Dr. Ling Ing Heong (Lenzo)

Dr. Ling Ing Heong (Lenzo)

Estetik Kecantikan
Bahasa-bahasa
  • Inggeris
  • Melayu
  • Mandarin

Dr. Ling Ing Heong (Lenzo)

Pakar Perunding Kecantikan

Kecantikan dan kesihatan telah menjadi minat Dr. Lenzo Ling sejak beliau seorang pelajar perubatan. Dr. Ling mendapat ijazah perubatan pada 2004 dari Universiti Kebangsaan Ireland yang kemudiannya melanjutkan satu setengah tahun kursus doktor pelatih dan dua setengah tahun tempoh di Jabatan Pembedahan Plastik di Hospital Besar Ipoh untuk memperluaskan pengalamannya. Minat Dr. Ling mendorongnya untuk melanjutkan latihannya dalam perubatan kosmetik dan pembedahan. Beliau mendapat Pengesahan Lembaga dalam Perubatan Estetik oleh Akademi Perubatan Estetik Amerika di Amerika Syarikat dan juga mendapat gelaran Felo dari Kolej Korea dalam Pembedahan Kosmetik. Tambahan pula, Dr. Ling menjadi doktor Malaysia yang pertama menghabiskan 2 tahun latihan dalam bidang Perubatan dan Pembedahan Kosmetik di bawah Pembedahan  Kosmetik dari Kolej Korean. Sebagai seorang pemimpin dalam perubatan dan pembedahan kosmetik, Dr. Ling selalu berucap sebagai penceramah jemputan antarabangsa dan jurulatih dalam persidangan dan acara-acara untuk perubatan dan pembedahan kosmetik.

Menurut Dr. Ling, ramai doktor kecantikan mempunyai pengetahuan teknikal yang diperlukan dalam bidang itu tetapi hanya seberapa yang boleh menggabungkan kemahiran dengan rasa sebenar seni dan inovasi. Bidang pembedahan dan perubatan kosmetik adalah unik dan berbeza dari perubatan dan pembedahan plastik konvensional yang merawat pesakit yang memerlukan perubatan kritikal. Dr. Ling mempercayai pendekatan ialah kunci apabila berunding dengan pesakit yang mempunyai menitik beratkan tentang keselamatan dan keberkesanan kepada pembedahan dan perubatan kosmetik. Beliau mempunyai falsafah pembedahan yang ringkas: Untuk mencapai keputusan yang semula jadi dan halus ialah melalui prosedur invasif yang kurang atau keselamatan, ringkas, halus, terpilih dan kepuasan.

Sebagai seorang usahawan, Dr. Ling sedar akan kekuatan sesuatu organisasi tergantung pada pemimpinnya. Dalam usaha untuk memperkuatkan kedudukannya sebagai pemimpin ahli bedah kosmetik dan usahawan, Dr. Ling melanjutkan pengajian tahap Master dalam Pengurusan Antarabangsa dari UK. Dengan ini, beliau boleh menjadi seorang pemimpin yang mempunyai wawasan dan menolong beliau memberi inspirasi kepada pasukannya dalam sebarang cabaran yang ditemui oleh industri. Kesimpulannya, bagaimana Dr. Ling mempergiatkan diri sebagai seorang pemimpin? “ Saya bertanggungjawab kepada minat saya dan hendak membangunkan  lebih pemimpin korporat yang tidak mementingkan diri, mempercayai kebenaran, dihormati tinggi, dan bertujuan supaya dapat mencapai keuntungan mereka.”

Kelayakan
  1. Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery (MBBS/MB ChB/MB BCh/MB Bchir/BMBS) - National University of Ireland (NUI)
  2. Bachelor of Obstetrics (BAO) - National University of Ireland (NUI)
Badan Berdaftar Profesional
  1. Malaysian Medical Council (MMC) (No. 42427)
  2. Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice (LCP) by the Ministry Of Health Malaysia
Keahlian Profesional
  1. Board Certified Member of American Academy of Aesthetic Medicine (AAAM)
  2. Fellowship Member of Korean College of Cosmetic Surgery (KCCS)
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.