Go to

Blepharoplasty (Pembedahan Kelopak Mata)

Blepharoplasty dirujuk kepada pembedahan plastik yang dilakukan pada kelopak mata. Blepharoplasty biasanya melibatkan pembedahan/pengagihan semula kulit, otot dan tisu lemak pada sekeliling bahagian mata. Terdapat pelbagai teknik dan kaedah yang sedia ada; namun pilihan kaedah/teknik yang dijalankan dalam prosedur blepharoplasty adalah bergantung kepada objektif prosedur dan hasil yang diingini. Ubat bius setempat diperlukan.


Mengapakah Blepharoplasty Dijalankan

Blepharoplasty sering dilakukan untuk tujuan kosmetik.

  • Pembedahan kelopak mata adalah prosedur yang sering dilihat di Asia Timur untuk menukarkan “kelopak mata tunggal” kepada “kelopak mata berganda” melalui blepharoplasty.
  • Blepharoplasty boleh juga dilakukan bagi menghilangkan kantung mata dan membetulkan kelopak mata yang melabuh.
  • Dalam kalangan masyarakat Cina, blepharoplasty kadang-kala dijalankan bagi menimbulkan wo-can (臥蠶), bermaksud menghasilkan sedikit ketulan pada kelopak mata bahagian bawah.
  • Dalam keadaan di mana penglihatan menjadi semakin kabur disebabkan kelopak mata bahagian atas kelihatan melabuh, blepharoplasty boleh dilakukan untuk memulihkan penglihatan dengan membuang kulit yang berlebihan. 
Peringatan: Bagi mengesan sama ada blepharoplasty adalah sesuai untuk anda atau tidak, anda perlu berjumpa dengan pakar bedah plastik dan mungkin juga pakar mata. Pakar-pakar tersebut perlu mengetahui sejarah perubatan dan juga keinginan anda terhadap hasil. Anda perlu memaklumkan kepada pakar bedah tentang keinginan anda secara terperinci supaya prosedur dapat dirancang pada permulaan prosedur.

Sebelum Menjalani Prosedur

Sesetengah perubatan (contoh: aspirin) dan makanan tambahan yang dikaitrapatkan dengan meningkatkan pendarahan tidak haruslah digunakan dalam tempoh beberapa hari ke beberapa minggu sebelum dan selepas menjalani prosedur tersebut. Mendapatkan nasihat daripada doktor anda untuk maklumat lanjut. Oleh kerana tembakau boleh menghalang penyembuhan, adalah dinasihatkan bahawa pesakit haruslah berhenti merokok selama beberapa minggu selepas menjalani prosedur tersebut.


Selepas Menjalani Prosedur

Pembedahan tersebut mengambil masa selama beberapa jam (atau kurang, bergantung kepada kaedah yang digunakan dan bahagian yang telah dilibatkan). Selepas pembedahan, pesakit akan dipantau dahulu. Pesakit kemudian boleh pulang ke rumah. Jika boleh, adalah digalakkan menerima bantuan seseorang atas sebab penglihatan pesakit berkemungkinan menjadi kabur. Kesan sampingan sementara termasuklah:

  • Penglihatan Kabur
  • Mata Berair
  • Peningkatan sensitiviti mata terhadap cahaya
  • Penglihatan Berganda
  • Kemerahan, bengkak, dan/atau lebam di sekeliling luka
  • Kelopak mata kebas, bengkak
  • Parut (akan pudar dalam kira-kira 6 bulan)

Cadangan seperti bawah haruslah dielakkan (selama beberapa hari hingga beberapa minggu) selepas menjalani prosedur:  

  • Aktiviti/latihan berat, misalnya mengangkat berat, senamrobik, dan berjoging
  • Berenang
  • Merokok
  • Menggosok mata
  • Memakai kanta lekap
  • Bersentuhan dengan sinaran matahari dan angin (memakai cermin mata hitam untuk perlindungan mata)
  • Perubatan dan makanan tambahan yang dikaitrapatkan dengan meningkatkan pendarahan
Peringatan: Kesukaran bernafas, sakit dada, degupan jantung yang luar biasa, sakit mata yang teruk, pendarahan, dan masalah penglihatan adalah tidak lazim berlaku; berjumpa dengan doktor serta-merta jika anda mengalami sebarang keadaan yang dinyatakan selepas menjalani pembedahan.

Risiko

Seperti prosedur pembedahan lain, blepharoplasty juga dapat mengundang sesetengah risiko. Untuk rujukan anda, kami menyenaraikan beberapa risiko yang mungkin berlaku di bawah. Walaubagaimanapun, sama ada berlakunya risiko atau tidak adalah bergantung kepada kaedah yang digunakan dan bahagian yang telah dilibatkan. Sebelum menerima prosedur, pesakit perlu berbincang dengan pakar bedah tentang risiko yang dikaitrapatkan dengan kes tertentu pesakit.  

  • Jangkitan bakteria/virus
  • Pendarahan
  • Mata kering, tidak selesa
  • Masalah kelopak mata (Contoh: menghadapi kesukaran menutup mata)
  • Parut
  • Kecederaan pada otot mata
  • Perubahan warna kulit di sekeliling mata
  • Penglihatan kabur untuk tempoh yang lama, atau kes yang jarang-jarang berlaku iaitu hilang penglihatan. 

Hasil

Hasil pembedahan adalah bergantung kepada mengapa dan bagaimana prosedur dijalankan. Secara umumnya, Blepharoplasty dapat menghasilkan penampilan yang lebih bertenaga dan turut meningkatkan keyakinan diri. Hasilnya adalah berkekalan, namun keadaan seperti kelopak mata melabuh berkemungkinan berulang.

Mencari klinik-klinik Pembedahan Kelopak Mata Berganda yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.