7 Panduan Untuk Seorang Yang Sempurna Menguruskan Tekanan Secara Bijak

Badan & Minda

Adakah usaha untuk mencapai kesempurnaan membuatkan anda tertekan? Pernahkah anda mempertimbangkan untuk menggunakan kesempurnaan dalam diri untuk mengatasi tekanan?


Adakah anda takut melakukan kesalahan? Atau merasa tertekan jika melakukan kesalahan di dalam setiap yang dilakukan?

Lisa seorang yang mengejar kesempurnaan sehingga takut melakukan kesalahan. Lisa sering bersedia untuk menonjolkan diri sebagai seorang yang sempurna. Malahan, beliau sedar bahawa semua perasaan itu membuatnya lebih tertekan.

Bagi seorang yang sempurna seperti Lisa, jangkaannya sungguh tinggi dan beliau berusaha untuk pencapaian peribadi tinggi buat diri sendiri. Walaupun tidak dapat menunjukkan sepenuhnya - tidak bermakna beliau tidak berupaya mencabar diri supaya menjadi lebih baik.

Perfectionists, like Lisa, tend to have high expectations, and strive for high standards of personal achievements.

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa orang yang mengejar kesempurnaan cenderung berasa lebih tertekan dan mempunyai tekanan mental yang lebih berat.

Lisa yang kita perhatikan kini ialah seorang yang periang dan ceria kerana beliau berjaya menguruskan tekanan, menurutnya,  “Cara yang Sempurna”.

Bagaimana?

1. Uruskan Tugasan atau Pemikiran Seharian Kepada Bahagian Kecil

“Saya tidak boleh jadi sempurna apabila segalanya kelihatan huru-hara, atau membuatkan saya keliru!” 

Organise daily tasks or thoughts into small sections

Lisa berkongsi bagaimana menguruskan tugasan seharian tanpa merasa tertekan. Bukan sahaja dalam tugasan sehari atau jadual kerja anda - tetapi termasuk fikiran anda juga!

Malahan, dengan perasaan yang dibelenggu dengan fikiran negatif, anda mungkin boleh memimpin diri untuk memulakan sesuatu kemudian teruskan langkah demi langkah.

2. Ambil Satu Langkah Pada Satu Masa - dan Nikmatilah Kejayaan Kecil

Take one step at a time - and savour small successes

Apabila melakukan perancangan, elakkan daripada mengikut maklumat terperinci yang akan mengelirukan anda. Kerana ini akan membuatkan anda terlepas gambaran yang lebih besar tentang apa yang harus anda lakukan.

Ambil satu langkah pada satu masa. Apabila anda sudah membahagikan tugasan anda kepada bahagian yang lebih kecil, anda akan mendapati bahawa tugas itu lebih senang diselesaikan daripada menyelesaikan tugasan besar sekaligus!

Oleh itu, anda akan mempunyai pencapaian kecil terkumpul, dan gembira kerana berjaya mengendalikannya!

3. Mempertimbangkan Sesuatu Di Dalam Kawalan Atau Luar Kawalan - Kekal Fokus

Consider what you can and cannot control – and stay focused

Antara panduan lain yang mustahak untuk seorang sempurna mengurus tekanan - hanya memberi fokus pada tugasan anda.

Tidak mungkin kita dapat mengawal segala yang berlaku dalam kehidupan kita, ataupun apa yang dilakukan oleh orang lain.

Bagaimanapun, kita dapat mengawal bagaimana kita akan bertindak balas, dan bagaimana kita mahu menyelesaikan kerja yang diberikan serta bagaimana kita menghabiskan masa atau wang dan sebagainya. 

Memberi fokus pada segala yang anda boleh buat untuk menukar situasi akan memberi kurang tekanan berbanding dengan memberi perhatian pada situasi yang tidak boleh ubah!

4. Jangan Menyingkirkan Semua Fikiran Negatif Anda

Avoid completely shutting out your negative thoughts

Walaupun penting untuk anda membersihkan semua fikiran negatif, tetapi mustahak untuk anda sedar anda tidak perlu mengelak diri daripada segala yang negatif.

Anda tidak perlu tergesa-gesa berasa positif pada setiap masa.

Kuncinya, jangan mengelakkan diri  kepada semua fikiran negatif tetapi menerimanya kemudian meneruskan kehidupan anda.

5. Perhatikan Tanda Awal Kesukaran Yang Anda Alami

Take note of your early signs of distress

Pastilah pentingnya jika anda dapat mengenalpasti pada tanda-tanda awal kesukaran pada diri, lalu anda boleh berehat sebelum meneruskan kelangsungan hidup.

Antara tanda-tanda yang anda harus perhatikan ialah sakit kepala yang sering berlaku, kekurangan tenaga, kesakitan, ketegangan pada otot-otot, sakit perut termasuk cirit-birit dan lain-lain.

Apabila anda merasa terbelenggu dengan segala yang berlaku disekeliling anda, tubuh badan anda akan menentang segalanya. Jaga diri dengan baik dan buat segala yang terbaik untuk anda diri.

6. Elak Membandingkan Diri Dengan Orang Lain

Avoid comparing yourself with others

Perasaan yang paling teruk apabila anda membandingkan diri sendiri dengan orang lain ialah keraguan pada diri sendiri serta menaruh harapan yang lebih besar.

“Jangan ragukan diri!”

Lisa menyatakannya sedemikian dari masa ke masa.

Salah satu perkara yang sering dilakukan oleh orang sempurna ialah membandingkan diri dengan orang lain.

Namun, tidak semua orang sama, kita berbeza dalam kelemahan dan kekuatan, dan itulah kecantikan dalam keunikan!

7. Sentiasa Menikmati Kehidupan

Remind yourself to live in the moment

Saya telah mempelajari bahawa untuk mencapai kesempurnaan, kita tidak perlu sempurna dalam segala perkara - menjadi seorang yang serba boleh mungkin menunjuk kesempurnaan kita.

Oleh itu, berbanding hanya mengejar kesempurnaan dan membimbangkan apa yang tidak kita lakukan dengan betul, kita boleh melihat sejauh mana yang telah kita capai dan apa yang dapat kita lakukan dalam kehidupan seharian kita, untuk tugas peribadi kita di tempat kerja atau di rumah.

“Lebih baik untuk berfikir bahawa saya sempurna dengan menyelesaikan semua tugas kecil, dan bukannya berfikir saya tidak sempurna kerana tidak mencapai jangkaan keseluruhan saya!”

Are you a perfectionist?

Adakah anda seorang yang mengejar kesempurnaan? Anda mempunyai rakan-rakan yang terlalu obses dengan kesempurnaan? Bagaimanakah anda menjauhi diri daripada merasa tertekan? Berbual dengan saya dalam komen di bawah!


Juliet's TipsPeringatan Juliet: Tekanan dalam kehidupan boleh menjejaskan kesihatan mental kita. Jika anda ingin menjalani pemeriksaan untuk kesihatan mental anda, hantarlah pertanyaan ke salah satu klinik psikiatri kami di sini!

Perbincangan

Lihat Lebih Banyak Komen

Tulis komen anda di sini

Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.