
Dr. Long Yew Giin merupakan seorang pakar perunding pediatrik yang mempunyai kepakaran dalam Pediatrik Kardiologi dan Neonatologi. Beliau berkelulusan dari Pusat Perubatan Pertahanan Negara, Taiwan pada tahun 2000. Beliau seterusnya memperolehi kelayakan sebagai pakar perunding pediatrik dari Persatuan Pediatrik Taiwan pada tahun 2004.
Sepanjang tempoh pekerjaannya, beliau aktif melibatkan dirinya dalam pelbagai aktiviti akademik. Beliau lalu mengikuti program sub-kepakaran dalam neonatologi dan kardiologi pediatrik khususnya berkelayakan dalam neonatologi dari Persatuan Neonatologi Taiwan pada April 2009 manakala kardiologi pediatrik dari Persatuan Kardiologi Taiwan pada December 2009. Dr. Long telah menjawat Pakar Perunding Pediatrik di Hospital Madou Sin Lau, Taiwan lebih daripada 10 tahun.
Dr. Long berpengalaman dalam pengurusan pediatrik am dan penjagaan neonatus. Beliau juga terlatih dalam mendiagnosis dan merawat kanak-kanak yang mengalami masalah jantung. Prosedur-prosedur termasuklah ekokardiografi pediatrik, tafsiran ECG, pemantauan holter 24 jam,ujian senaman, kateterisasi jantung pediatrik and ekokardiografi otak neonatus.
List of related clinics/medical centers: