
Dr. Christopher Ho Chee Kong menerima ijazah perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2000, diikuti dengan Sarjana Perubatan pada tahun 2008. Selepas itu, beliau melanjutkan kepakaran perubatannya di Glasgow, Scotland, lalu memperolehi pengkhususan dalam bidang urologi pada tahun 2012. Beliau juga mengejar minatnya dalam perubatan seksual dan merupakan ahli jawatankuasa perubatan seksual Eropah selepas dilatih oleh pakar-pakar di Oxford dan Milan pada tahun 2012. Dr. Christopher mempunyai keahlian dalam pelbagai persatuan professional, termasuk Fakulti Pelatih Pembedahan Edinburgh (MFSTEd), Société Internationale d'Urologie (SIU) dan Persatuan Perubatan Seksual Asia Pasifik (APSSM). Beliau mempunyai lebih daripada 120 penerbitan jurnal ulasan dan 4 penerbitan buku mengenai isu-isu kesihatan lelaki. Sebelum ini, Dr. Christopher merupakan Profesor Madya yang mengajar dan mengamalkan latihan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia.