Soalan Untuk Doktor: Apakah Yang Boleh Diharapkan Daripada Rawatan Pengisi Kulit?

Perubatan Estetik

Berapa lama pengisi kulit boleh bertahan? Apakah kesan sampingan untuk rawatan ini? Anda tanyakan soalan dan doktor akan menjawabnya.


Pernahkah anda menganggap pengisi kulit sebagai penyelesaian anti- penuaan? Jika ada, apakah yang anda harapkan selepas perawatannya?

I talked to Dr Lim Ting Song, Medical Director at Clique Clinic

Saya berbicara dengan Dr Lim Ting Song, salah seorang Pengarah Perubatan di Klinik Clique. Beliau berkongsi dengan saya, Shalini dan Lisa tentang topik ini!

Dr. Lim mempunyai kelulusan Sekolah Perubatan dari Universiti Tohoku di bawah Biasiswa Monbusho, beliau seorang doktor yang sungguh berbakat dalam pelbagai bidang dengan latar belakang yang luas. Sebagai seorang pakar perubatan estetik selama 7 tahun, beliau bergiat dalam kajian pendidikan dan latihan tentang wajah  dan estetik tubuh badan di rantau Asia, gangguan berwarna pigmen, perubatan laser, reologi membuat pengisi secara klinikal, dan gejala pengisi dermal yang  lengkap. 

Dengan latar belakang mengetahui pelbagai bahasa [Inggeris,Mandarin, Bahasa Melayu, Jepun], beliau boleh bertutur dengan fasih. Beliau pernah menjadi penceramah dan jurulatih di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan, Japan, dan Cina. Beliau mendapat pentauliahan dan pengiktirafan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dan salah seorang daripada beberapa yang menerima Lesen Pengiktirafan dan Hak Keistimewaan [ LCP] yang diisahkan oleh Pengamal Perubatan Estetik di Malaysia.

+ Selanjut

Apakah Pengisi Kulit?

What are dermal fillers?

Pengisi kulit terdiri daripada asid hyaluronik, suatu bahan yang hadir secara semula jadi di tubuh badan kita. Namun, tidak berbahaya jika disuntik ke dalam tubuh badan kita.

Pengisi kulit disuntik pada muka kita untuk mendapatkan pemulihan, peningkatan, atau pembaikan muka. Biasanya, suntikan pengisi kulit dilakukan untuk merawat kedutan, kekeringan kulit, muka  dan hidung, dagu serta pembesaran bibir.

Perhatikan nasihat Dr. Lim tentang topik ini:

Apakah Yang Boleh Diharapkan

Selepas mendapat rawatan pengisi kulit, adakah mengambil masa untuk memperoleh keberkesanannya?

How soon can patients expect to see dermal fillers results?

Dr Lim: Pesakit akan mendapat keputusannya serta merta.

Namun, terdapat beberapa pengisi kulit yang akan menyebabkan bengkak pada mulanya tetapi akan pulih selepas beberapa hari. Kebanyakan pesakit tidak perlu menunggu beberapa hari dengan mendapat pengisi kulit yang lebih canggih.

Bukan Semua Pengisi Kulit Sama 

Tetapi bukankah semua pengisi kulit sama?

Not all dermal fillers are the same

Dr Lim: Adalah penting untuk pesakit mengetahui tentang jenis pengisi kulit.

Bukan semua pengisi kulit sama. Lebih baik jika anda memahami bahawa terdapat pelbagai jenis  pengisi kulit yang sesuai untuk bahagian muka yang berlainan.

Adalah baik untuk anda berhubung dengan pemberi rawatan itu supaya lebih memahami sebelum menjalani rawatan itu.

Ketahui Kesahihan Pengisi Kulit 

Saya pernah nampak suntikan pengisi kulit dibuat di pusat kecantikan. Apakah masalah tentang kesahihan atau penggunaan pengisi kulit yang tidak terkawal?

Do not use illegal or unregulated dermal fillers

Dr Lim: Pengisi kulit  jika disuntik pada bahagian muka yang salah, pengisi yang salah, teknik yang salah akan menyebabkan kerosakan kekal dan memberi trauma kepada pesakit itu sepanjang kehidupannya.

Namun, anda tidak harus mendapat suntikan daripada seorang yang tidak berkelayakan untuk memberi suntikan yang tidak terkawal. Jangan merisikokan wajah anda.

Adalah baik untuk melawat klinik yang mempunyai lesen pengiktirafan dan hak keistimewaan [LCP] untuk memastikan anda mendapat rawatan dan penjagaan yang betul.

Mengiktiraf Pengisi Yang Diluluskan

Saya diberitahu bahawa kita mesti memastikan sebarang perubatan yang diguna harus diluluskan oleh FDA. Bagaimana pula dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia[DCA]?
 

Kadang-kala, bukan semua produk perubatan yang diluluskan oleh FDA berdaftar dengan DCA.

Recognizing approved dermal fillers

Dr Lim: FDA bertanggungjawab untuk melindungi kesihatan awam dengan memastikan keberkesanaan, dan keselamatan produk. Jadi, penilaian yang ketat mesti diadakan sebelum produk itu dikeluarkan.

Tambahan pula, FDA akan meluluskan produk yang terdapat ciri-ciri keselamatan.

Walau bagaimanapun, klinik perubatan di Malaysia berada di bawah kawalan Kementerian Kesihatan Malaysia, jadi lebih baik untuk doktor mematuhi undang-undang tempatan untuk memastikan produk yang digunakan didaftar dengan pihak berkuasa tempatan.

Jangan Mengejar Perubahan Mendadak

Adakah kecantikan semula jadi lebih baik daripada perubahan mendadak?

Don't seek drastic changes from your dermal filler treatments

Dr Lim: Pada zaman dahulu, kebanyakan pesakit memilih untuk mendapat perubahan yang mendadak dengan menggunakan pengisi.

Namun, rawatan yang terlampau dengan pengisi kulit akan membawa gejala yang keterlaluan. Terdapat perubahan pemikiran untuk mendapat perubahan yang semula jadi dengan pengisi daripada perubahan mendadak.

Pernahkah anda terfikir untuk mendapat pengisi kulit? Jika anda mempunyai minat untuk mengetahui lanjut, hantarkan soalan anda ke Klinik Clique di sini, dan anda akan mendapat jawapan dalam 3 hari.

Di samping itu, anda boleh memilih klinik lain yang memberi rawatan pengisi kulit yang sesuai untuk anda.

What do you think of dermal fillers treatment?

Apakah cadangan anda tentang pengisi kulit? Lisa terfikir untuk mendapatkan rawatan itu- pastilah dia menanti cadangan daripada anda. Berikan komen anda di bawah!

Clique Clinic

Sebagai klinik yang memenangi anugerah antarabangsa, Klinik Clique®  menyediakan rawatan estetik perubatan asas berasaskan bukti penggunaan peralatan perubatan yang canggih. Mempelopori banyak rawatan estetik terkini dan kajian, Klinik Clique® adalah memimpin banyak pendapat utama dalam banyak bidang estetik perubatan, terutamanya dalam Estetika Wajah & Tubuh di Asia, iaitu CoolSculpting®, Belotero®, Pengisi Dermal, Radiesse Plus, Ultherapy®, Ellansé, Silhouette Soft ®, Sylfirm dan PICO Genesis ™ laser kulit.

Klinik Clique® terdiri daripada tiga komponen utama: Perubatan Estetik, Perubatan Regeneratif dan Penjagaan Kesihatan Primer. Klinik ini komited untuk mempromosikan komuniti yang lebih baik, sihat dan lebih berfungsi. Di Klinik Clique®, pengalaman pesakit yang paling menyenangkan adalah sangat penting.

+ Selanjut

Contoh Perbincangan