
Dr. Foo Chay Siang merupakan pengasas kepada Klinik Pergigian Foo & Rakan-rakan. Beliau telah berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian selama 5 tahun di Universiti Sains Malaysia.
Beliau menjalankan latihan di Hospital Kuala Lumpur sebelum pindah ke klinik kerajaan selama 2 tahun. Beliau menyertai swasta selepas menghabiskan perkhidmatan yang diwajibkan. Keutamaan beliau adalah tentang implan, crown dan jambatan gigi.