Apakah yang Harus Anda Ketahui Sebelum Membuat Rinoplasti? Dijawab oleh Pusat Perubatan Beverly Wilshire

Perubatan Estetik

Q&A telah dikajian tentang jahitan kelopak mata berganda bersama pakar-pakar dari Pusat Perubatan Beverly Wilshire. Soalan anda: Bagaimana boleh say mancungkan hidung dengan mudah dan selamat? Di sini doktor-doktor memberi jawapan.


Adakah anda melihat diri anda dalam cermin dan inginkan bentuk hidung yang lebih sempurna?

Rawatan memancungkan hidung semakin biasa pada masa kini, ia juga merupakan rawatan yang popular dalam bidang perubatan estetik. Tetapi kabanyakan kami risau akan satu perkara - bagaimana buat rawatan mancungkan hidang tanpa sebarang risiko, dengan selamat, dan berkesan?

Kita sering dengar khabar tentang rawatan memancungkan hidung yang gagal, memberikan kita perasaan yang ngeri dan geli apabila terfikir tentang rawatan ini. Tetapi adakah ini hakikatnya? Bagaimanakah boleh prosedur ini dilakukan dengan selamat?

Banyaknya soalan, tetapi memang susah untuk cari jawapan yang betul di internet. Jadi bersama dengan Beverly Wilshire Medical Centre, saya telah mengumpul soalan anda dan minta doktor-doktor yang berkelayakan tinggi untuk menjawab soalan anda - bagaimana boleh memperbaiki bentuk hidung dengan selamat?

Anda bertanya, kami menjawab.

Semua informasi dan jawapan diberi oleh doktor-doktor dari Pusat Perubatan Beverly Wilshire yang berkelayakan dan disahkan.

Pusat Perubatan Beverly Wilshire (KL)

PUSAT PERUBATAN BEVERLY WILSHIRE ADALAH PUSAT PERUBATAN KECANTIKAN BERSEPADU YANG MENETAPKAN STANDARD DALAM PEMBEDAHAN KOSMETIK, PERUBATAN ESTETIK (RAWATAN TANPA PEMBEDAHAN DAN RAWATAN LASER) DAN PENUAAN YANG SIHAT DI RANTAU INI.

Dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kami menawarkan pilihan yang luas bagi prosedur kosmetik, rawatan estetik, dan perkhidmatan kesihatan untuk membolehkan anda mencapai kesempurnaan yang anda inginkan - dalam kecantikan, kesihatan, dan kesejahteraan. Dengan kepakaran doktor-doktor pakar yang mahir dan disokong oleh teknologi terkini dalam industri ini dengan kemudahan bertaraf dunia, anda boleh berasa yakin dengan bimbingan profesional dan rawatan perubatan yang disesuaikan ke arah hasil yang anda ingini. Sama ada anda inginkan kulit, muka, badan atau kesejahteraan yang ideal, anda boleh mencapainya di sini.

  1. Pusat Kecemerlangan Pembedahan Kosmetik, Perubatan Estetik dan Penuaan Sihat
  2. Disokong oleh pakar bedah plastik yang berdaftar dan diperakui oleh lembaga
  3. Semua prosedur kosmetik dan estetik ditadbirkan secara profesional oleh doktor yang berlesen
  4. Berdaftar dengan Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (Malaysian Healthcare Travel Council, MHTC) untuk menggalakkan pelancongan perubatan
+ Selanjut

Rinoplasti atau hidung mancung tanpa bedah?

Nose job before after

Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa cara untuk mengubah bentuk hidung anda tanpa bedah, berbanding dengan dahulu di mana perubahan pada hidung hanya dilakukan secara prosedur pembedahan seperti rinoplasti.

Namum, apakah pilihan anda? Apakah perbezaannya?

Mari kita lihat satu demi satu.

Prosedur pembedahan pada hidung: rinoplasti

Rhinoplasty

Rinoplasti ialah pilihan pembedahan hidung mancung. Prosedur ini bersifat berkekalan untuk perubahan bentuk hidung anda, tetapi anda hendaklah menjalani pembedahan untuk prosedur ini.

Prosedur rinoplasti mengambil masa beberapa jam dan berkemungkinan mengambil masa yang lebih untuk pemulihan selepas prosedur ini, berbanding dengan pilihan tanpa pembedahan.

Rinoplasti boleh mengubah bentuk hidung dan memperbaiki keadaan berikut secara kekal:

  • Saiz hidung
  • Lebar hidung
  • Profil hidung ( bonggol atau kemik pada jambatan hidung)
  • Hujung hidung ( besar, bulbous, melabuh, melengkung)
  • Saiz lubang hidung dan bentuk
  • Asimmetri nasal( tidak seimbang) atau tersisih
Rhinoplasty types

Terdapat dua jenis bahan yang digunakan untuk mengubah bentuk hidung dalam prosedur rinoplasti: implan silikon atau graf kartilaj ( tulang lembut yang diambil dari sebahagian hidung atau bahagian lain daripada tubuh badan anda).

 Hidung mancung tanpa bedah

Non-surgical nose job

Hidung mancung tanpa bedah tidak kekal, tidak seperti rinoplasti, tetapi memberi pilihan untuk mendapati perubahan hidung tanpa menjalani prosedur pembedahan.

Tiada pembedahan bermakna hidung mancung tanpa bedah tidak memerlukan masa untuk memulih selepas prosedur, dan boleh dilakukan dalam masa 30minit. Oleh itu, prosedur ini digelar sebagai ‘prosedur makan tengahari’ - anda boleh ambil masa makan tengahari untuk menjalani prosedur ini!

Hidung mancung tanpa bedah bertahan selama 12 bulan, sebelum kesannya berkurangan sebab diserap oleh tubuh badan anda.

Terdapat dua jenis hidung mancung tanpa bedah:

Pengisi hidung mancung tanpa bedah

  • Juga dikenali sebagai rinoplasti cecair
    Diperbuat daripada asid hiluronik dan/atau kolagen
  • Menambah kelantangan pada bahagian hidung yang disuntik dengan pengisi
  • Hidung boleh diukir dan diubah bentuk dengan pengurusan jumlah pengisi disuntik
  • Suntikan dibuat pada jambatan dan hujung hidung untuk mendapati ketinggian dan unjuran.

Tanam benang hidung mancung tanpa bedah

  • Dibuat daripada Polidiosanoni (PDO) atau asid Poli L-laktik (PLIA), atau dalam bahasa biasa- ia dibuat daripada benang yang diguna dalam jahitan pembedahan.
  • Biasanya digunakan pada jambatan hidung untuk ketinggian dan kesan unjuran, tetapi bukan kemampatan.
  • Boleh membentuk jambatan hidung yang lebih runcing dan  jelas berbanding dengan pengisi yang menggunakan benang.
  • Juga boleh merangsang penghasilan kolagen untuk kesan ketatkan kulit

Perbezaan antara hidung mancung tanpa bedah dan rinoplasti

Perbezaan utama ialah, satu memerlukan pembedahan dan lagi satu tidak.

Untuk menunjuk dengan lebih jelas, terdapat 3 prosedur hidung mancung yang paling biasa diminta, dan menyesuaikan seseorang diri lebih.

Untuk ‘bonggol’ pada jambatan hidung, atau bonggol dorsal

Nose size
  • Pengisi boleh ‘sembunyi’ kelihatan bonggol dengan mengisi bahagian sekeliling bonggol pada hidung, namum membentuk kelihatan hidung lurus.
  • Jika bonggol besar atau hidung tebal, rinoplasti boleh mengurangkan saiz bonggol atau menyingkirnya.

Untuk membentuk semula hujung hidung

Nose tip
  • Pengisi boleh membetulkan hujung hidung yang melabuh, membetulkan sudut yang tajam dengan tambahan kemampatan dan meningkatkannya.
  • Jika hujung hidung bulbous atau dalam sudut terbalik. Rinoplasti adalah pilihan yang lebih baik.

Untuk membetulkan hidung bengkok

Crooked nose
  • Tanam benang  boleh membetulkan hidung bengkok kecil dan luruskannya.
  • Namum, untuk bengkok yang ketara, rinoplasti direkomen.

Bagaimanakah memilih?

Terdapat beberapa kriteria untuk dipertimbangkan apabila memilih rawatan untuk perubahan hidung,selain daripada pilihan untuk menjalankan pembedahan atau tidak:

Pilihan rinoplasti adalah baik untuk anda jika…

  • Pertumbuhan muka anda sudah lengkap dan anda berumur 13 tahun atau lebih
  • Anda sihat dari segi fizikal
  • Anda mempunyai gol yang khas dan realistik untuk perubahan hidung anda

Hidung mancung tanpa bedah adalah pilihan baik jika anda...

  • Sebelum anda komit ke perubahan hidung mancung yang kekal, anda ingin cuba “uji-panduan” dulu

Nasihat khas doktor:

Pembentukan hidung ialah satu prosedur yang tersendiri  untuk dirinya sahaja, bukan untuk memenuhi hasrat orang lain atau menjadi imej lain.

Selain daripada umur dan kesihatan fizikal, kita hendak tahu sebabnya kita mendapati hidung mancung tanpa bedah - adakah untuk mendapat naik pangkat? Untuk lekuarga atau isu perhubungan? Berusia? Tukar kecacatan?

Sebagai doktor, tugasan kami juga termasuk memberi kauseling dan menguruskan sangkaan pesakit, memastikan bahawa anda sedar akan komplikasi dan kesan sampingan sebarang rawatan.

Tidak kira apapun, keselamatan anda adalah keutamaan.

Jika anda ingin berbicara dengan seorang pakar bedah kosmetik yang berpengalaman tentang keperluan estetik anda, anda boleh hantar pertanyaan ke Pusat Perubatan Beverly Wilshire di sini, dan kami akan menberi maklum balas dalam 3 hari bekerja!

Tanya tentang perbaikan hidung

Rinoplasti dilihat dengan lebih dekat

Rinoplasti memerlukan komitmen yang besar sebab ia membawa perubahan pada anatomi kita secara berkekalan, berbanding dengan hidung mancung tanpa bedah yang tidak. Kita akan perhatikan rawatan rinoplasti dan jenis-jenisnya untuk memahami lebih dalam tentang rawatan pembedahan ini.

Terdapat 3 jenis rinoplasti untuk pilihan anda, bergantung pada keputusan anda hendak mencapai.

1.Rinoplasti terbuka

Rhinoplasty

Rinoplasti terbuka adalah yang paling biasa, memberi peluang kepada doktor untuk mengubah bentuk dan saiz hidung anda dengan satu incisi.

  • Satu incisi dibuat pada bawah hujung hidung antara lubang  hidung
  • Pakar bedah membuat prosedur perubahan pada hidung
  • Incisi dijahit kembali, meninggalkan parut kecil
  • Pakar bedah yang berpengalaman boleh memposisi incisi dengan strategik supaya parut disembunyi dalam kontur hidung yang semula jadi, lalu tidak kelihatan parut.

2. Rinoplasti tertutup

Pendekatan yang lebih susah serta memerlukan seorang pakar bedah yang mahir. Rinoplasti tertutup hanya boleh dilakukan pada kes yang tiada komplikasi atau untuk perubahan kecil pada hidung. Masa pemulihan pun lebih singkat berbanding dengan rinoplasti terbuka.

  • Satu incisi dibuat di dalam lubang hidung
  • Pakar bedah buat prosedur perubahan melalui incisi kecil dalam lubang hidung
  • Incisi dijahit kembali, meninggalkan parut pada lubang hidung yang tidak kelihatan dari luar.

3. Alarplasti

Alarplasty

Alarplasti ialah prosedur surgikal yang memfokus pada lubang hidung, biasanya untuk menambah atau mengurang lebar lubang hidung. Ini adalah baik untuk membetulkan hidung bulbous.

Risiko

Nose job risks


Jika anda mendapati rawatan daripada seorang pakar bedah yang disahkan dan berpengalaman, risiko kurang.

Malahannya,dengan industri estetik yang semakin maju, terdapat banyak klinik dan pusat kecantikan yang memberi rawatan perubahan hidung mancung tanpa pensijilan atau kebenaran yang betul.

Doktor-doktor dan wakil kecantikan ini tidak memperolehi latihan perubatan yang betul atau ilmu untuk menguruskan prosedur secara selamat dan berkesan, namun mendedahkan anda kepada risiko seperti:

  • Jangkitan
  • Penyembuhan luka kurang baik
  • Berdarah ( Haematoma)
  • Asimmetri hidung
  • Sensasi kulit tukar ( tiada rasa sekeliling hidung)
  • Sutur atau benang akan keluar melalui kulit sebab prosedur kurang baik dilakukan
  • Berkemungkinan surgeri mesti diulang

Jadi, adalah penting untuk anda mendapati keadaan anda dilihat oleh seorang pakar bedah kosmetik yang professional dan sah atau seorang doktor estetik mengenai jangkaan anda. Anda harus dapat rawatan estetik untuk keperluan anda daripada pakar bedah yang berpengalaman.

Di ERUFU Care, kami hanya menyenaraikan klinik-klinik dan doktor-doktor yang disahkan serta mempunyai review pesakit yang jujur tentang perkhidmatan klinik supaya anda dapat buat pilihan yang dimaklumkan dengan baik.

Ini termasuk Pusat Perubatan Beverly Wilshire, sebuah pusat estetik perubatan yang memfokus pada rawatan berkualiti, dan anda pasti mendapat perkhidmatan yang premium untuk rawatan anda.

Jika anda sedang mencari rawatan hidung mancung tanpa bedah, hantarkan pertanyaan anda ke sini dan dapatkan maklum balas dalam 3 hari bekerja!

Tanya tentang perbaikan hidung

Jika anda mencari klinik di tempat selain dari Kuala Lumpur, anda boleh lihat klinik lain berdekatan anda untuk hidung mancung tanpa bedah di sini.

  Nasihat khas doktor:

Pakar bedah akan rekomen rawatan yang terbaik berdasarkan anatomi dan keinginan anda.

Jangan segan untuk berbincang kebimbangan anda supaya kita dapat sampai satu persetujuan bersama.

Adalah biasa untuk berasa risau, tidak kira keseronokan untuk penampilan anda yang baru atau tekanan sebelum surgeri.

Jangan teragak-agak untuk membincang perasaan anda dengan  pakar bedah.

Untuk perubahan, pakar bedah berkelayakan menghasilkan keputusan dalam pelbagai tahap.

Jadi, jika anda masih hendak kelihatan ‘seperti biasa tetapi lebih baik’ atau ‘kelihatan yang berubah secara dramatik’, pastikan pakar bedah berkomunikasi dengan anda untuk memahami jangkaan anda.

Hidung adalah di tengah muka anda, jadi perubahan yang halus seperti menukar hujung hidung boleh mengubah seluruh penampilan muka anda.

Jadi, “Apakah hidung mancung anda hendak?”, seorang pakar bedah yang bagus akan berbincang dengan anda salah satu bentuk hidung yang sesuai dengan ciri muka anda.

Kami sering mendapat pertanyaan yang biasa terhadap perubahan hidung mancung, jadi kami ada doktor untuk menasihati anda juga!

Bagaimanakah perubahan hidung anda boleh menukar suara atau cara bunyi anda, terutamanya berlaku perubahan dalam laluan hidung?

Can nose jobs change voice

Biasanya, rinoplasti tidak menukar suara anda. Prosedur ini hanya menyempit atau membuka laluan hidung. Oleh itu, seseorang yang menjalani prosedur rinoplasti akan kedengaran lebih
sengau atau garau.

Selepas surgeri, secebis serpihan akan diletak dalam hidung anda untuk menyokong semasa pemulihan awal. Jadi, anda akan berasa hidung tersumbat dan kedengaran sedikit sengau.

Bagaimanakah perubahan hidung anda boleh membantu dalam masalah sinus atau menjejas pernafasan?

Rinoplasti boleh memperbaiki kecacatan struktur dalam hidung. Jika anda memperolehi halangan sengau atau sinusitis yang dibetulkan semasa rinoplasti, anda akan mendapatkan aliran udara, namun, dapat bernafas dengan senang.

Pernah didengar bahawa hidung akan “jatuh” 6 bulan atau setahun selepas rawatan perubahan hidung. 

Nose drop

Keadaan bengkak pada hidung mengambil setahun atau lebih untuk berkurangan dan dapat kelihatan keputusan surgeri hidung. Anda mungkin berasa seperti hidung jatuh,tetapi sebenarnya, bengkak semakin kurang.

6 bulan selepas rinoplasti tidak cukup untuk menilai hasil akhir. Berkomunikasi dengan doktor anda apabila anda ada sebarang keraguan.

Bagaimanakah rinoplasti dan hidung mancung tanpa bedah dilakukan di Malaysia?

Kami akan lihat lebih terperinci bagaimana rawatan  perubahan hidung dilakukan di Malaysia, dan perbezaan rawatan di sini berbanding dengan negara lain yang lebih popular, dalam isu berikutan. Perhatikanlah ruang ini

Perbincangan

Lihat Lebih Banyak Komen