Towards a Fair Ranking System - MYDOC.my

Isu Keadilan terhadap Sistem Kedudukan

by DH Law — Posted on Sep 03, 2015

Isu Keadilan terhadap Sistem Kedudukan


Apakah sistem kedudukan yang adil?

Adalah bukan sesuatu yang mudah bagi mencipta satu sistem kedudukan yang adil. Jika sistem tersebut tidak dicipta dengan baik, maka timbulnya pelbagai jenis masalah nanti. Sebagai contohnya,

Nama KlinikPenilaian PurataJumlah Ulasan
Klinik A5.01
Klinik B4.750

Jikalau sistem kedudukan yang dicipta adalah hanya untuk membandingkan penilaian purata, maka Klinik A akan lebih baik berbanding dengan Klinik B. Pernyataan ini adalah tidak munasabah. Hal ini kerana hanya terdapat 1 ulasan yang dirujuk kepada Klinik A manakala sebanyak 50 ulasan adalah berkenaan dengan Klinik B. Bukan itu sahaja, masalah lain-lain juga akan muncul pada masa yang sama. Bagi menggelakkan berlakunya masalah-masalah ini, apakah yang patut dilakukan?

Bagi tujuan mewujudkan keadilan terhadap kedudukan di antara klinik-klinik, penekanan utamanya adalah untuk menghapuskan segala masalah yang berkemungkinan bakal berlaku. Hal ini merupakan satu tugasan yang mencabarkan. Oleh yang demikian, terdapat banyak laman web tidak sanggup menghabiskan masa atau usaha untuk memperbaikkan sistem tersebut. Walaubagaimanapun, MYDOC.asia adalah menitikberat terhadap sistem tersebut; mencipta sistem kedudukan yang adil merupakan salah satu objektif kami.

 

Mengapakah memerlukan sistem kedudukan yang adil?

Persoalan di atas adalah sentiasa tertanya-tanya. Adakah berbaloi untuk menghabiskan masa bagi mencipta sistem kedudukan yang adil? Ada juga akan bertanya: Adakah penting untuk berbuat demikian? Persoalan-persoalan tersebut tidak semestinya mempunyai jawapan yang kukuh, hal ini disebabkan ada juga yang tidak mementingkan keadilan. Namun begitu, objektif MYDOC.asia adalah untuk membekalkan maklumat yang tepat untuk pengguna-penggunanya. Apabila terlibatnya isu kesihatan pengguna, kami adalah tegas terhadap ketepatan informasi yang disediakan supaya dapat membantu mereka. Oleh itu, keadilan terhadap sistem kedudukan adalah tidak boleh sesekali diabaikan. Apa yang kami tidak mahu melihat adalah bahawa sistem kedudukan yang tidak adil adalah seperti sedang menggalakkan penipuan.

 

Keunikan Sistem Kedudukan MYDOC.asia?

Secara keseluruhannya, sistem kedudukan MYDOC.asia adalah direka cipta oleh kami. Sistem yang disebutkan adalah untuk memastikan semua aspek yang berkaitan telah dititikberatkan. Dengan mengambil kira semua aspek yang berkaitan, kami berkeyakinan untuk mereka cipta satu sistem kedudukan yang tidak berat sebelah. Dalam usaha kami untuk mencapai matlamat ini, kami akan menggunakan algoritma untuk melakukan penyemakan secara terperinci. Hal ini juga dapat memanfaatkan klinik-klinik yang baru disenaraikan di MYDOC.asia.

Disebabkan sistem kedudukan MYDOC.asia merupakan rahsia perniagaan, sila memahami bahawa pendedahan algoritma secara menyeluruh adalah tidak digalakkan. Pada masa yang sama, hal ini juga bagi menggelakkan sesiapa yang menggunakan maklumat-maklumat ini untuk melakukan penipuan.

 

Bagaimanakah MYDOC.asia menggelakkan penipuan?

Kaedah penipuan yang utama adalah dibahagikan kepada dua jenis: Sebuah klinik (atau mana-mana pembekal perkhidmatan kesihatan) adalah berkemungkinan membayar untuk mencipta “ulasan yang palsu”, ataupun membuat pembayaran bagi menyampaikan ulasan palsu yang berunsur negatif terhadap klinik-klinik yang lain. Jadi, bagaimanakah masalah penipuan ini dapat dielakkan?

Adalah berkemungkinan bahawa sesetengah daripada kamu telah mengetahui bahawa MYDOC.asia adalah berlainan daripada laman web yang lain. Kebiasaannya, laman web yang lain akan membenarkan pengguna-pengguna meninggalkan ulasan secara terbuka. Bagaimanakah pula dengan MYDOC.asia? Sebenarnya, dua minggu selepas pesakit yang berkenaan telah berhubung dengan klinik melalui MYDOC.asia, kakitangan kami akan mengambil berat situasi pesakit melalui panggilan telefon, perbualan tersebut adalah juga termasuk dengan ulasan daripada pesakit yang telah dirujuk kepada klinik yang berkenaan. Oleh itu, ulasan-ulasan yang terdapat di MYDOC.asia bukan sesekali direka-ciptakan. Walaupun pendekatan yang disebutkan amat menghabiskan masa, namun, kami tetap berbuat demikian. Dalam proses tersebut, kami juga akan teruskan usaha kami untuk memperbaikkan lagi sistem kedudukan bagi menggelakkan sebarang penipuan.

 

Bagaimanakah saya dapat membantu MYDOC.asia?

Adalah dimaklumkan bahawa sistem kedudukan MYDOC.asia adalah tidak sempurna setakat ini. Jika anda mendapati sebarang kesilapan, sila mencerminkan isu tersebut kepada kami. Bukan itu sahaja, jika anda mempunyai sebarang pandangan atau cadangan, anda juga dialu-alukan menghubungi kami. Anda boleh menghubungi kami melalui “Hubungi Kami” atau emel kami di <[email protected]>. Terima kasih banyak-banyak!

 

Balasan
Read More