Dr Mohd Ruslan Johan

Dr Mohd Ruslan Johan

Pembedahan Plastik
Bahasa-bahasa
  • Inggeris

Dr Mohd Ruslan Johan

Perunding Pakar Bedah Plastik

Dr Mohd Ruslan Johan

“Sejak zaman dahulu, setiap budaya mempunyai piawaian tersendiri bagi kecantikan. Namun, pengaruh globalisasi di bidang sosial dan budaya telah mengubah konsep kecantikan, dan masyarakat masa kini memuja konsep kecantikan yang sering dipaparkan dalam iklan.

Golongan muda amat mudah dipengaruhi, dan fenomena ini sangat bahaya kerana majoriti pemuda gagal menghayati persepsi budaya mereka sendiri, dan menjalani pembedahan untuk mengubah rupa paras mereka sehingga terlalu jauh berbeza daripada wajah asal. Inilah masyarakat sekarang. Yang membedakan anda dengan orang lain adalah rupa paras anda.

Setiap orang mempunyai kecantikian yang tersendiri. Saya sokong peningkatan yang sederhana tetapi bukan perubahan yang melampau. Kita harus mengekalkan keaslian rupa paras seseorang.

Kami perlu mengambil kira semua ciri-ciri rupa para pesakit dan membuat pertimbangan secara menyeluruh, walaupun untuk satu pembedahan kecil sahaja. Sedikit perubahan mampu membawa pengaruh yang drastik kepada imej seseorang. Sebagai seorang profesional, kami perlu memberi perhatian kepada emosi pesakit dan keupayaan mereka untuk menyesuaikan diri dengan perubahan rupa paras sendiri.

Ia adalah satu pengajaran yang menyakitkan apabila seseorang kehilangan perspektif mereka dan membuat terlalu banyak suntikan filler. Filler yang tidak akan larut boleh menyebabkan kulit anda menjadi kendur dalam jangka masa panjang kerana tarikan graviti.

Terdapat banyak bintang dan pelakon yang kelihatan mempunyai ciri-ciri wajah yang sama apabila usia mereka meningkat. Kejadian ini disebabkan oleh filler tidak larut yang berlebihan. Melalui pembedahan, seseorang boleh kelihatan awet muda beberapa tahun tetapi pembedahan yang berlebihan boleh memburukkan rupa paras anda.

Profesion kami berusaha membantu orang biasa untuk menyerlahkan kecantikan mereka, dan mereka yang dilahirkan dengan kecacatan untuk menjadi seberapa normal yang mungkin. Tiada orang yang mampu memahami trauma psikologi yang dialami oleh individu yang menghadapi kecacatan.

Kritikan seseorang mampu mendatangkan luka jiwa yang lebih serius daripada yang anda sangka. Setiap orang mempunyai sebab sendiri untuk mendapatkan bantuan pembedahan kosmetik. Oleh itu, adalah tidak adil jika membuat kritikan berdasarkan kesimpulan dan tekaan semata-mata.”

Kelayakan
  1. Sarjana Muda Perubatan, Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) - Universiti Malaya, Malaysia
  2. Sarjana Pembedahan (MSurg) - Universiti Malaya, Malaysia
Badan Berdaftar Profesional
  1. Malaysian Medical Council (MMC) (No. 26977)
Keahlian Profesional
  1. Ahli of Akademi Perubatan Malaysia (AMM)

List of related clinics/medical centers:


Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.