Dr. Aeden Lim Boon Loey

Dr. Aeden Lim Boon Loey

Pergigian
Bahasa-bahasa
  • Kantonis
  • Inggeris
  • Melayu
  • Mandarin

Dr. Aeden Lim Boon Loey

Doktor Bedah Pergigian

Dr. Aeden menghabiskan 5 tahun pengajian salah sebuah Kolej Pergigian terkemuka di India dengan mempelajari sains pergigian. Dalam tempoh masa 5 tahun itu beliau menjadi pelajar cemerlang dalam kelompok kumpulannya dan berjaya lulus dalam Kelas Pertama dengan kepujian. Walaupun sudah menamatkan pengajian, beliau masih bersungguh-sungguh melanjutkan pendidikan dalam pelbagai bidang pergigian, terutamanya dalam estetik dan pemulihan oral. Dr. Aeden juga lulus dari latihan Ortodontik di Singapura di bawah Dr. Kenneth Lew, seorang yang dikenali dan diiktiraf oleh Pakar Ortodontiks dan menghabiskan latihan implan di Dentium. Kini, beliau mengembara ke Singapura dan negara lain untuk memajukan ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pakar-pakar lain.

Dr. Aeden berkhidmat setahun kepada masyarakat India sebelum pulang ke Malaysia. Beliau memberi rawatan pergigian kepada pesakit di hospital kolej serta perkhidmatan jangkauan. Beliau juga memperluaskan perkhidmatannya kepada Sektor Awam Malaysia di Melaka. Beliau berpeluang bekerja dan melatih bersama doktor pergigian yang lebih tua di klinik swasta sebelum menubuhkan kliniknya sendiri. 

Kini, Dr. Aeden bekerja setiap hari termasuk hari minggu. Walaupun jadualnya padat, beliau masih ada masa untuk pergi ke gim. Beliau suka membaca dan meluangkan masa dengan keluarga dan rakan.

Kelayakan
  1. Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (BDS) - Akademi Pengajian Tinggi Manipal (MAHE), India
Badan Berdaftar Profesional
  1. Malaysian Dental Council (MDC) (No. 8125)
Keahlian Profesional
  1. Ahli of Persatuan Pergigian Malaysia (MDA)
  2. Ahli of Persatuan Pergigian Estetik Malaysia (MAAD)
  3. Ahli of Kolej Perubatan Pergigian Am Singapura
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.