Dr. Ju Lynn menyertai klinik kami pada 2021 sebagai pakar bedah pergigian bersekutu.
Pada 2017, Dr. Ju Lynn memperoleh Sarjana Muda Dalam Pembedahan Pergigian dari Universiti SEGI. Beliau telah berkhidmat bagi sektor kerajaan di Kuala Lumpur selama 3 tahun, di mana beliau bertugas di Jabatan Pembedahan Oral dan Maxillofacial, Pergigian Pediatrik, dan juga Jabatan Pergigian Am Pesakit Luar.
Sering digambarkan oleh pesakit sebagai doktor yang mesra dan lemah lembut, Dr. Ju Lynn menitikberatkan kepentingan menjalin komunikasi berkesan serta hubungan erat dengan pesakit beliau. Beliau berusaha menyediakan penjagaan berpusatkan pesakit yang menyeluruh bagi memoptimumkan pengalaman individu. Berbekalkan minat tersendiri dalam pergigian pediatrik dan aestetik, Dr. Ju Lynn gemar merawat kanak-kanak serta giat memupuk tabiat oral yang baik sejak usia yang muda.
Di luar bidang kerja, Dr. Ju Lynn gemar bermain badminton, bersenam di gim dan suka baking.
List of related clinics/medical centers: