Mendapatkan hidung mancung tanpa bedah bukannya sesuatu yang terlampau pada masa kini. Jadi, soalan seterusnya adalah: Di manakah boleh mendapatkan prosedur hidung mancung?
Pencarian utama untuk hidung mancung atau prosedur estetik yang berkaitan, menuju ke Malaysia, Thailand dan Korea Selatan.
Lagipun, minat dalam pelancongan perubatan semakin berleluasan, khususnya dalam prosedur estetik di Malaysia, kami sering menjawab soalan daripada pertanyaan antarabangsa:
Bagaimanakah rinoplasti dan hidung mancung tanpa bedah dilakukan di Malaysia? Apakah bezanya daripada prosedur yang dilakukan di Korea Selatan atau Thailand?
Bersama dengan bantuan Pusat Perubatan Beverly Wilshire, saya telah mengumpul soalan anda dan mendapatkan doktor yang berkelayakan tinggi untuk memberi jawapan.
Marilah kita perhatikan!
Semua maklumat dan jawapan diberi oleh doktor-doktor yang disahkan dari Pusat Perubatan Beverly Wilshire.
Mengapakah Di Malaysia?

Kemampuan
Apabila surgeri kosmetik dan perubatan menjadi luas tanpa sempadan, Korea Selatan menjadi pilihan utama untuk pesakit antarabangsa yang hendak menjalankan prosedur estetik.
Walaubagaimana pun, prosedur di Korea Selatan lebih mahal dan permintaan tempatan yang kuat bermakna kemajuan pelancongan perubatan tidak diperlukan.
Di samping itu, terdapat halangan berkomunikasi, lalu menyebabkan pesakit mencari perubatan estetik selain daripada di Korea Selatan, seperti di Malaysia atau Thailand yang lebih diminati disebabakan lebih kemampuan dan kemudahan yang senang diakses.

Tentang kemampuan, doktor menegaskan satu isu: oleh kerana masa yang terhad di negara asing untuk pesakit yang mengikuti pelancongan perubatan, kebanyakan orang akan minta untuk pelbagai rawatan dan prosedur dilakukan sekali gus.
Namun,ini tidak disyorkan kerana terdapat banyak perubahan yang drastik dalam masa yang singkat yang berkemungkinan membawa kejutan kepada sistem tubuh badan kita.
Selalu berbincang dengan pakar bedah anda dan minta pendapatnya terhadap jangkaan dan kebimbangan anda.
Prestasi
Malaysia ialah ahli Majlis Perjalanan Perubatan Asia (AMTRAC),
Kerjasama rasmi Persatuan Perjalanan Perubatan Asian yang pertama, untuk mempromosi pelancongan perubatan.

Malaysia diwakili oleh Majlis Perjalanan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC), yang ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memajukan strategi pelancongan perubatan.
Keselamatan
Hospital-hospital di Malaysia yang dipilih untuk memberi pelancongan perubatan mesti diiktirafkan oleh Suruhanjaya Bergabung Antarabangsa (JCI), salah satu badan antarabangsa yang memberi ulasan dan mengiktirafkan hospital-hospital di Amerika Syarikat.
Tambahan pula, hospital-hospital di Malaysia juga memenuhi keperluan Piawai Majlis Penjagaan Kesihatan Australia.
Oleh itu, anda boleh yakin bahawa hospital-hospital di Malaysia setanding dengan hospital-hospital di Amerika Syarikat, apabila anda mendapatkan rawatan estetik atau kosmetik di sini.
Pakar-pakar kosmetik yang sah di Malaysia ialah ahli-ahli Persatuan Antarabangsa Surgeri Plastik Estetik (ISAPS). Dengan peraturan yang tegas, anda harus yakin dengan keselamatan dan kesejahteraan semasa menjalani prosedur perubatan anda di Malaysia.
Komunikasi
Mendapatkan hidung mancung anda dilakukan di Malaysia adalah unik kerana negara ini terdiri daripada pelbagai kebudayaan dan bahasa Inggeris luas digunakan oleh penduduk di sini.
Selain daripada kemahiran dan pengalaman pakar bedah, komunikasi antara anda dengan pakar bedah adalah mustahak untuk menguruskan jangkaan keputusan rawatan daripada kedua-dua pihak.
Rakyat Malaysia fasih dalam bahasa Inggeris dan juga boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia serta Mandarin.
Jika anda hendak berbincang dengan seorang pakar kosmetik yang berpengalaman tentang keperluan estetik anda, hantarlah pertanyaan anda ke Pusat Perubatan Beverly Wilshire di sini, dan anda akan dapat maklum balas dalam tiga hari bekerja!
Bagaimana hendak menyediakan diri untuk mendapatkan rinoplasti atau hidung mancung tanpa bedah di Malaysia?

Sebelum mendapatkan hidung mancung, anda harus mendapatkan konsultasi dengan pakar bedah kosmetik dahulu.
Semasa konsultasi, bersiap-sedia untuk membincang tentang:
- Sebabnya anda hendak mendapatkan hidung mancung
- Jangkaan anda daripada hidung mancung dan keputusan yang diingini
- Kondisi medikal anda, allahan, dan sejarah medikal
- Penggunaan ubat buat masa semasa, vitamin, herba tambahan, arak, dan rokok.
- Surgeri terdahulu atau prosedur estetik tanpa surgeri
Selepas perbincangan, pakar bedah kosmetik anda akan menjalankan beberapa langkah:
- Menilaikan status kesihatan anda dan kondisi kesihatan sebelumnya atau faktor berisiko
- Memeriksa dan mengukur muka anda
- Mengambil gambar untuk rekod medikal anda
- Berbincang pilihan anda dan rekomen satu kursus untuk membentuk semula hidung anda
- Berbincang keputusan yang berkemungkinan daripada hidung mancung serta risiko atau komplikasi yang berpotensi
- Berbincang ubat buis yang akan diguna
- Menyediakan jadual berikutan untuk melihat progres anda selepas rawatan
Bagaimanakah rinoplasti/ hidung mancung di lakukan di Malaysia?

Langkah 1: Anestesia
Anestesia akan diberi untuk keselesaan anda semasa prosedur surgeri dijalankan. Ini dilakukan dengan anestesia umum atau anestesia tempatan berdasarkan kesukaan anda dan nasihat pakar bedah.
Langkah 2 : Insisi

Untuk prosedur rinoplasti tertutup, insisi dilakukan di dalam lubang hidung.
Untuk prosedur rinoplasti terbuka, insisi dibuat pada kolumella,sejalur kulit yang sempit antara lubang hidung.
Melalui insisi ini, tisu lembut yang meliputi hidung dinaik perlahan-lahan,membenarkan akses untuk membentuk semula struktur hidung.
Langkah 3: Membentuk semula

Kami boleh mengurangkan atau menambah struktur nasal dengan implan silikon atau graf kartilaj daripada bahagian lain badan anda.
Biasanya, serpihan kartilaj daripada septum nasal ( bahagian tengah hidung) digunakan untuk tujuan ini.
Kadang-kala, sebatang kartilaj dari telinga atau kartilaj dari sebahagian tulang rusuk boleh digunakan.
Jika septum bengkok atau menyimpang, masa ini baik untuk meluruskan supaya pernafasan dibaikpulih.
Langkah 4: Jahitan
Apabila struktur diukir kepada bentuk dan saiz yang diingini, kulit nasal dan tisu ditarik ketat untuk meliputi struktur nasal dan insisi di tutup.
Insisi tambahan juga boleh diletak pada lipatan lubang hidung semula jadi untuk mengubah saiznya.
Tempoh masa
Anggaran masa untuk prosedur rinoplasti sekurangnya 2 jam, tetapi berbeza untuk kes yang lebih sukar.
Penjagaan hidung selepas rinoplasti/ hidung mancung tanpa bedah

Selepas prosedur pembedahan atau rawatan estetik tanpa bedah, penjagaan lepas adalah penting dalam penjagaan diri dan mengelakkan risiko.
Berikut adalah tip penjagaan selepas prosedur hidung mancung:
- Selepas surgeri anda, secebis serpihan atau splin,tube dalaman, atau packing akan diletak dalam hidung anda dan serpihan atau kain pembalut di luar untuk menyokong dan melindungi struktur baru semasa pemulihan awal.
- Serpihan akan dikeluarkan seminggu selepas surgeri.
- Sedikit bengkak dan lebam akan terjadi, kompres sejuk akan mempercepatkan pemulihan. Kebanyakan kes yang dilihat lebam berkurangan dua minggu selepas surgeri. Bengkak akan hilang dalam masa beberapa bulan.
- Tinggikan kepala anda semasa tidur.
- Elak menekan kuat atau mendedahkan insisi bedah kepada luka pada kulit atau pergerakan semasa pemulihan.
- Elak pemakaian cermin mata.
- Berkaitan dengan kondisi anda, pakar bedah akan memberi arahan tambahan untuk penjagaan hidung anda, ambillah nota!
Risiko berkemungkinan

Adakah risiko daripada hidung mancung?
Jika anda mendapatkan rawatan daripada seorang pakar bedah yang sah dan berpengalaman, risikonya kurang.
Namun, dengan industri estetik semakin maju pada masa kini, terdapat klinik atau pusat kecantikan yang tidak sah yang memberi hidung mancung tanpa kesijilan atau kebenaran yang betul.
Doktor-doktor dan pakar kecantikan tidak mempunyai latihan perubatan yang betul dan ilmu untuk mengendalikan prosedur secara selamat dan berkesan, lalu mendedahkan anda kepada risiko seperti:
- Jangkitan
- Pemulihan luka kurang baik
- Pendarahan (Haematoma)
- Asimetri hidung
- Perubahan pada sensasi kulit ( Kebas sekeliling hidung)
- Sutur atau benang muncul melalui kulit kerana prosedur kurang baik
- Kemungkinan surgeri akan diulang

Jadi, pentingnya mendapat kondisi anda dilihat dan dibincang dengan seorang pakar bedah atau doktor estetik yang sah mengenai jangkaan anda. Dapatkan rawatan estetik daripada pakar bedah yang berpengalaman untuk rawatan anda tercari.
Di ERUFU Care, kami hanya menyenaraikan klinik-klinik dan doktor-doktor yang sah, dengan review pesakit tentang servis klinik supaya anda boleh buat pilihan yang berpengetahuan.
Ini termasuk Pusat Perubatan Beverly Wilshire, sebuah pusat perubatan estetik yang memfokus pada rawatan yang berkualiti supaya anda yakin mendapat servis yang premium semasa rawatan anda.
Jika anda mempertimbangkan hidung mancung, hantarkan pertanyaan anda di sini dan dapatkan maklum balas dalam 3 hari bekerja!
Jika anda mencari klinik di tempat selain dari Kuala Lumpur, lihatlah klinik lain berdekatan anda yang membuat hidung mancung di sini.

Nasihat khas doktor:
Pakar bedah akan mengesyorkan rawatan yang paling sesuai berdasarkan anatomi anda dan keputusan yang diingini.
Jangan segan untuk berbincang pertimbangan anda supaya kami dapat mencapai keputusan yang disetujui bersama.
Adalah biasanya untuk berasa kebimbangan, tidak kira kerangsangan untuk mendapat penampilan baru atau tekanan sebelum pembedahan.
Jangan teragak-agak membincang perasaan ini dengan pakar bedah anda.

Seorang pakar bedah boleh menghasikan pelbagai tahap keputusan mengenai perubahan.
Tidak apa jika anda masih hendak ‘lihat seperti sendiri tetapi lebih baik’ atau ‘ menukar wajah anda secara drastik’, ingatlah berhubung jangkaan anda dengan pakar bedah juga.
Hidung terletak di tengah muka, jadi perubahan yang halus lagi bekesan seperti mengubah hujung hidung boleh menukar wajah muka anda.
Melainkan bertanya “apakah hidung yang anda mahu”, pakar bedah yang bagus akan berbincang dengan anda bentuk hidung yang sesuai untuk muka anda.
Bagaimana dengan hidung mancung tanpa bedah?

Selain mendapatkan surgeri rinoplasti, ada juga pilihan lain untuk hidung mancung tanpa bedah seperti suntikan pengisi dan tanam benang. Bacalah lanjut di sini, bersama dengan informasi untuk anda mempertimbangkan sebelum mendapati hidung mancung!

Perbincangan