Tatu Boleh Digunakan Dalam Perubatan? Adakah Anda Tahu 6 Kegunaan Perubatan Tatu?

Badan & Minda Perubatan Estetik

Tahukah anda bahawa tatu bukanlah hanya satu bentuk badan seni, tetapi boleh digunakan untuk tujuan perubatan juga? Biarlah Juliet berkongsi dengan anda tentang penggunaan tatu untuk tujuan-tujuan perubatan ini!


NOTA: Artikel ini mengandungi kandungan eksplisit sebagai rujukan perubatan.

Dua hari lepas, Gina, seorang peserta Amerika yang baharu dalam kelas gim Shalini, mengalami serangan sawan ketika menghadiri kelas gim. Semua orang terkejut melihat apa yang terjadi. Shalii juga berasa bertanggungjawab sebagai seorang jurulatih, tetapi dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana Shalini jarang menghadapi setuasi kecemasan seperti ini.

Tiba-tiba, seorang wanita berkata dengan kuat, "Bertenang semua! Gina mempunyai epilepsi, dia hanya memerlukan sedikit masa!  Bolehkah sesiapa menghubungi 999?"

Shalini bertanya, "Adakah anda berkenalan dengan Gina? Bagaimanakah anda tahu bahawa dia mempunyai epilepsi?"

"Gina ada tatu amaran perubatan pada pergelangan tangannya yang menyatakan dia mempunyai epilepsi! Saya pernah jumpa beberapa rakyat Amerika yang mempunyai tatu ini!"

*Epilepsi adalah suatu keadaan neurologikal yang memberi kesan kepada episod rampasan otak yang berulang.

shalini-gina-seizure

Apabila Shalini menceritakan kisah ini, saya berasa lega mendengar bahawa semuanya berjalan lancar selepas kejadian itu, dan keadaan Gina telahpun stabil selepas menerima rawatan kecemasan.

Tatu menerima reaksi yang berbeza-beza antara masyarakat Malaysia. Namun, tahukah anda bahawa selain bagi tujuan kecantikan atau bagi tujuan pengabdian budaya, terdapat juga tatu bagi tujuan perubatan. Tatu ini boleh menjadi amaran perubatan untuk menyedarkan pihak kecemasan dan keselamatan pada waktu kejadian kecemasan, atau sebagai penanda titik rujukan semasa pembedahan, atau sebagai penyamaran parut dan kawasan-kawasan yang kekurangan pigmen pada jenis kulit gelap. Mari Juliet memberitahu anda dengan lebih lanjut berdasarkan contoh-contoh kes sebenar!

Bagaimana tatu digunakan untuk tujuan perubatan

juliet-station-oetzi-the-iceman

Rajah 1: Oetzi yang dijadikan mumi dan tatu-tatunya di bahagian-bahagian berhampiran dengan tulang belakang teras dan sendi

Tatu-tatu yang digunakan untuk tujuan perubatan, atau hanya dikenali sebagai tatu perubatan, adalah prosedur mikropigmentasi pada badan fizikal atau dalaman sebagai petunjuk bagi situasi perubatan yang berkaitan. Sejarah tatu perubatan bermula sejak 5,000 tahun yang lalu, dengan penemuan Iceman yang dijadikan mumi di pergunungan Alps Eropah yang mempunyai tatu-tatu di bahagian-bahagian berhampiran dengan tulang belakang teras dan sendi (rujuk pada Rajah 1), yang dipercayai sebagai Akupunktur yang terawal. Tatu-tatu ini juga dipercayai untuk berkaitan dengan sakit belakang dan penyakit  sendi degeneratif.

Sejak kebelakangan ini, kaedah-kaedah tatu perubatan dianggap sesuai untuk perubatan dan mempunyai kerumitan yang kurang. Mari kita lihat di sini!

1. Tatu bagi Pengenalan Perubatan / Amaran Perubatan


juliet-station-medical-bracelet

Seperti Gina, orang yang mempunyai keperluan khas memerlukan pengenalan perubatan, atau amaran perubatan untuk mendedahkan keadaan mereka sewaktu kecemasan. Pengenalan perubatan ini terdapat dalam pelbagai jenis bentuk: gelang pergelangan tangan atau buku lali, loket jam tangan serta kalung, rantai leher dengan tag tentera, kasut tag, kad dompet, dan sebagainya; ia bergantung kepada apa yang pesakit memilih untuk memakai secara harian. Walaubagaimanapun, sesetengah pesakit mendapati ia menyusahkan untuk meletakkan sesuatu benda tambahan pada badan fizikalnya – sama ada disebabkan oleh penampilannya, atau kerana alat-alat ini menyekat pergerakan semasa beraktiviti (di tempat kerja, sekolah, pada waktu latihan dan sebagainya) – tatu perubatan akan dijadikan alternatif terbaik untuk menjaga keperluan penjagaan kesihatan yang kritikal.  

"Betul! Gina pernah memberitahu saya bahawa dia tidak suka memakai barang kemas!" Shalini teringat.

juliet-station-medical-tattoo-examples

Rajah 2: Contoh Tatu Amaran Perubatan (sumber imej: Pinterest)

Tatu amaran perubatan (rujuk pada Rajah 2) tidaklah digunakan untuk membuat kenyataan politik, atau sebagai persembahan.  Ia adalah peralatan yang praktikal dan berkekalan untuk memberi isyarat kepada pakar bedah, paramedik, atau sesiapa sahaja di tempat-tempat awam bahawa pesakit mempunyai keadaan yang serius. Mereka juga boleh membantu mengurangkan stigma bagi keadaan yang serius. Tatu itu mestilah mudah dinampak oleh orang yang terdekat dengan pesakit. Oleh itu, tatu amaran perubatan biasanya diletakkan pada pergelangan tangan pesakit, kerana paramedik biasanya akan memeriksa denyutan jantung dulu sewaktu kecemasan.

Populariti untuk mendapatkan tatu amaran perubatan telah meningkat sejak tahun 2010. Bukan sahaja Gina, rakyat Amerika yang lain telah mendapatkan tatu amaran perubatan kerana tatu ini dipandang sebagai penyelesaian yang lebih sesuai . Seorang lelaki berusia 33 tahun dari Michigan, Amerika Syarikat, berkata bahawa gelang tangan dan rantai leher perubatan telah menyebabkan perbelanjaannya yang lebih daripada 1,000 USD, kerana beliau telah didiagnosis dengan penyakit kencing manis jenis 1 sejak umur 6 tahun. Oleh itu, tatu amaran perubatannya boleh mengurangkan  perasaan bimbang pada waktu kecemasan, tanpa memerlukan sebarang alat gantian kerana ia telah dimeterai secara kekal pada lengannya.

2. Tatu Sebagai Penyamaran Parut

juliet-station-nipple-restoration

 Rajah 3: Pemulihan puting perempuan oleh tatu 2-D (sumber imej: Facingcancer.ca)

Cuba bayangkan seseorang yang terdekat dengan anda telah menghidap kanser payudara. Pertumbuhan kanser payudara telah dikeluarkan, tetapi payudaranya tidak lagi mempunyai puting. Tanpa kekuatan mental yang kental, dia berasa sedih semasa memandang dirinya dalam cermin, dan berasa rendah diri. "Bagusnya kalau saya mempunyai payudara yang biasa," dia sentiasa berkata kepada dirinya sendiri.

Tidak dapat dinafikan bahawa parut menandakan kebimbangan utama dalam perubatan estetik, khususnya dalam kalangan pembedahan plastik atau rekonstruktif. Untuk pesakit yang menghidap kanser payudara dan telah menjalani pembuangan payudara (mastectomy), tatu boleh dijadikan sebagai satu cara pemulihan puting (areola) dengan mendapatkan semula rupa puting (rujuk pada Rajah 3). Malah, ini adalah satu langkah akhir yang amat optimum dalam prosedur pembinaan semula payudara, untuk mengembalikan keyakinan dan kepuasan pesakit secara keseluruhan.

juliet-station-medical-tattoo-cleft-lip-scar

Rajah 4: Tatu pada parut bibir (bibir sumbing) (sumber imej: Artistic Cosmetic Solutions)

Di samping itu, ketidakstabilan pigmen dalam tisu parut menyebabkan kesukaran dalam mencapai padanan warna semulajadi kulit pada parut. Oleh itu, tatu boleh digunakan untuk menyamar parut-parut yang mempunyai pigmentasi yang kurang, terutamanya dalam kalangan pesakit-pesakit yang mempunyai tona kulit yang gelap. Contohnya, bagi parut-parut selepas pembedahan bibir (bibir sumbing), mikropigmentasi (tatu perubatan) boleh dilakukan sebagai langkah akhir pembedahan plastik, untuk menyelaraskan kulit antara philtrum dengan''Cupid’s bow'' (rujuk pada Rajah 4). 

3. Tatu bagi Pigmentasi Semula Kulit (Cover-Up)

juliet-station-vitiligo-tattoo-cover

 Rajah 5: Tatu untuk menyamarkan sopak (sumber imej: Milady Medical Spa)

Pigmentasi semula kulit adalah satu penyelesaian yang optimistik untuk menutup kecacatan kulit dengan meniru rupa semula jadi, serta mengembalikan keyakinan. Satu contoh adalah cover-up untuk sopak (vitiligo) (rujuk pada Rajah 5). Sopak adalah penyakit kulit berjeragat di mana kerosakan melanosit pada kulit menyebabkan ketiadaan warna kulit semulajadi pada tompok-tompok kulit yang tertentu. Sesetengah pesakit berasa malu dengan tompok-tompok putih yang merebak pada kulit. Apatah lagi pada muka! Terutamanya pada bahagian bibir, sopak tidak dapat dirawat dengan kaedah yang lain, kerana terdapat kekurangan pigmen sel stem di bibir.

4. Tatu untuk Endoskopi (Imbasan Dalaman Badan)


juliet-station-endoscopic-tattoo

Rajah 6: Tatu Endoskopik (Sumber Imej: Johns Hopkins Colon Cancer Center)

Pada masa kini, untuk menyemak barah kecil atau luka-luka terutama di sepanjang saluran penghadaman kita, pembedahan invasif tidak wajar. Pengesanan lokasi unsur kanser kolorektal  yang kecil memang mencabarkan. Adalah amat sukar untuk doktor-doktor atau pakar bedah untuk mengesan satu pertumbuhan kecil,, kerana ia tidak dapat dirasai serta disentuh oleh tangan, atau dilihat dengan mata kasar. Oleh itu, tatu endoskopik (atau kolonoskopik dalam kes ini) adalah pilihan terbaik untuk ukuran pra-operasi.

Tatu endoskopik (rujuk pada Rajah 6) adalah penanda lokasi sel-sel kanser di dalam saluran penghadaman dan mempunyai ketepatan dalam 70% ke 100%, dan merendahkan risiko kerumitan. Kerumitan biasanya berlaku disebabkan oleh suntikan melalui dinding organ. Namun, menurut kajian yang dilakukan untuk memahami kesan-kesan tatu endoskopik, kebanyakan pesakit yang mengalami situasi tatu endoskopik dengan dakwat hitam yang tertumpah menunjukkan tiada kesan sampingan!

5. Tatu sebagai Penanda Radioterapi (Radioterapi bagi Pesakit Barah)

juliet-station-radiotherapy-field-marker

Rajah 7: Rujukan penanda sebelum titik tatu (saiz satu tompok) dilakukan untuk tujuan radioterapi (Sumber Imej: Oncolink)

Seperti penggunaan tatu untuk endoskopi, tatu pada permukaan kulit (titik kecil) - dengan dakwat hitam yang konvensional - akan membimbing juru x-ray untuk merawat kawasan yang sama di mana pertumbuhan kanser terletak pada setiap sesi radioterapi (rujuk pada Rajah 7). Titik-titik ini penting bagi pesakit yang menjalani rawatan radiografi dan tidak mengganggu rutin harian mereka, seperti mandi. Titik-titik ini juga boleh digunakan sebagai rekod rawatan bagi rujukan perubatan pada masa hadapan. Jarang bahawa titik ini kekal tanpa tujuan.

6. Tatu sebagai Biosensor (Penjejakan Fizikal)

juliet-station-intelligent-biosensor-tattoo

Peranti pintar dengan penggunaan tattoo merupakan kejayaan penemuan  teknologi baru, yang mengukur aktiviti-aktiviti fisiologi badan kita. Biosensor ini boleh dipakai (dalam bentuk tatu) untuk tujuan pemantauan degupan jantung bagi penyakit kardiovaskular, serta untuk kesihatan umum, seperti memantau tahap alkohol dengan tatu yang merangsangkan peluh, atau seperti Fitbit atau Mi Band anda! Satu lagi penggunaan tatu pintar adalah pemantauan serta kawalan tekanan mental.

Walaupun masih terhad kepada demonstrasi makmal buat masa sekarang, tatu pintar mungkin akan menjadi alternatif yang sesuai bagi individu-individu yang tidak suka memakai sebarang peranti terutamanya ketika bersenam, atau berasa betul-betul sakit!

Tatu bagi tujuan perubatan macam baik je! TETAPI...

Terdapat komplikasi yang mungkin berlaku jika anda membuat keputusan untuk mendapatkan tatu, sama ada untuk tujuan kecantikan atau perubatan!

  1. Sesetengah tatu lenyap dari semasa ke semasa. Ini adalah agak tidak memuaskan untuk penyamaran parut-parut, di mana tatu dilakukan untuk menyembunyikan kekurangan anda.
  2. Ketidakpadanan warna mungkin berlaku antara pesakit sopak yang mendapatkan tatu sebagai penyamaran.
  3. Tindak balas kulit anda terhadap tatu mungkin akan menjadikannya lebih buruk sebab tatu memperkenalkan bahan-bahan asing kepada badan anda.
  4. Penanda radioterapi mungkin tidak diingini oleh pesakit radioterapi payudara kerana ia mengingatkan pesakit atas proses diagnosis dan rawatan walaupun ianya hanya saiz satu tompok kecil.
  5. Terdapat perkara-perkara tertentu yang anda mungkin tidak dapat melakukan dengan memiliki tatu (terutama tatu sebagai amaran perubatan atau untuk kosmetik cover-up). Contohnya, anda tidak boleh menderma darah dalam tempoh 6 bulan selepas mendapatkan tatu untuk mencegah risiko jangkitan hepatitis. Ini adalah berbeza untuk tatu endoskopi, di mana anda perlu menunggu selama 4 bulan selepas rawatan endoskopi dilakukan. Selain itu, bekas pesakit kanser hanya boleh menderma darah 5 tahun selepas sebarang rawatan dilakukan, termasuk rawatan radioterapi.

Tatu amaran perubatan masih belum ditangani secara khusus oleh Persatuan Perubatan Amerika, yang menetapkan standard bagi pakar-pakar perubatan di Amerika Syarikat. Tiada garis panduan yang wajar setakat ini tentang bagaimana rupa tatu amaran perubatan yang sepatutnya, untuk mengelakkan kekeliruan dengan tatu hiasan yang biasa. Masih tiada lagi juga penyata perubatan kegunaan tatu amaran perubatan. Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai susunan kata atau simbol yang jelas pada tatu amaran perubatan jika anda berminat untuk mendapatkannya. Tatu amaran perubatan juga mestilah kelihatan berbeza (terutamanya jika anda mempunyai tatu hiasan lain).

juliet-station-girl-trainer-greet

Apabila saya berkongsi maklumat-maklumat ini dengan Shalini, dia terkejut atas mengetahui bahawa tatu adalah bukan sahaja untuk kecantikan fizikal, tetapi untuk kegunaan perubatan juga.

"Saya ingat tatu adalah untuk memuaskan keinginan individu untuk kelihatan lebih cantik, tetapi saya memang tidak tahu bahawa sesetengah orang memerlukan tatu untuk menaikkan keyakinan mereka! Saya harus lebih sedar tentang tatu amaran perubatan antara peserta-peserta kelas kecergasan saya!" Shalini berkata.

"Tolong saya berkongsi maklumat-maklumat ini dengan orang lain, supaya lebih ramai orang sedar tentang kes-kes seperti Gina juga!" Bolehkah anda membantu Juliet dan Shalini untuk berkongsi artikel ini kepada kawan anda juga?


Juliet's TipsPeringatan Juliet: Artikel ini bukan untuk menggalakkan anda untuk mendapatkan tatu, tetapi untuk memberi kesedaran untuk pandangan kita terhadap tatu – ia bukanlah satu perkara yang menakutkan, ia hanya pilihan orang ramai untuk pelbagai sebab yang berbeza, termasuk untuk kegunaan perubatan! Adakah anda mempunyai sebarang cerita untuk berkongsi tentang tatu anda? Adakah apa-apa soalan untuk bertanya? Sila meninggalkan mesej untuk Juliet melalui [email protected]!

Contoh Perbincangan