
Dr. Lim Li Aik berkelulusan dari Universiti Hindia Barat di Trinidad dan Tobago dan mencapai latihan khusus dalam ortopedik, menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Pembedahan Ortopedik dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Selepas memperolehi Sarjana, beliau telah menjalani latihan sub-kepakaran lagi di pusat yang terkenal seperti Institut Madras Ortopedik dan Traumatologi di Chennai, India dan Pusat Perubatan Samsung di Seoul, Korea. Latihannya di Korea adalah di bawah bimbingan pemimpin terkemuka dalam bidang yang mendorong beliau untuk mendapatkan kemahiran dalam teknik pembedahan invasif secara minimum dan pendekatan rekonstruktif. Walaupun minat beliau adalah dalam pembedahan penggantian sendi dan sukan namun beliau juga dilatih untuk melaksanakan pembedahan tulang belakang, trauma dan pelvik.