Harapan, Mencari Sinar Cahaya Di Sebalik Kegelapan

Badan & Minda

Mencari harapan di dalam kegelapan malam bukannya sesuatu yang mudah, tetapi dengan hanya satu sinaran cahaya itulah yang dapat melepaskan kita dari melepasi halangan dinding mental.


“Harapan adalah suatu yang mendorong kita untuk terus melangkah ke hadapan. Apabila melangkah ke masa depan, kita ingin melihat sebuah harapan, cahaya dan kepercayaan, bukannya kegelapan dan putus asa.”

Talking about hope on a quiet night

Saya dan Romeo duduk bersama untuk mendengar dan menghadam nasihat yang bijak daripada ayahnya.

Sambil menikmati  teh Inggerisnya, beliau menunjukkan kelakuan yang tidak bergetar semasa kami melawatnya di rumah di Johor Bahru.

Beliau gemar memberi percakapan pada lewat malam kerana beliau menyangka bahawa itulah masa yang terbaik untuk dengar dan berfikir tentang sudut pandang kehidupan dalam alam.

Harapan suatu perkataan yang kukuh, dan ia semestinya berkuasa di dalam kehidupan dan kesihatan kita.

Walaupun ianya bukan kes yang jelas, tetapi harapan memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan masalah kesihatan, terutamanya untuk mereka yang mempunyai masalah berkenaan.

Kesihatan mental tidak mudah difahami dan didiagnosis oleh diri sendiri. Jika anda ingin meluahkannya bersama pakar Psikiatri, anda boleh carikan klinik psikiatri di sini.

Makna Harapan

Everybody has different hopes and dreams

Terdapat banyak definisi untuk perkataan ‘harapan’, makna yang berlainan untuk seseorang dengan sudut pandangan yang berlainan.

Kita akan memulakan dengan definisi asas dari kamus - harapan boleh ditakrifkan sebagai perasaan jangkaan dan keinginan untuk suatu perkara berlaku, seseorang atau sesuatu yang boleh menolong ataupun menyelamatkan seseorang, asas untuk mempercayai bahawa suatu baik akan berlaku, atau hanya suatu rasa percaya. (Kamus Inggeris Oxford)

Apakah makna harapan kepada anda?

Adakah ianya mimpi yang anda pernah ada semasa atau sejak kecil?

Adakah ianya seorang yang anda hormati atau sanjungi?

Ataupun ada seorang yang anda sangat ingin berjumpa setiap hari?

Kuasa Harapan

Kuasa Harapan

Harapan dikenali sebagai alat yang berkuasa untuk merawat kelemahan psikologi.

Kajian mendapati bahawa orang yang hidup tanpa harapan jelas dalam minda lebih cenderung  berisiko tinggi untuk mengalami gangguan psikologi.

Dengan adanya  harapan, ini dipercayai berkaitan dengan belas kasihan diri (cinta, empati, dan simpati terhadap diri) dan kepuasan dalam hidup.

Kehadiran motivasi diri juga boleh mendorong seseorang untuk maju ke hadapan.  

Walaupun motivasi diri ada kalanya cenderung kepada sikap kesempurnaan, namun harapan bertindak sebagai perantara  kesempurnaan dan kemurungan.

Harapan juga ada hubungan dengan masa kini dan masa depan.

Menurut kajian mengenai penyakit kronik mental, adalah didapati bahawa dengan adanya harapan, kesihatan pesakit bertambah baik berbanding dengan pesakit yang berada dalam keadaan putus asa dan kesedihan emosi.

Harapan juga suatu kuasa menghalang fikiran bunuh diri.

Membina Harapan

We build hope step by step

Harapan perlahan-perlahan dibina dalam kehidupan kita. Adalah benar bahawa harapan kita akan bertukar dari semasa ke semasa atau bertukar dalam fikiran serta gaya hidup kita.

Maka, harapan yang dibina melalui kesedaran diri yang mendorong kita menuju ke depan apabila kita berasa tekanan mental atau cabaran emosi.

Hormat diri atau kepercayaan diri, adalah didapati dasar untuk membina harapan dalam kehidupan.

Kepercayaan dalam diri sendiri boleh mencegah kerosakan mental, kerana harapan memberi kita kekuatan mental untuk melepasi situasi yang susah dengan mengingatkan diri bahawa kita  boleh melepasinya!

Apabila Harapan Membawa Kesakitan

Sometimes hope can bring pain and pressure

"Lebih tinggi harapan anda, lebih mudah untuk anda kecewa"

Kadang-kala melaburkan masa yang banyak dalam harapan kita tanpa sebarang habuan boleh menghala ke arah kegagalan dan putus asa.

Malahan sungguh penting untuk kita melabur dalam harapan dengan usaha yang betul dan bertegas tentang laluan kita.

Harapan yang berlainan membawa kita ke laluan yang berlainan dan kepercayaan diri akan membawa kita melalui laluan kita.

Ini hanya usaha lingkaran antara harapan, kepercayaan diri, simpati, diri serta usaha fizikal dan mental.

Walaupun harapan  adalah motivasi yang besar dalam penyembuhan penyakit mental, tetapi kita juga mesti sedar beza antara yang boleh diurus dan penyakit yang boleh dirawat.

Kebiasaannya, penyakit mental boleh diuruskan, malahan tidak dapay disembuhkan sekali gus.

Dengan adanya harapan untuk mencari penyembuhan boleh membawa kepada potensi kemurungan atau kebimbangan, dalam tempoh menunggu untuk penyembuhan yang berhasil (berjaya).

Harapan Lawan Keyakinan

Some say that hope can help you fly further with your dreams

Mempunyai harapan dalam kehidupan tidak boleh dikelirukan dengan memiliki keyakinan penuh dalam setiap aspek dalam kehidupan kita.

Suatu kunci perbezaan antara keduanya ialah realisme (sikap betul). Mempunyai harapan yang betul (realistik) atau yang boleh dicapai, tidak sama dengan menjadi optimistik walau pada apa juga situasi yang tidak berkemungkinan.

Kunci untuk menukar harapan dan mimpi ke realiti adalah usaha yang diambil untuk mencapai visi itu.

Kehendak untuk optimistik yang terbaik tanpa melabur secara bersedia dalam harapan boleh menyebabkab kesan mental yang buruk - peraturan untuk ketentuan (positiviti) adalah berharap dengan positif, melabur dengan positif, dan hidup dengan positif ke arah harapan dan mimpi kita.

Hope brings you flying into the future

Apakah harapan di dalam hidupan anda?

Adakah anda berharap untuk esok, untuk tahun baru dan hidupan baru, atau kita berharap untuk seseorang yang melalui cabaran dalam kehidupannya?

Saya telah tidur dengan fikiran yang mendalam tentang perkongsian yang diberikan oleh ayah Romeo.

Buat masa sekarang, saya harap akan bangun pada pagi dalam keadaan selamat dan selesa untuk menghadapi hari yang baru dengan keyakinan, kegembiraan dan rahmat.

Adakah anda tahu bahawa harapan didapati suatu faktor dalam membaiki persekolahan dan akademik serta kepuasan kehidupan bekerja?

Kita patut selalu berkongsi harapan dan mimpi kita, atau fikiran kita kepada kawan dan keluarga - menyimpan fikiran ini hanya memberi kita beban pada fikiran!

Adakah anda ada cerita untuk dikongsikan atau terdapat soalan ingin diajukan?

Contoh Perbincangan

Tulis komen anda di sini

Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.