Hai Siti! Pewarisan genetik, pemakanan atau hormon semua pun boleh menyebabkan kulit berminyak. Pencuci muka yang Siti gunakan tu jenis untuk kulit berminyak atau untuk kulit biasa ye?
Kalau pencuci muka Siti mempunyai fungsi membuang minyak yang terlalu kuat, mungkin boleh terjadi kesan yang bertentangan. Selepas mencuci muka, adakah Siti berasa kulit muka ketat? Jika ada, maknanya kulit muka terlalu kering selepas dicuci dan akan menghasilkan lebih banyak minyak!
Siti juga boleh cuba gunakan kertas minyak wajah untuk mengelap minyak yang berlebihan jika tidak serius.
Jika masalah kulit muka berminyak Siti serius dan tidak baik pulih, Siti boleh pertimbangkan untuk berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan Kalau nak Juliet bantu untuk mencari klinik boleh bagitau je!