Dr Ranjit Singh Gill

Dr Ranjit Singh Gill

Ortopedik
Pemulihan Perubatan / Fisioterapi
Perubatan Sukan
Bahasa-bahasa
  • Inggeris
  • Melayu
  • Punjabi

Dr Ranjit Singh Gill

Pakar Bedah Ortopedik

  • Subpakar khusus dalam tangan dan mikrosurgeri dan pemulihan anggota badan atas.
  • Memperoleh Fellowship dalam Tangan & Mikrosurgeri dari University of Louisville dan Christine M. Klienert Institute of Hand & Mircosurgery.
  • Merawat keadaan anggota badan atas dewasa dan kanak-kanak.
  • Dr. Ranjit Singh GILL adalah lulusan Kajian Perubatan Universiti Malaya. Selepas tamat pengajian pada1988, beliau menimba latihan lanjut pembedahan di dalam dan luar negara. Beliau juga ahli Fellow Royal College of Surgeons of Edinburgh dan the Royal College of Surgeons and Physicians of Glasgow, United Kingdom.

    Selepas menamatkan latihan dalam pembedahan ortopedik, beliau kemudian mengikuti latihan subpengkhususan dalam Hand and Reconstructive Microsurgery, termasuk latihan di Jabatan Tangan & Mikrosurgeri Hospital Kuala Lumpur, University of Louisville & Christine M. Kleinert Institute for Hand & Microsurgery, Louisville, Kentucky, AS dan Department of Orthopaedic Surgery, The Bowman Gray School of Medicine, Wake Forest University, Winston-Salem, North Carolina, Amerika Syarikat (AS). Beliau memperoleh Fellowship in Hand & Microsurgery dari University of Louisville and Christine M. Kleinert Institute for Hand & Microsurgery pada 1996. Beliau juga terbabit dalam pelbagai projek penyelidikan ketika menjalani latihan di AS. Beliau juga menulis beberapa bab dalam terbitan buku berikut:

    4th Edition of “Operative Hand Surgery” textbook
    Editor- David Green
    Published 1999
    “ELBOW ARTHROSCOPY”
    Gary Poehling, Ranjit S. Gill

    “The Growing Hand: Diagnosis And Management of Disorders of the Pediatric Upper Extremity ” textbook
    Editor- Amit Gupta, Luis Schecker
    Published 2000
    “PERIPHERAL NERVE INJURY AND REPAIR IN CHILDREN”
    Warren Breidenbach, Ranjit S. Gill

    Sekembalinya ke Malaysia pada 1996, Dr. GILL dilantik sebagai Perunding Pakar Pemdedahan Tangan di Jabatan Tangan & Mikrosurgeri, Hospital Kuala Lumpur. Beliau juga seorang Pensyarah Lawatan Klinikal dalam Pembedahan Tangan di Jabatan Pembedahan Ortopedik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Beliau memulakan perkhidmatan swasta apabila menyertai Pantai Medical Centre pada 1998. Selanjutnya pada 2003, beliau berjaya menubuhkan Unit Tangan sektor swasta pertama Malaysia. Dr. GILL kini Pengarah Klinikal di Unit Tangan & Mikrosurgeri di Kuala Lumpur Sport Medicine Centre dan Perunding Pakar Pembedahan Tangan & Mikrosurgeri di hospital berikut:

  • Pantai Medical Centre, KL
  • Gleneagles Intan Medical Centre, KL
  • Sunway Medical Centre, Selangor
Kelayakan
  1. Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery (MBBS/MB ChB/MB BCh/MB Bchir/BMBS) - University of Malaya, Malaysia
  2. Fellowship in Hand and Microsurgery - USA
Badan Berdaftar Profesional
  1. Malaysian Medical Council (MMC) (No. 27778)
  2. National Specialist Register (NSR), Malaysia (No. 126277)
Keahlian Profesional
  1. Member of Royal College of Surgeons of Edinburgh
  2. Member of Royal College of Physicians and Surgeons of Glasgow
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.