Erufu Care Website &
Care-Services Review
Daripada Hafizah
Bagus, perinciannya baik, dilengkapi dengan isi yang sesuai. Saya tertarik dengan salah satu klinik yang telah disenaraikan dalam laman web ini. Sebab pertama, klinik tersebut dekat dengan rumah saya. Kedua, cara penyampaiannya tentang profil klinik tersebut agak menarik. Saya juga dapat notifikasi melalui emel yang mengatakan bahawa jika klinik yang telah ditanya tersebut tidak hubungi dalam 3 hari, maka boleh memaklumkan hal ini kepada pihak ERUFU Care. Masa itu saya memang ada emel mereka sebab sudah tiga hari tapi belum lagi dapat maklum balas daripada pihak klinik. Sebaik sahaja emel mereka, pihak klinik terus hubungi saya. Sebab itulah saya suka.