Go to

Hiperhidrosis (Berpeluh Secara Berlebihan)

Pengenalan

Sebutan:

Hiperhidrosis, berpeluh secara berlebihan

Kategori perubatan:

Dermatologi

Penjangkitan:

Tiada

Golongan:

-

Diagnosis Perubatan:

Tidak semestinya

Keturunan Keluarga:

Diwarisi

Rawatan Profesional:

Ada

Jangka panjang:

Ya

Kepulihan:

Tidak semestinya

Apakah hiperhidrosis? Apakah tanda-tanda hiperhidrosis?

Hiperhidrosis ialah seseorang mengalami berpeluh secara berlebihan walaupun badan sedang berehat, suhu yang sejuk atau tidak panas, serta emosi individu tersebut tidak terganggu, atau tidak sakit. Berpeluh secara berlebihan dapat mempengaruhi mana-mana bahagian badan sahaja terutamanya tapak tangan, ketiak, tapak kaki dan kelangkang.

Apakah kesan-kesan hiperhidrosis?

Berpeluh adalah untuk mengeluarkan haba badan. Walaubagaimanapun, berpeluh secara berlebihan akan mengundang pelbagai jenis masalah seperti kebimbangan sosial, berasa janggal, kehidupan seharian terjejas dan lain-lain lagi.

Mengapakah hiperhidrosis dapat berlaku?

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan hiperhidrosis. Faktor-faktor termasuklah keturunan keluarga,ubat-ubatan,hipertiroidisme,menopause,dan keadaan perubatan lain. Kadang-kala, hiperhidrosis juga berlaku tanpa sebabnya.

Adakah hiperhidrosis dapat dirawati?

Hiperhidrosis dapat dirawati melalui ubat-ubatan dan pembedahan. Pengurusan diri yang baik juga membantu mengatasi masalah berpeluh secara berlebihan.

Mencari klinik-klinik Rawatan Peluh Berlebihan (Hyperhidrosis) yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.