Go to

Psoriasis

Pengenalan

Sebutan:

Psoriasis

Kategori Perubatan:

Dermatologi

Jangkitan:

Tiada

Golongan:

Diagnosis Perubatan:

Perlu

Keturunan Keluarga:

Diwarisi

Rawatan Perubatan:

Ada

Jangka panjang:

Ya

Kepulihan:

Tiada

Apakah psoriasis? Apakah gejala-gejala psoriasis?

Psoriasis merupakan sejenis penyakit kulit. Gejala utamanya ialah kulit akan menjadi kemerahan, gatal, tebal, bertompok. Tompok ini akan beransur-ansur berwarna perak dan bersisik. Keadaan psoriasis tidak tertentu, kadang-kala akan menjadi baik atau di sebaliknya. Psoriasis tidak akan dijangkiti. Baca lagi maklumat tentang Gejala-gejala & Kesan Negatif Psoriasis

Mengapakah psoriasis dapat berlaku?

Punca psoriasis tidak diketahui secara menyeluruh, tetapi sering dilihat sebagai penyakit yang diwarisi. Psoriasis juga boleh disebabkan kulit tercedera, pengambilan sesetengah ubat-ubatan, dijangkiti kuman, tekanan psikologi, alkohol, merokok dan sebagainya. Baca lagi maklumat tentang Penyebab & Punca-punca Psoriasis

Adakah psoriasis dapat diubati? Apakah rawatannya?

Setakat ini, psoriasis tidak dapat diubati dengan sepenuhnya, hanya dapat bantu mengurangkan kesakitan sahaja. Bagi tidak memburukkan keadaan, pesakit haruslah menjalankan cara mengatasi psoriasis dengan teliti dan secara berterusan. Baca lagi maklumat tentang Rawatan Psoriasis

Mencari klinik-klinik Dermatologi (Kulit) yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.