5 Kaedah Menghilangkan Tatu Yang Anda Tidak Sepatutnya Cuba!

Badan & Minda Perubatan Estetik Wanita Kini Lelaki Kini

Selain daripada rawatan laser, terdapat juga kaedah lain yang dianggap “semulajadi” bagi pembuangan tatu. Namun, kaedah lain yang "semulajadi" tersebut berisiko tinggi, menyebabkan kesakitan yang lebih atau meninggalkan kesan sampingan negatif.


Shalini and Mrs Tanya greet Juliet at a Cafe table

"Hai, Juliet!" Saya mendengar panggilan daripada Shalini ketika saya sedang berehat saja di kafe yang berhampiran dengan tempat kerja saya di hospital. Saya melihat seorang gadis cantik yang berjalan di sebelah Shalini ke arah saya.

“Shalini! Apa yang awak buat di sini? Saya ingat kamu berada di pusat gimnasium!”

“Oh, saya ingin memperkenalkan Pn. Tanya kepada anda. Pn. Tanya dengan suaminya tinggal berdekatan dengan kamu, Juliet!”

Saya bersalaman dengan Puan Tanya, semasa dia memberi saya suatu senyuman yang manis.

"Pn. Tanya, ini adalah kawan baik saya Juliet. Dia Ketua Pegawai Prihatin daripada ERUFU Care. Dia selalunya sedia membantu dalam membawa maklumat penjagaan kesihatan yang sah kepada sesiapa sahaja. Anda boleh bertanya apa-apa yang anda ingin tahu!"

"Oh wow, baiknya! Hmmm ... Juliet, adakah benar bahawa tatu boleh dihilangkan dengan menggunakan garam?"

Hmmm, memang benar juga. Itu adalah salah satu rawatan menghilangkan tatu yang dilakukan pada masa dahulu (atau mungkin hari ini). Dengan inovasi teknologi canggih dalam rawatan laser bagi menghilangkan tatu, adakah anda pernah tertanya-tanya bagaimana kaedah dahulu digunakan untuk menghilangkan tatu? Terdapat juga orang yang masih menggunakan kaedah menghilangkan tatu yang saya akan berkongsi dengan anda.

Kaedah-Kaedah Menghilangkan Tatu Tanpa Rawatan Laser

Oleh sebab tatu bukan hanya dilakukan pada permukaan kulit (epidermis) lapisan sahaja, kaedah yang berbeza untuk menghilangkan tatu telah diterokai sejak masa dahulu. Dengan ketiadaan teknologi moden dengan pengetahuan saintifik yang terhad, tatu dianggap sebagai terletak di atas permukaan kulit sahaja.

Non-laser tattoo removal methods illustrated with jam and bread

Seperti sapuan jem strawberi pada sekeping roti bakar anda, apabila anda telah menyesal pilihan jem anda dan tiada roti lain yang tertinggal, apa yang terlintas di fikiran anda apabila anda terfikir untuk membuangkan jem itu? Cara yang paling mudah adalah untuk mengikis jem itu. Ini adalah sama dengan beberapa kaedah terawal menghilangkan tatu melalui cara mekanikal.

Selepas anda mengikis jem strawberi, anda melihat beberapa sisa jem di antara "lubang-lubang" roti yang kecil. Anda memutuskan untuk memotong bahagian tersebut dan makan apa sahaja yang ada (dengan baki roti yang kurang lah tu!). Ini adalah sama dengan pembedahan penyingkiran tatu anda.

Hmmm. Baiklah. Anda telah mengubah fikiran anda. Mungkin daripada memotong roti tersebut, anda boleh "mencuci" sisa-sisa jem strawberi dengan air. Cara merendam kawasan roti dalam air supaya sisa-sisa jem tenggelam ini berfungsi seperti kaedah kimia untuk menghilangkan tatu - penggunaan bahan kimia untuk mengakis pembuangan tatu. Ini biasanya diberi amaran oleh profesional perubatan atas sifat-sifat kimia yang berbahaya digunakan di atas kulit kita (seperti bagaimana tekstur roti tenggelam!).

Sekarang, anda hanya mahu menghilangkan sisa-sisa jem strawberi dalam "lubang-lubang" roti bakar anda. Anda menyalakan mancis dengan perlahan-lahan di seluruh kawasan yang terdapat sisa-sisa jem. Kawasan sekitarnya terbakar sedikit juga. Walaupun saya yakin tiada siapa yang akan melakukan ini (haha!), ini adalah satu contoh kepada kaedah haba digunakan untuk menghilangkan tatu. Dengan menggunakan haba untuk membakar zarah tatu pada kulit, ini dianggap sebagai pengenalan ke arah penggunaan laser untuk menghilangkan tatu.

Teknik-teknik ini menyebabkan kesakitan semasa dan terutamanya, selepas rawatan. Di sini saya akan berkongsi dengan anda lebih lanjut mengenai teknik tersebut!

1. Menghilangkan Tatu dengan Larutan Garam (Salabrasion)

Tattoo removal by salt solution (salabrasion) 

Ini adalah apa yang Pn. Tanya nyatakan mengenai menghilangkan tatu dengan garam. Istilah "salabrasion" berasal dari perkataan "salt"(garam) dan "dermabrasion"(dermabrasi). Ia adalah penggunaan “scrub garam” yang kasar untuk menghilangkan tatu. Salabrasion berfungsi dengan menggosok secara beransur-ansur bagi pengelupasan lapisan epidermis (lapisan permukaan atas kulit) sehingga lapisan dermis, di mana dakwat tatu berada.

Menghilangkan tatu yang terawal bertarikh pada 543 CE, di mana Aetius, seorang doktor Yunani, yang telah mengaji mengenai salabrasion. Salabrasion adalah di mana larutan garam disapukan pada lapisan atas kawasan kulit yang bertatu, dan persalinan pembedahan satu kain kasar yang lembap dan steril akan diletakkan untuk selama 24 jam atau lebih. Kawasan kulit tersebut kemudiannya dikikis.

Walaupun sesetengah orang masih menggunakan kaedah ini sebagai salah satu rawatan di rumah, salabrasion bukanlah satu kaedah yang boleh dipercayai secara langsung untuk menghilangkan tatu. Selain kesan tatu yang tidak pudar sebanyaknya, proses ini jauh lebih menyakitkan, dan kawasan kulit yang dirawati boleh menjadi sangat sakit dan mentah sehingga kulit mula kuping pada waktu pemulihan. Parut pasti dihasilkan dengan sedikit dakwat yang ditinggalkan tanpa proses penghilangan tatu yang lengkap.

2. Menghilangkan Tatu dengan "Sanding" (Dermabrasion)

Tattoo Removal by sanding (dermabrasion)

Dermabrasion juga merupakan satu kaedah menghilangkan tatu yang kasar di mana satu alat yang kasar dan pesat berputar (roda diamond fraise atau berus dawai) digunakan untuk mengikis permukaan kulit bertatu. Ia mengempelas kawasan kulit bertatu anda. Di samping itu, dermabrasion kadang-kadang digunakan sebelum pembedahan menghilangkan tatu yang rumit. Tatu rumit dikempelas pada permukaannya, mendedahkan bahagian yang lebih dalam, yang seterusnya dibuang melalui pembedahan.

Menghilangkan tatu dermabrasion biasanya menyebabkan pendarahan semasa rawatan tisu musnah itu. Beberapa kesan sampingan selepas dermabrasion termasuk kemerahan dan bengkak (keradangan) di kawasan kulit yang dirawat, perubahan warna kulit (terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit gelap), parut, atau tindak balas kulit yang lain ke lapisan bahagian atas kulit yang dikempelas. Namun begitu, dermabrasion adalah lebih berkesan dalam merawat parut jerawat, atau garis-garis halus (terutama di sekitar mulut). Jika anda berminat untuk membaca lebih lanjut mengenai bagaimana dermabrasion (microdermabrasion merupakan teknologi yang lebih baru) membantu dalam parut jerawat, anda boleh lihat artikel saya yang lain, Bagaimanakah Merawat Parut Jerawat Yang Berlubang-Lubang? Juliet Membantu Saya Meninggalkan Kulit Muka Yang Seperti Permukaan Bulan!

3. Menghilangkan Tatu dengan Pemotongan Lengkap (Pembedahan)

Tattoo removal by cutting it off (surgical excision)

Menghilangkan tatu melalui pembedahan mungkin dapat menyingkirkan tatu dalam satu sesi rawatan. Menghilangkan tatu melalui kaedah pembedahan dapat dilakukan atas tatu kecil, atau tatu di bahagian fizikal anda yang biasanya tidak kelihatan jelas. Permukaan kulit bertatu untuk dihilangkan melalui pembedahan boleh dibuat dengan kepak kulit, cantuman kulit, penyambungan tisu, atau pengembangan tisu. Kebanyakan orang mungkin memilih kaedah pembedahan apabila mereka tidak mempunyai pilihan untuk rawatan laser (terutama di kawasan yang agak jauh daripada bandar), atau supaya kemudahan tatu dapat dihilangkan sepenuhnya dengan satu sesi rawatan sahaja.

Namun, pembedahan untuk menghilangkan tatu adalah tidak digalakkan kerana ia menyebabkan parut (parut hypertropik atau keloid). Tatu-tatu besar tidak digalakkan untuk menjalani kaedah menghilangkan tatu ini kerana ia memerlukan beberapa sesi pembedahan, atau cantuman kulit (mengambil kulit daripada bahagian-bahagian badan anda) serta mempunyai risiko yang lebih besar.

4. Menghilangkan Tatu dengan Penggunaan Kimia

Tattoo removal with chemicals

Penggunaan bahan-bahan kimia, terutamanya asid, adalah satu lagi bentuk kemusnahan kulit fizikal. Bahan-bahan kimia digunakan secara tradisional untuk pembuangan tatu melalui bahan kimia yang mengakis (asid tannic, nitrat perak), larutan fenol, dan lain-lain bahan kimia yang secara tradisinya dilakukan selepas dermabrasion, atau pembedahan.

Larutan fenol, atau pengelupasan kimia kulit fenol misalnya, dianggap sebagai pengelupasan kimia kulit yang paling kuat. Ia menembusi terus ke dalam lapisan dermis kulit anda, di mana pigmen-pigmen tatu berada. Pada sesi pertama, larutan fenol akan menembusi jauh ke dalam kulit anda, menyebabkan proses pembuangan tatu yang amat menyakitkan. Walaupun tatu boleh dibuangkan dalam satu sesi rawatan, pengelupasan kimia kulit fenol biasa digunakan untuk tujuan mencerahkan kulit, dan kesan pencerahan kulit akan menjadi lebih jelas pada individu-individu yang mempunyai kulit badan berwarna gelap.

Penggunaan asid sebagai pengelupasan kimia dianggap berkesan tanpa digabungkan dengan kaedah lain. Pengelupasan kimia TCA (Asid TriChloroacetic) ialah pengelupasan sederhana mendalam yang membakar lapisan permukaan kawasan kulit bertatu. Walaupun begitu, Pengelupasan kimia TCA adalah lebih biasa digunakan untuk merawat kerosakan kulit disebabkan pendedahan kepada matahari, garis-garis halus, kedutan, dan parut jerawat.

Anesthesia atau ubat-ubatan kebas amat diperlukan sebab rawatan pengelupasan kimia sangat menyakitkan, serta menyebabkan sensasi kepedihan disebabkan oleh pembakaran kimia di lapisan permukaan kulit anda. Menghilangkan tatu dengan kaedah ini akan menyebabkan parut, pigmen-pigmen tatu kelebihan yang tidak diingini, jangkitan, hyperpigmentasi, warna kulit tidak sekata, dan lain-lain. Di samping itu, penggunaan pengelupasan kimia kulit fenol berulangan boleh menyebabkan kulit yang dibakar dengan serius  kerana ia adalah salah satu pengelupasan kimia kulit yang paling kuat.

5. Menghilangkan Tatu dengan Tenaga Haba (Dengan Pembekuan Inframerah)

Tattoo Removal with Heat (The Use of Infrared Coagulation)

Tenaga haba yang digunakan pada masa dahulu termasuk kecederaan dibuat atas kulit bertatu oleh api, arang panas, dan rokok, dan sebagainya. Pembekuan inframerah (Infrared Coagulation, IRC) telah dihasilkan pada tahun 1979. Pembekuan inframerah, juga dikenali sebagai sinaran inframerah, menyampaikan cahaya inframerah (tidak konsisten, multispectral) dengan denyutan khusus untuk menyerang pigmen dakwat tatu.

Menghilangkan tatu dengan penggunaan pembekuan inframerah adalah sama seperti rawatan laser. Pesakit perlu memakai krim kebas (anestetik topikal) sebelum rawatan dilakukan untuk mengurangkan kesakitan rawatan. Jadi apa yang menyakitkan dengan kaedah pembuangan tatu ini? Parut-parut yang ditinggalkan setelah rawatan menghilangkan tatu ini. Rawatan ini menyebabkan kemusnahan haba tisu kulit anda, dan setelah rawatan tersebut, kawasan kulit bertatu yang dibuangkan dijadikan luka terbakar.

Tidak seperti rawatan laser, pembeku inframerah tidak membenarkan pecahan terpilih zarah-zarah pigmen tatu melalui tenaga haba daripada cahaya. Ini adalah merugikan berbanding dengan apa rawatan laser moden boleh lakukan. Di mana laser moden boleh menyerang tatu pigmen langsung dengan menjadi lebih khusus (panjang gelombang laser yang hampir sama dengan dakwat tatu), pembeku Inframerah menggunakan cahaya inframerah untuk membakar tisu kulit berpigmen tatu. Oleh itu, ia membentukkan lebih banyak parut daripada laser moden, terutamanya laser Q-switched dan laser picosecond yang lebih baharu. Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah kematian tisu dalam kolagen (nekrosis kolagen dalam) dan pigmen tatu yang tidak diingini.

Pembekuan inframerah lebih biasa digunakan untuk merawat buasir sejak kebelakangan ini, dan dianggap tidak sesuai untuk pembuangan tatu kerana terdapat rawatan melalui tenaga haba yang lebih sesuai seperti laser moden. Anda boleh membaca lebih lanjut untuk lebih memahami tentang rawatan laser untuk menghilangkan tatu di artikel Apa Yang Baharu Dalam Laser Pembuangan Tatu Di Malaysia Pada Tahun 2017?

Mrs Tanya listens and looks confused as Juliet is explaining about the tattoo removal methods

"Wow! Saya tidak menjangka semua ini! Saya pernah mendengar mengenai menghilangkan tatu dengan garam, tetapi tidak tahu ada orang yang menggunakan kaedah yang lebih kasar untuk menghilangkan tatu! Seolah-olah mereka begitu terdesak untuk menghilangkan tatu!" Pn. Tanya kelihatan keliru.

"Kaedah-kaedah tersebut digunakan pada zaman dahulu, di mana rawatan laser masih belum canggih dan luas digunakan seperti sekarang. Tetapi masih ada sesetengah orang yang memilih pilihan ini kerana ia disifatkan sebagai kaedah jauh lebih murah berbanding rawatan laser. Sedikit yang mereka tahu, kaedah ini akan merosakkan kulit mereka lebih banyak lagi! "


Juliet's TipsPesanan Juliet: Sebenarnya, tatu hanya dapat “dipudarkan”, tidak kira kaedah mana yang menjanjikan penghilangan yang lengkap, kecuali dengan pembedahan yang meninggalkan parut. Walaubagaimanapun, teknologi baru berkembang maju untuk memudarkan tatu sampai tiada dakwat tatu ditinggalkan lagi. Tidak kira apa yang ada, ia adalah yang terbaik untuk anda untuk berbincang dengan doktor profesional untuk mengetahui tentang tatu anda dan diagnosis terbaik untuk pembuangan tatu anda - jadi carikan perkhidmatan menghilangkan tatu pilihan anda di sini hari ini! Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda jika anda mendapati maklumat artikel ini berguna!

Perbincangan

Lihat Lebih Banyak Komen