5 Gejala Gastrik dan Pencegahan Untuk Anda Bebas Dari Kesakitan

Badan & Minda

Kesakitan yang sering anda alami di bahagian perut boleh menjadi sakit perut biasa atau simptom masalah gastrik. Benarkah faktor pemakanan penyebabnya? Ketahuinya lebih terperinci.


Adakah anda tahu tentang penyakit gastrik?

gastric pain

Sabtu lepas, Shalini keluar makan tengahari bersama Dollah. Namun Shalini tidak dapat menikmati makanan dengan baik kerana merasa tidak selesa di bahagian perut. Disebabkan komitmen kerja, Shalini kerap makan lambat dan kadang-kala sampai tidak makan langsung! 

Apa itu Gastrik?

stomach acid

Gastrospirillum merupakan keadaan di mana berlaku keradangan pada lapisan perut. Masalah ini boleh berlaku dalam jangka pendek (acute) ataupun jangka panjang (kronik)

Gastrik terbahagi kepada 3 jenis:

  • Gastrik Ringan
    Akan berlaku keadaan bengkak (inflamasi) di lapisan perut jika bersentuh dengan makanan
  • Gastrik Berat
    Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan
  • Ulser Gastrik
    Tahap paling teruk kerana luka yang berlaku di bahagian lapisan perut dan boleh dikesan melalui muntah dan najis. Ia juga merujuk kepada ulser perut. Ulser bermaksud sejenis luka terbuka.

Gastrik sering dikaitkan dengan kesan langsung akibat kerap melambatkan tempoh waktu makan dan tabiat suka melangkau masa makan. Namun itu bukanlah satu-satunya penyebab kepada gastrik.

Tanda-tanda Anda Mengalami Gastrik

1.Kerap Muntah

Frequent Vomit

Sejurus 5 minit selepas makan, Shalini akan memuntahkan kembali makanannya. 

Keadaan sebegini berlaku kerana dalam keadaan perut kosong seseorang akan mudah untuk mendapat rasa loya dan memualkan. Rentetan daripada perut yang tidak mempunyai bekalan makanan itulah akan merangsang angin berlebihan di dalam badan anda. Lama-kelamaan ia akan menyebabkan anda kerap mengalami muntah.

Kekerapan muntah juga disebabkan oleh gangguan di bahagian lapisan perut yang membengkak dan semakin terhakis. Penderita gastrik juga akan sering merasa perit dan pedih pada dalaman perut lebih-lebih lagi jika terlewat makan.

2. Pedih Ulu Hati

Heartburn

Adakah anda sentiasa mengalami pedih ulu hati pada waktu malam atau pada waktu pagi?

Pedih ulu hati sering dikaitkan dengan gastritis. Ia adalah keadaan di mana sensasi yang hangat dan terbakar lazimnya dirasai di kawasan di bawah tekak sehingga ke rantau ini di bawah tulang dada. Ini berlaku apabila asid perut naik ke tekak atau mulut dan meninggalkan kesan pedih atau pahit.

Orang yang mempunyai gastritis sering dinasihatkan untuk makan biasa tetapi kecil. Ini membantu mengelakkan pengumpulan asid di dalam perut kerana makanan akan meneutralkan asid perut.

7 Penyebab Nafas Berbau Selain daripada Mulut
Pedih ulu hati bukan sahaja tanda anda mengalami masalah gastrik bahkan ia merupakan salah satu penyebab bau mulut. Lihat tentangnya di sini!

3.Ketidakselesaan Pada Perut

Discomfort stomach

Keadaan ini sering berlaku kerana reaksi dalam sistem pencernaan anda. Gastritis akan menyebabkan lapisan perut anda membengkak ketika bersentuhan dengan makanan. Walaupun selepas makan, kadang-kadang kesakitan gastrik tersembunyi.

Mereka yang mengalami gastritis perlu melihat lebih mendalam masalah ini supaya tidak menjadi lebih kronik.

4.Hilang Selera Makan

No appetite

Shalini hanya memandang menu makanan di restoran ketika makan malam semalam.

“Pesanlah sesuatu”

"Tiada selera lah"

"Atau awak mahu makan sesuatu?"

Shalini menggelengkan kepala.

Akan berlaku perubahan drastik dalam selera makan anda, ini mungkin bermakna anda mengalami gastritis. Kehilangan selera makan perlahan-lahan mengganggu lapisan perut dan menyebabkan ia menjadi nipis, mengikis dan membengkak.

Kehilangan nafsu makan juga boleh mengubah corak pemakanan seseorang. Orang itu boleh menangguhkan makanannya sehingga ia melewati masa makan. Ini akan memburukkan lagi keadaan seseorang kerana perut kosong lebih rentan terhadap gastritis.

5.Najis Berwarna Hitam

Intestine

Gejala ini khusus pada mereka yang sudah mendapat penyakit gastrik pada peringkat yang sudah kronik. Mereka akan mengalami suatu keadaan di mana najis berwarna hitam seperti tar. Gejala ini merupakan kesan daripada komplikasi ulser gastrik. 

Ulser gastrik akan membengkak dan membesar di dalam perut sehingga boleh menembusi ke bahagian lain seperti hati dan pankreas. Malahan untuk kes yang sudah mencapai tahap kronik ini ia akan melibatkan kesukaran proses pencernaan sehingga menyebabkan keadaan najis berwarna hitam.

Bagaimana Mencegah Gastrik?

Merawat lebih baik daripada mengubati. Jadi apa yang patut anda lakukan?

1.Makan Mengikut Waktu

Eat on time

 “Sudah sarapankah?”
“Jangan lupa makan tengahari”
“Jom keluar makan malam dengan saya”

Tidak sangka pula Dollah prihatin terhadap Shalini!

Adalah penting bagi seseorang mengikuti jadual makan untuk mengelakkan gastritis. Anda perlu mengikuti waktu makan yang betul dan jangan melambatkannya. Juga, anda dinasihatkan agar tidak melangkaui makanan tidak kira betapa seriusnya komitmen anda. Lagipun, ini untuk memastikan kesihatan anda, bukan?

Makan pada waktu dan mengikut jadual akan menjadikan anda lebih berdisiplin dalam hal-hal yang berkaitan dengan makan. Ia akan memberi manfaat kepada kesihatan anda kerana anda tidak akan mempunyai perut kosong. Ingatlah, makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit.

2. Elakkan Buah-buahan Sitrus

Citrus fruit

Jenis makanan ini tidak digalakkan untuk anda kerana dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan gastrik yang anda alami. Sifat buah-buahan sitrus itu sendiri yang masam akan menyebabkan dinding perut anda semakin menipis. Ini kerana buah-buahan sitrus tergolong dalam kumpulan makanan yang mempunyai tahap keasidan tinggi. 

Walaupun buah-buahan sitrus mempunyai nutrisi tersendiri yang kaya dengan vitamin C namun untuk kes gastrik sebegini lebih baik dielakkan.

Adakah anda tahu bahawa buah-buahan sitrus juga harus dielakkan bagi serangan migrain?

3.Elakkan Makanan Ringan

Junk food
 

Makanan ringan mengandungi bahan perasa yang tinggi seperti MSG.  

Ia bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan malahan akan menjejaskan keadaan lapisan perut anda akibat daripada kandungan bahan kimia di dalam makanan. Makanan proses juga tergolong di dalam makanan yang tidak digalakkan kerana mempunyai kandungan bahan kimia yang tidak baik untuk perut anda.

Jadi, ambillah makanan mengikut pola dan piramid pemakanan yang disarankan agar anda mendapat nutrisi yang sebenar. Makan makanan ringan dan proses tidak membuat anda kenyang pun!

Oh ya, saya pernah menulis tentang makanan ringan dan proses sebelum ini. Lihat pada 5 Gaya Pemakanan di Malaysia yang Anda Tidak Patut Amalkan.

4.Elakkan Pengambilan Minuman Bergas dan Beralkohol

Alcohol

Orang yang mempunyai gastritis harus menjauhkan diri daripada minuman keras dan alkohol. Ini kerana minuman ini mempunyai bahan kimia yang mengganggu lapisan perut. Oleh kerana mereka yang mempunyai gastritis diketahui mempunyai perut yang sensitif, maka mereka tidak digalakkan untuk meminum minuman jenis ini.

Namun, kita sering mendengar petua pengambilan susu untuk melegakan serangan gastrik. Keberkesanannya adalah berbeza mengikut setiap individu. Ada yang merasa gastriknya pulih dan ada juga yang tidak.

Namun, berdasarkan sudut kesihatan, pengambilan susu ketika anda sedang gastrik akan lebih menggalakkan perembesan asid. Maka, untuk meneutralkannya ambillah lebih banyak air putih.

5.Jangan Makan Makanan Terlalu Pedas

spicy food

Anda harus mengelakkan makanan pedas jika anda mengalami sakit perut. Mereka bertindak balas dengan lapisan perut anda dan menyebabkan bengkak. Perut yang sensitif juga akan menyebabkan anda mengalami sensasi yang membakar dan menyakitkan ketika makan makanan pedas. Sekiranya anda mengelakkan makanan pedas, perut anda pasti akan berasa lebih selesa.

Jika anda mendapati terdapat simptom-simptom ini pada anda segera dapatkan rawatan daripada doktor!

Rawatan untuk penyakit gastrik dikenali sebagai Gastrooenterologi yang salah satunya ada disediakan di Melaka. Tekan di sini untuk melihat.

Anda mempunyai sebarang pengalaman berkaitan gastrik. Kongsikan bersama kami pada ruangan komen di bawah!

Juliet's TipsPeringatan Juliet: Jika anda mengalami simptom penyakit gastrik, dapatkan rawatan secepat mungkin walaupun penyakit ini dilihat tidaklah begitu serius sehingga membawa maut. Cara yang terbaik untuk mencegah penyakit ini adalah dengan mengawal tabiat dan jadual pemakanan anda. Kerap makan, ambil makanan ringan untuk mengelakkan perut daripada kosong. Amalkan pengambilan probiotik (bakteria baik), serta menjauhkan perkara yang memburukkan keadaan gastrik misalnya merokok. 

 

Perbincangan

Lihat Lebih Banyak Komen

Tulis komen anda di sini