Vaharli Hassan

Vaharli Hassan

Pemulihan Perubatan / Fisioterapi
Bahasa-bahasa
  • Inggeris
  • Melayu

Vaharli Hassan

Pakar Fisioterapi Kanan

Vaharli Hassan telah dilatih di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam Fisioterapi. Pada tahun 2008, beliau memperolehi kelayakan profesional pertama dan seterusnya memperolehi Ijazah Kelas Pertama dalam Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi  pada tahun 2011. Selepas menamatkan pelajarannya, beliau mula bekerja sebagai Pensyarah Fisioterapi di Universiti Asia Metropolitan (AMU) Sabah sebelum menyertai YAPCHANKOR pada awal tahun 2013. Sebelum ini, beliau merupakan sebahagian daripada pasukan penyelidikan yang telah bekerjasama dengan UiTM mengenai halangan dalam melakukan senaman dalam kalangan pertengahan umur dan warga tua. Hasil penyelidikan tersebut telah diterbitkan dalam Singapore Medical Journal pada tahun 2013.
 
Kini, beliau merupakan seorang Pakar Fisioterapi Kanan di Pusat Rawatan Kesakitan YAPCHANKOR, Cawangan Ampang. Perkara yang paling mengembirakan Vaharli adalah disebabkan fisio merupakan kerjaya yang menggabungkan minatnya: menggunakan prinsip perubatan dan saintifik untuk menyesuaikan masing-masing dalam aktiviti fizikal serta membantu masyarakat mencapai matlamat, memberi inspirasi kepada mereka untuk menjalankan kehidupan secara lebih sihat dan tabah semasa proses pemulihan. Pada masa lapangnya, beliau menikmati aktiviti luar seperti perkhemahan, berenang, mendaki dan melancong dengan rakan-rakan. Secara keseluruhannya, beliau suka bergaul dengan orang lain. 

Kelayakan
  1. Sarjana Muda Sains dalam Fisioterapi - Universiti Teknologi MARA, Malaysia
  2. Diploma dalam Fisioterapi - Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.