Bagaimanakah penyingkiran tatu laser berlaku? Dijawab oleh Pusat Perubatan Beverly Wilshire

Perubatan Estetik

Penyelidikan Q&A tentang bentuk semula muka bersama pasukan pakar perubatan dari Pusat Perubatan Beverly Wilshire. Anda bertanya: Bagaimanakah penyingkiran tatu laser berlaku? Di sini doktor-doktor menjawab.


Adakah anda mempunyai tatu yang anda tidak mahu lagi?

Sejak kita mendapatkan tatu didakwat pada kulit kita, adakah ia kekal tanpa sebarang cara untuk menyingkirkan?


Terdapat tuntutan yang mengelirukan dan mitos tentang tatu penyingkiran, seperti menggosok dengan kimia tertentu sehingga hilang, atau menyapu sedikit tumbuhan atau herba untuk tatu pudar, adakah semua ini berkesan?

Beginilah terdapatnya penyingkiran tatu laser, tetapi informasi tentang rawatan ini kurang, atau susah difahami, bersama istilah perubatan dan pendapat berbeza oleh individu berbeza daripada punca tidak sah.

Jadi, saya telah menghubungi pasukan perubatan yang sah dari Pusat Perubatan Beverly Wilshire dengan kompilasi soalan-soalan anda mengenai penyingkiran tatu laser, sebab jika kita tercari-cari jawapan, mengapa bukan daripada doktor-doktor sendiri?

Anda bertanya, kami ada jawapan.

Semua informasi dan jawapan diberi oleh doktor-doktor yang disahkan dari Pusat Perubatan Beverly Wilshire.

Pusat Perubatan Beverly Wilshire (KL)

PUSAT PERUBATAN BEVERLY WILSHIRE ADALAH PUSAT PERUBATAN KECANTIKAN BERSEPADU YANG MENETAPKAN STANDARD DALAM PEMBEDAHAN KOSMETIK, PERUBATAN ESTETIK (RAWATAN TANPA PEMBEDAHAN DAN RAWATAN LASER) DAN PENUAAN YANG SIHAT DI RANTAU INI.

Dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kami menawarkan pilihan yang luas bagi prosedur kosmetik, rawatan estetik, dan perkhidmatan kesihatan untuk membolehkan anda mencapai kesempurnaan yang anda inginkan - dalam kecantikan, kesihatan, dan kesejahteraan. Dengan kepakaran doktor-doktor pakar yang mahir dan disokong oleh teknologi terkini dalam industri ini dengan kemudahan bertaraf dunia, anda boleh berasa yakin dengan bimbingan profesional dan rawatan perubatan yang disesuaikan ke arah hasil yang anda ingini. Sama ada anda inginkan kulit, muka, badan atau kesejahteraan yang ideal, anda boleh mencapainya di sini.

  1. Pusat Kecemerlangan Pembedahan Kosmetik, Perubatan Estetik dan Penuaan Sihat
  2. Disokong oleh pakar bedah plastik yang berdaftar dan diperakui oleh lembaga
  3. Semua prosedur kosmetik dan estetik ditadbirkan secara profesional oleh doktor yang berlesen
  4. Berdaftar dengan Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (Malaysian Healthcare Travel Council, MHTC) untuk menggalakkan pelancongan perubatan
+ Selanjut

Bolehkah menyingkir tatu sepenuhnya?

Tattoo removal

Daripada soalan tentang menyingkir tatu sepenuhnya, ada yang mahu dan ada juga lain yang tidak mahu.

Pada dasarnya, ia bergantung pada jenis kulit anda, warna tatu dan jenis dakwat yang digunakan untuk tattoo.

Tatu tertentu boleh disingkir sepenuhnya tetapi akan meninggalkan tompok putih. Kondisi ini dipanggil hipopigmentasi.
Jadi, sebelum rawatan penyingkiran tatu laser, pesakit mesti menerima hakikatnya bahawa kulit mereka tidak akan sempurna seperti dahulu.

Betulnya, penyingkiran dakwat tatu sepenuh ada berkemungkinan, tetapi bersama kesan sampingan pada kulit.

Bagaimanakah penyingkiran tatu laser dilakukan?

Laser tattoo removal

Sebelum memulakan rawatan penyingkiran tatu laser, kami akan menyapu selapis krim kebas pada kawasan dirawat sebab prosedur rawatan mungkin sakit, jadi lapisan krim kebas diperlu untuk melegakan kesakitan supaya sesi rawatan selesa.

Lebih kurang 30 minit selepas krim kebas berkesan, kami memulakan rawatan penyingkiran tatu laser, dan sebuah mesin penyejuk akan meniup udara dingin pada kawasan rawatan untuk menenangkan kawasan kulit dan memberi keselesaan kepada anda.

Rawatan laser bermula dengan mensasarkan pada dakwat tatu yang terdapat dibawah kulit. Dakwat akan menyerap tenaga daripada cahaya laser dan dakwat itu akan hancur kepada jutaan cebisan kecil.

Cebisan dakwat yang hancur akan diserap oleh sistem imun tubuh lalu dibuang keluar dari tubuh secara semula jadi.

Satu perkara yang harus diperhatikan:

Orang ramai salah sangka bahawa penyingkiran tatu laser dilakukan sama cara dengan tatu yang dibuat pada kulit dengan pistol tatu.

Walau bagaimanapun, dalam proses penyingkiran tatu laser, alat tangan laser tidak menyentuh kulit. Ia dipegang 1-2 inci daripada kulit, dan sinar laser akan memasuki kulit tanpa sentuhan fizikal pada permukaan.

Jadi, laser itu tidak menyebabkan kerosakan pada kulit.

Semasa rawatan, anda akan berasa sensasi seperti pengikat getah asyik ketuk pada kulit anda, bersama dengan sedikit haba.

Selain itu, proses rawatan dijalankan dengan lancar, terutamanya ada udara dingin meniup pada kulit semasa rawatan dijalankan.

Berapa lama masa untuk penyingkiran tatu laser?

Tattoo removal duration

Tempoh masa untuk proses rawatan bergantung pada saiz tatu. Biasanya, ia mengambil 10-15 minit untuk satu sesi rawatan laser.

Berapakah sesi penyingkiran tatu laser diperlukan?

Biasanya 6-12 sesi penyingkiran tatu laser diperlukan untuk menyingkir tatu anda sepenuhnya.

Adakah tatu saya akan hilang segera?

After a tattoo removal

Dengan segera selepas rawatan, anda akan mengalami sedikit kemerahan dan bengkak pada kulit. Dakwat tatu akan kelihatan keputihan atau kelabu, bergantung pada warna dakwat.

Ini akan pudar selepas seketika masa. 

Nombor sesi diperlukan untuk tatu hilang sepenuhnya bergantung pada beberapa faktor.

Jenis kulit

Tattoo removal skin type

Mula-mulanya, kami hendak memastikan jenis kulit anda sebelum memulakan penyingkiran tatu laser.

Untuk kulit lebih gelap, kami menggunakan setting laser rendah pada kulit. Inilah sebab kulit lebih gelap mempunyai risiko lebih tinggi untuk berlakunya hiperpigmentasi.

Tetapi untuk setting laser yang rendah ini, kami memerlukan lebih sesi untuk tatu hilang sepenuhnya.

Dakwat tatu

Bertentangan dengan kepercayaan popular, ia lebih senang menyingkir tatu lama daripada tatu baru.

Inilah kerana kami menyingkir tatu dari permukaan kulit. Jadi untuk tatu lama, dakwat sudah tenggelam masuk, dan dakwat pada permukaan sudah pudar.

Berbanding dengan tatu yang baru didakwat dengan warna cerah dan dakwat pada permukaan kulit, tatu lama lebih senang disingkir.

Warna tatu

Untuk warna-warna tatu, warna hitam paling senang disingkir berbanding dengan warna lain seperti merah dan hijau.

Sesetengah orang mempunyai beberapa lapisan tatu, satu di atas yang lain. Untuk kes ini, ia adalah lebih susah, dan memerlukan lebih sesi rawatan untuk menyingkir lapis demi lapis.

Lokasi tatu

Tattoo location

Lokasi tatu boleh menjejaskan proses pemulihan selepas rawatan penyingkiran tatu. Jika tatu terletak pada bahagian tubuh badan yang memperolehi bekalan darah yang rendah seperti jari kaki dan jari tangan, pemulihan lebih lambat berbanding dengan lokasi lain seperti belakang dan lengan.

Penjagaan seterusnya

Bagaimana anda menjaga bahagian kulit yang menjalani rawatan penyingkiran  tatu selepas rawatan, memainkan peranan yang penting dalam keberkesanan penyingkiran tatu itu.

Pembentukan lepuh dan kulit kering adalah biasa selepas penyingkiran tatu. Tetapi jika anda menggorek  atau mencakar kulit kering itu, tempoh pemulihan mengambil lebih masa.

Turutilah nasihat doktor anda tentang penjagaan seterusnya untuk memastikan keputusan rawatan yang anda menjalani, mendapat pemulihan optimal.

Adalah penting juga untuk berbincang  dengan doktor anda secara terperinci tentang jangkaan anda daripada rawatan itu.

Adakah anda mahu penyingkiran sepenuhnya? Ataupun anda hendak tatu pudar sahaja? Ataupun anda bercadang meliputi tatu dengan tatu berlainan?

Jika anda hendak berbincang dengan seorang doktor estetik berpengalaman tentang keperluan penyingkiran tatu anda, hantarkan pertanyaan anda ke Pusat Perubatan Beverly Wilshire di sini, dan anda akan menerima maklum balas dalam 3 hari bekerja!

Pertanyaan Buang Tatu

Adakah penyingkiran tatu selamat?

Is tattoo removal safe

Kini, kebanyakan pusat kecantikan menawarkan penyingkiran tatu laser yang tidak mestinya selamat.

Walaupun mesin laser banyak sekali didapati pada masa kini, tetapi hanya yang diluluskan oleh FDA ( Pentadbiran Makanan dan Dadah) adalah selamat digunakan untuk rawatan.

Kebanyakan laser yang mendapat kelulusan FDA, adalah khusus dalam tandaan atau indikasi.
Sebelum menjalani sebarang rawatan, pastikan klinik itu berlesen, serta alat dan produk diguna mempunyai kelulusan FDA.

Contohnya, di BWMC, terdapat 3 kelulusan FDA yang berlainan untuk mesin penyingkiran tatu - Revlite, Medlite, dan Fotona - dan hanya boleh dikendalikan oleh seorang doktor yang berlesen.

Tattoo removal

Jadi, pastikan anda memilih klinik yang betul, pengamal perubatan yang betul, dan beliau akan membantu anda memilih rawatan laser yang betul.

Memperolehi rawatan yang salah , atau jika mesin disalah guna oleh seorang yang kurang berpengalaman atau kurang terlatih, boleh menyebabkan rawatan tidak berkesan serta berlakunya parut yang kekal pada kawasan rawatan.

Bersama kami untuk mengetahui lebih dalam isu berikutan tentang kebenaran dan mitos penyingkiran tatu.

Jika anda hendak berbincang dengan seorang doktor estetik yang berpengalaman tentang keperluan penyingkiran tatu anda, hantarkan pertanyaan anda ke Pusat Perubatan Beverly Wilshire di sini, dan dapatkan maklum balas dalam 3 hari bekerja.

Pertanyaan Buang Tatu

Contoh Perbincangan