
Setiap hari, beribu-ribu pengguna melayari MyDoc.my untuk mencari doktor dan pembekal penjagaan kesihatan yang sesuai di Malaysia. Bertekad untuk mengambil berat terhadap keadaan masyarakat, MyDoc adalah sentiasa mencari peluang untuk bekerjasama dengan saluran dan rakan seperjuangan yang berinovatif, bagi menambahbaikan pengalaman penjagaan kesihatan kepada penggunanya.
Selama 3 bulan bekerja keras dalam perancangan dan integrasi, Uber U.S.A./ M’sia dan MyDoc telah mencapai persetujuan untuk bekerjasama, MyDoc.my kini ialah rakan kongsi kepada UBER Technologies Inc. secara menyeluruh di Malaysia. Dengan kerjasama ini, pengguna MyDoc.my kini boleh melalui MyDoc.my bertanya kepada UBER untuk berulang-alik ke mana-mana klinik atau hospital sahaja.
Menikmati Perjalanan dan Penjagaan Kesihatan yang Berkualiti dengan Menekan satu Butang
Rajah: Bagaimana untuk meminta UBER dalam MyDoc
Kami mengalu-alukan anda mencubanya di sini, dengan menuju ke arah pejabat kami yang terletak di Subang Jaya:
Maklumat tambahan: UBER telah bersetuju untuk menawarkan setiap pengguna MyDoc DUA PERJALANAN SECARA PERCUMA (bernilai RM20 setiap perjalanan) ke mana-mana klinik atau hospital yang telah disenaraikan di MyDoc.my.
Kami tidak mengehadkan jumlah pengguna. Seandainya anda adalah pengguna baru UBER, anda berlayak mendapat satu (1) “tiket dua-hala” untuk berulang-alik ke mana-mana klinik atau hospital dengan menggunakan kod kupon UBERMYDOC. Semua klinik dan hospital dengan langganan MyDoc.my dapat menikmati penajaan daripada UBER yang bernilai RM3 juta ini.
Terma dan syarat: -
- Perjalanan secara percuma hanya untuk pengguna UBER yang baru.
- Perjalanan secara percuma berkesan dari 1 Disember 2015 hingga 29 Februari 2016 (3 bulan).
UBER App boleh didapati di kedai-kedai berikut:
Kami mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk bekerjasama dan/atau memberi sumbangan kepada masyarakat dengan seikhlas hati. Bersama-sama kami mentransformasi Malaysia kepada negara yang lebih sihat. Kami berharap dapat berkhidmat dan memberi sokongan kepada anda. Sila hubungi kami di [email protected] untuk sebarang maklumat atau penjelasan yang selanjutnya.



