5 Cara Mengetahui Berita Kesihatan Palsu Di Internet

Badan & Minda

Dengan usaha SKMM dalam mengambil tindakan terhadap berita palsu di internet, adakah anda selamat daripada berita kesihatan palsu?


Pada hari Isnin, Juliet terbaca berita bahawa Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) sudah bermula mengambil tindakan terhadap berita palsu di internet.

Berita palsu biasanya disebarkan dalam internet melalui media sosial seperti Facebook, Twitter atau Instagram yang kita gunakan setiap hari. Yang lebih teruk adalah, terdapat juga berita kesihatan yang palsu dalam internet! Maklumat yang palsu mengenai kesihatan boleh menyebabkan akibat yang buruk, dan kesihatan bukanlah sesuatu untuk dianggap sebagai jenaka.

Juliet sangat sensitif terhadap topik ini, kerana di Juliet Station, kami bermatlamat untuk membetulkan mitos dan salah konsep terhadap kesihatan. Jadi memang mengecewakan dan menyayat hati untuk Juliet melihat berita kesihatan palsu disebarkan di internet.

Untuk menjadi pengguna internet yang cermat, pastikan anda mengamalkan 5 cara ini untuk mengetahui berita kesihatan palsu:

Berhati-hati dengan berita palsu di internet

1. Lihat sumber maklumat/rujukan

Ketahui sumber maklumat berita/artikel yang anda membaca. Adakah maklumatnya didapatkan daripada jurnal kesihatan, penyelidikan dan agensi berita/penjagaan kesihatan yang sahih? Ataupun adakan maklumatnya didapatkan melalui khabar angin, pendapat orang ramai, atau pendapat penulis sendiri? Pengetahuan sumber maklumat adalah langkah pertama ke arah mengetahui sama ada maklumat tersebut boleh dipercayai.

2. Adakah produk tertentu yang diiklankan?

Adakah anda ternampak produk tertentu yang dinyatakan secara berulangan, atau diiklankan sebagai cara penyelesaian masalah yang dilaporkan dalam artikel atau berita tersebut? Walaupun tidak semua artikel pengiklanan produk adalah palsu, ada yang akan menggambarkan maklumat kesihatan secara berlebihan untuk menjual produk mereka.

3. Baca bahagian “Mengenai Kami” dalam laman web

Jika laman web itu tidak mempunyai maklumat ini untuk anda, kemungkinan besar anda sedang membaca blog atau artikel persendirian. Bacakan misi dan visi syarikat artikel yang anda sedang baca, adakah ia selaras dengan pemberian maklumat kesihatan yang tepat?

4. “Doktor tidak akan memberitahu anda maklumat ini”

Doktor tidak mempunyai sebarang sebab untuk sembunyikan cara rawatan atau penawar ajaib bagi penyakit. Kenyataan seperti “doktor tidak ingin anda ketahui rahsia ini”, atau “doktor tidak akan memberitahu anda rahsia ini” mungkin digunakan untuk menarik perhatian pembaca. Selain itu, maklumat dalam berita/artikel itu juga tidaklah daripada doktor, kerana “doktor tidak ingin anda ketahui maklumat ini”!

5. Adakah ia terlalu baik untuk menjadi kenyataan?

Seperti yang dikatakan: jika sesuatu terlalu baik untuk menjadi kenyataan, kemungkinan besar ia tidak betul. Walaupun naluri atau deria keenam kita bukan selalunya betul, perjanjian atau ilustrasi kebaikan sesuatu produk secara berlebihan mungkin adalah strategi pemasaran untuk mendapatkan perhatian dan kepercayaan orang ramai.

Kerajaan mempunyai sebab-sebab mereka sendiri untuk mengambil tindakan terhadap berita palsu, dan Juliet juga ada sebab sendiri untuk berasa kecewa terhadap berita kesihatan palsu di internet. Jadi pastikan anda tidak tertipu dan jaga keselamatan anda daripada maklumat palsu!

Apakah cara anda mengetahui berita palsu? Bagaimanakah anda mencari maklumat kesihatan yang boleh dipercayai di internet? Kongsikan pendapat anda dengan Juliet dalam komen di bawah!

Contoh Perbincangan

Tulis komen anda di sini