Go to

Menghilangkan Bulu

Menghilangkan bulu (juga dikenali sebagai epilasi atau depilasi) merujuk kepada penyingkiran bulu badan yang tidak diingini. Kebanyakan proses menghilangkan bulu dijalankan untuk tujuan estetik. Terdapat beberapa kaedah bagi menghilangkan bulu.


Menghilangkan Bulu Secara Sementara

Mencukur dan memotong bulu adalah dilakukan kekerapan bagi menghilangkan bulu dari beberapa jam sehingga beberapa hari. Kaedah-kaedah ini hanya menghilangkan bulu yang terdedah di luar kulit. Kaedah lain seperti menghilangkan bulu dengan menggunakan lilin, benang, dan sesetengah ubat-ubatan tertentu dapat menghilangkan bulu dari folikel rambut secara keseluruhan. Semua cara yang dinyatakan ini hanya dapat memberi kesan yang sementara dan juga perlu dijalankan secara berulang-ulang. Sesetengah kaedah juga mungkin akan merengsakan kulit atau folikel rambut, di mana dapat mengakibatkan rambut yang tumbuh ke dalam kulit dan keradangan.

Menghilangkan Bulu Secara Berkekalan

Buat masa ini, elektrolisis merupakan satu-satunya kaedah menghilangkan bulu secara berkekalan yang disahkan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat. Terdapat beberapa jenis kaedah ini. Secara umumnya, ia menghilangkan bulu secara berkekalan dengan merosakkan folikel rambut melalui penggunaan elektrik.

Laser Menghilangkan Bulu

Laser menghilangkan bulu (dan rawatan cahaya yang lain) merupakan rawatan perubatan yang biasanya dilakukan. Terdapat beberapa jenis laser menghilangkan bulu. Secara umumnya, cahaya berdenyut yang kuat telah digunakan bagi menyasarkan folikel rambut. Cahaya laser menembusi permukaan kulit bagi merosakkan folikel, seterusnya melambatkan pertumbuhan bulu dengan efektif. Cermin mata khas untuk perlindungan mata, anestetik topikal, dan krim penyejukan (atau udara sejuk) boleh digunakan senasa rawatan tersebut.


Hasil

Hasil laser menghilangkan bulu adalah berbeza antara satu sama lain, dan boleh disebabkan oleh kulit dan warna rambut. Oleh kerana laser menghilangkan rambut adalah menyasarkan melanin (pigmen warna), ia adalah lebih efektif bagi golongan yang mempunyai kulit cerah dan rambut gelap. Laser menghilangkan rambut adalah berkemungkinan tidak berhasil bagi golongan yang mempunyai kulit gelap atau rambut yang bewarna cerah. Rawatan yang dapat mengatasi masalah tersebut masih diterokai.

Laser menghilangkan bulu tidak semestinya memberi hasil yang berkekalan. Kepelbagaian rawatan dapat memanjangkan hasil tersebut (mungkin sehingga beberapa tahun). Penyelenggaraan rawatan yang berkala biasanya diperlukan bagi mengekalkan hasilnya


Risiko & Kesan Sampingan

  • Bahagian kulit yang dirawati berkemungkinan menjadi gelap atau cerah. Hal ini terjadi secara sementara dan biasanya berlaku dalam kalangan golongan yang mempunyai kulit yang lebih gelap.
  • Laser menghilangkan bulu pada bahagian kelopak mata atau sekitarnya mungkin mengakibatkan kecederaan mata yang serius. Oleh yang demikian, ia adalah tidak digalakkan menjalani rawatan pada bahagian sekitar mata.
  • Sesetengah bulu mungkin akan tidak terjejas disebabkan rawatan dan akan tumbuh kembali. Bulu yang baru biasanya lebih halus dan cerah.
  • Dalam kes yang jarang-jarang berlaku, rawatan dapat mengakibatkan kulit melepuh, berkerak, dan berparut. Perubahan-perubahan pada tekstur kulit juga mungkin berlaku.
  • Dalam kes-kes yang tidak biasanya berlaku, bulu mungkin akan tumbuh pada atau di sekitar bahagian yang dirawati.

Persediaan

Jika anda bersedia untuk mendapatkan rawatan laser menghilangkan bulu, perkara-perkara yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:

  • Elakkan daripada pendedahan cahaya matahari. Jika kulit anda menjadi gelap, tunggu ia memudar dahulu sebelum menerima rawatan yang seterusnya.
  • Elakkan daripada menghilangkan bulu dengan lilin, mencabut, elecktrolisis dan kaedah menghilangkan bulu yang dapat mempengaruhi folikel rambut.
  • Mencukur atau memotong bulu dahulu sebelum menerima rawatan yang telah dicadangkan.
  • Peringatan: Pastikan doktor anda telah disahkan di mana dapat menjalankan rawatan tersebut.

Selepas Rawatan

  • Anda mungkin mengalami keguguran rambut pada bahagian yang dirawati. Ia boleh disalah anggap sebagai pertumbuhan semula rambut.
  • Bahagian yang dirawati mungkin muncul merah dan bengkak dalam beberapa jam selepas rawatan. Ais batu (atau krim steroid) boleh digunakan untuk mengurangkan ketidakselesaan.
  • Elakkan daripada pendedahan cahaya matahari (termasuk katil penyamakan). Sebaik sahaja kulit anda telah sembuh, gunalah produk pelindung matahari jika anda tidak dapat menggelakkan cahaya matahari.

Mencari klinik-klinik Menghilangkan Bulu yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.