat)

juliet-station-celebrities-drko

Laser picosecond (ultra-pendek) adalah teknologi laser terbaru yang mengambil masa yang amat pendek untuk melepaskan satu pancaran cahaya yang memecahkan zarah dakwat ke dalam zarah yang lebih kecil. Ini bermaksud laser picosecond dapat berkerja dengan sangat cepat berbanding dengan laser Q-switched! Oleh itu, laser picosecond boleh mengurangkan kesakitan pada waktu rawatan, di samping mengurangkan sesi-sesi rawatan yang diperlukan untuk pembuangan tatu anda!

Pada 21hb Februari 2017, Ko Skin Specialist mengadakan pelancaran rasmi teknologi laser PicoWay®. PicoWay® dari USA merupakan mesin laser picosecond yang pertama di Malaysia! Ia hanya terdapat di Ko Skin Specialist HQ, Klang buat masa ini. Selebriti yang telah dijemput untuk parti pelancaran tersebut termasuk pelakon Idris Khan, pengarah filem Erma Fatima, hos tv Astro SuperSport Amanda Chaang, hos TV Yasmin Hani, dan pelakon Tengku Putri Najuwa, yang telah mencuba laser PicoWay® serta berkongsi tentang pengalaman peribadi mereka dengan rawatan laser PicoWay®.

"Jelesnya betul!" kata Pn. Tanya.

Saya juga dapat peluang esklusif untuk bercakap dengan Dato 'Dr Ko Chung Beng. Beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pakar Perunding Klinik Dermatologi Ko Skin Specialist. Laser picosecond ini diperkenalkan ke Malaysia buat kali pertama dengan mesin laser PicoWay®! Saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang apa yang saya telah pelajari daripada Dr. Ko mengenai mesin laser PicoWay®!

  • "Dr. Ko, apakah yang menyebabkan anda membuat keputusan untuk membawa PicoWay® ke Malaysia?

Kami mendapat tahu keperluan untuk membawa PicoWay® ke Malaysia kerana rakyat Malaysia mempunyai warna kulit yang pekat. Ia adalah sukar untuk merawat pesakit dengan nada kulit gelap menggunakan kebanyakan laser kerana sering kali tenaga laser akan diserap ke dalam kulit di sekitarnya dan bukannya hanya atas zarah-zarah pigmen.

PicoWay® adalah suatu game changer apabila tenaga laser itu disasarkan atas zarah-zarah pigmen serta pada waktu yang sama, ia mengurangkan jumlah haba yang diserap oleh kulit secara minimum. Bayangkan kelebaran nadi nanosaat (10-9 s) laser Q-Switched yang dipendekkan kepada picosaat  (10-12 s)! Rakyat Malaysia akhirnya mempunyai pilihan rawatan laser yang sesuai untuk nada kulit mereka.

  • "Bagaimanakah boleh PicoWay® digunakan?"

PicoWay® berkesan untuk membuangkan hampir semua warna tatu. Ini termasuk tatu kosmetik seperti kening mata, eyeliner, tatu lipliner dan lain-lain, mereka boleh dihilangkan dengan mudah oleh PicoWay®, tanpa meninggalkan sebarang parut. Selain itu, PicoWay® boleh membuangkan parut jerawat, melasma, tanda lahir berpigmen, dan boleh digunakan untuk tujuan peremajaan kulit.

  • "Adakah terdapat sebarang kesan sampingan menggunakan PicoWay®?"

PicoWay® adalah cukup selamat untuk digunakan. Oleh itu, tiada pendarahan, tiada parut.

  • "Adakah ia menyakitkan semasa rawatan, seperti mana-mana rawatan laser membuang tatu yang lain?"

Seperti Idris Khan, Erma Fatima, Amanda Chaang, Yasmin Hani dan Tengku Putri Najuwa, mereka tidak memakai krim kebas sebelum bermulanya rawatan laser. Mereka hanya mengalami perasaan ‘lastik gelang getah’ yang kecil. Akan tetapi, bagi pesakit yang amat sensitif dengan kesakitan, sapuan krim kebas (anestesia topikal) sebelum rawatan akan dicadangkan.

  • "Adakah sapuan krim kebas menjejaskan keberkesanan optimum laser PicoWay®?"

Tidak sama sekali! Krim kebas langsung tidak menjejaskan rawatan!

  • "Adakah terdapat cara untuk memahami apa yang akan pesakit lalui semasa rawatan laser?"

Untuk cawangan-cawangan Klinik Dr. Ko, biasanya pada waktu konsultasi, kami akan melakukan demonstrasi kecil kepada pesakit dengan menguji laser pada surat khabar. Pesakit boleh melihat dakwat hitam dipudarkan. Kita juga akan melakukan ujian yang kecil pada kulit pesakit (bukan kawasan kulit yang akan dirawat), supaya mereka tidak akan berasa terlalu bimbang tentang rawatan.

  • "Berapa lamakah masa yang diambil untuk pulih selepas menggunakan PicoWay®?"

Mungkin akan ada kulit kering terbentuk di kawasan yang dirawat, dan akan sembuh selepas 1 atau 2 minggu. Pesakit boleh menjalankan aktiviti-aktiviti harian seperti biasa selepas rawatan. Walaubagaimanapun, saya akan menasihati pesakit untuk mengelakkan aktiviti berenang, atau mana-mana aktiviti luar selama seminggu selepas rawatan.

  • "Bolehkah pesakit melihat hasil selepas satu sesi rawatan?"

Ini bergantung kepada warna, kegelapan, saiz, kedalaman, dan berapa lamanya tatu-tatu individu, antara syarat-syarat yang lain. Walaubagaimanapun, rawatan laser PicoWay® memerlukan bilangan sesi rawatan  yang kurang dan adalah sangat berkesan.

  • "Kira-kira berapakah kos bagi setiap sesi rawatan laser PicoWay®?"

Di Klinik Dr. Ko, RM800 akan dicaskan secara minimum bagi setiap sesi, bergantung kepada keadaan tatu individu.

Berbanding dengan kedua-dua rawatan laser terkini, walaupun kos rawatan laser PicoWay® adalah lebih tinggi daripada rawatan laser Q-Switched Nd: YAG, ia adalah lebih berkesan dalam bilangan sesi rawatan yang kurang.

juliet-station-picosecond-laser

Rajah 5: Perbandingan antara pembuangan tatu oleh laser Q-Switched dan picosecond selepas 1 bulan, 3 rawatan

"Wow! Terima kasih Juliet untuk berkongsi dengan saya semua ini!” Mrs Tanya berkata.

“Kalau anda berminat, anda boleh mengaturkan temu janji di cawangan utama Klinik Dr. Ko bagi rawatan laser PicoWay®! Tinggalkan pertanyaan anda di Pertanyaan tentang PicoWay® bagi pembuangan tatu!”

“Rupa-rupanya rawatan laser untuk menghilangkan tatu adalah begitu mudah!”

“Adakah anda tahu betapa susahnya rawatan-rawatan laser pada masa lalu?”

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lanjut tentang laser ion argon dan laser karbon dioxida yang lama, biarlah Juliet berkongsi dengan anda tentangnya!

3. Laser Argon

juliet-station-argon-laser

Laser argon, juga dikenali sebagai laser gas ion, adalah salah satu rawatan laser yang pertama digunakan untuk pembuangan tatu, kira-kira pada akhir tahun 1970-an dan pada awal tahun 1980-an. Laser argon adalah sejenis laser gas, dan gelombang berterusan diperlukan untuk memancarkan kuasa (tenaga haba) dalam jumlah besar untuk satu pelepasan pancaran. Oleh itu, penggunaan laser argon kurang selesa bagi pesakit, serta meninggalkan parut tisu di kulit sekitarnya.

"Meninggalkan parut? Oh tidak!”

4. Laser Karbon Dioxida (CO2) 

juliet-station-hypertrophic-scar

Rajah 6: Contoh parut hypertrofi selepas rawatan laser CO2 (Sumber imej:Tattoo Keloids)

Oleh sebab laser argon mempunyai kejayaan yang terhad bagi pembuangan tatu dengan pancaran tenaga haba yang tidak terkendali, laser karbon dioksida (CO2) kemudiannya diperkenalkan dan digunakan secara meluas pada tahun 1980-an. Laser CO2 adalah satu kaedah pelapisan kulit, di mana ia mengeluarkan tenaga yang kuat untuk mengewap permukaan topikal kawasan kulit yang bertatu, kerana tenaganya senang diserap oleh air. Laser CO2, seperti laser argon, adalah laser gelombang berterusan yang berisiko tinggi bagi meninggalkan parut hipertrofi (timbul) (rujuk pada Rajah 6), dan juga perubahan pigmentasi kulit yang semulajadi (kemungkinan kehilangan warna kulit yang asal dalam jangka panjang) pada bahagian kulit bertatu yang dirawati.

juliet-station-tattoo-removed-co2-laser

 Rajah 7: Ilustrasi keberkesanan laser pecahan vs tradisional

Terdapat 2 jenis laser CO2, iaitu laser tradisional ablative CO2, dan laser pecahan CO2 laser yang lebih baru. Laser tradisional CO2 dapat membakar 100% daripada lapisan topikal anda, manakala laser pecahan CO2 hanya membakar sebahagian kecil (biasanya sekitar 20%) daripada lapisan topikal kulit anda. Oleh itu, lebih banyak sesi rawatan laser pecahan CO2 diperlukan untuk mencapai keputusan yang unggul bagi anda (rujuk pada Rajah 7).

Namun, penggunaan laser pecahan CO2 berisiko lebih rendah dalam peninggalan parut dan masa pemulihannya lebih cepat berbanding dengan penggunaan laser ablative CO2. Selain itu, laser ablative CO2 kurang berkesan untuk rawatan tatu atas muka, tatu besar, atau tatu yang lebih dalam. Oleh itu, laser pecahan CO2 lebih biasa digunakan pada kebelakangan ini untuk rawatan peremajaan kulit (kedutan, kesan regangan, luka-luka berpigmen, dan lain-lain) dan pembuanguan tatu kosmetik (bibir, tatu eyeliner, dan lain-lain). Krim kebas (anestesia topikal) adalah amat diperlukan untuk rawatan, kerana rawatan ini tidak mudah!

"Hmm … okay..."

juliet-station-call-advice

Juliet berharap agar anda telahpun mengetahui lebih banyak tentang rawatan laser jika anda ingin menghilangkan tatu anda! Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai rawatan laser untuk pembuangan tatu, bolehlah memanggil nombor care team saya, +603-2386 6090, atau menghantar pertanyaan anda ke klinik pilihan anda di ERUFU Care, kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu anda!


Juliet's TipsPesanan Juliet: Rawatan laser terbaik untuk pembuangan tatu bergantung kepada saiz, lokasi, jenis dan warna tatu anda dan kesanggupan anda untuk penmbuangan tatu yang kurang lengkap, meninggalkan parut, atau beberapa sesi rawatan yang diperlukan. Selepas membaca artikel ini, saya berharap anda dapat membezakan jenis-jenis rawatan laser sekarang! Adakah anda mendapati artikel ini berguna untuk anda? Anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan anda juga! Kawan-kawan bolehlah merujuk kepada rawatan penyingkiran tatu yang terdapat di Malaysia di sini pada ERUFU Care!

Contoh Perbincangan