5 Sebab Anda Mungkin Pertimbangkan Ikat Rahim Bagi Mencegah Kehamilan

Keibubapaan Wanita Kini Lelaki Kini

Kehamilan merupakan keistimewaan bagi wanita. Walau bagaimanapun ada yang mahu mengelakkan kehamilan. Mengapa ikat rahim? Mengapa tidak?


Melihatkan Lemon yang semakin aktif pembesarannya Juliet sengaja mengusik Lisa tentang tidak mahukah dia menjadikan Lemon sebagai “kakak”. Anda faham maksud Juliet? 

“Nantilah, Lemon masih bayi untuk saya!”

Adding children

Siapa yang tidak mahukan anak yang ramai? Lebih ramai lebih meriah. Tetapi Lisa mempunyai perancangannya tersendiri. Dia mempunyai struktur keluarga yang diimpikan dan jangan lupa bahawa Lisa mempunyai perancangan untuk menyambung pengajian.

Pernahkah anda mendengar tentang ikat rahim? Mengapa sesetengah wanita memutuskan untuk menjalankan rawatan ikat rahim sebagai pencegah kehamilan. Mari kita lihatnya!

Namun sebelum itu mari kita lihat terlebih dahulu tentang apakah itu ikat rahim.

Serba Sedikit Tentang Ikat Rahim

Ligation Diagram

Ikat rahim atau dalam bahasa perubatannya dipanggil sebagai Ligation Tubal Bilateral (BTL) adalah prosedur pembedahan yang melibatkan sekatan tiub fallopian untuk mencegah ovum (telur) daripada disenyawakan dengan sperma. Ia adalah salah satu daripada langkah pencegah untuk mengelakkan kehamilan yang pernah disentuh sebelum ini di sini

Prosedur BTL boleh dilakukan dengan memotong, membakar atau mengeluarkan bahagian tiub fallopian atau dengan meletakkan klip pada setiap tiub. BTL digunakan apabila wanita mahu menghalang kehamilan. Ia dianggap sebagai bentuk kawalan kelahiran yang tetap, walaupun dalam beberapa keadaan ia boleh diundur. Namun, tetap terdapat kesan sampingan yang mungkin berlaku. Saya pernah bertanyakan tentang hal ini pada doktor pakar Obstetrik dan Ginekologi, baca lebih lanjut di sini.

Alasan Umum Yang Biasa Tentang Ikat Rahim

1. Tidak Mahukan Zuriat

Don't want children

Saya mahukan 3 orang putera dan 2 orang puteri.

Saya mungkin ambil anak angkat sajalah. Saya tiada masa sebab sibuk uruskan gim”

Apa yang dikatakan Shalini masuk akal juga. Dalam dunia yang serba moden, gaya hidup kita juga berubah. Pasangan mungkin memutuskan untuk tidak mempunyai zuriat akibat komitmen dan tanggungjawab yang mereka perlu tanggung, sehingga perlu berfikir dua tiga kali untuk memiliki darah daging sendiri.

Di samping itu, wanita pada masa kini juga menitikberatkan tentang nilai estetika dan kecantikan, yang mana kedua-dua aspek berkenaan akan berisiko ketika wanita hamil atau selepas bersalin. Kehamilan bukanlah sekadar itu sahaja, adakah anda tahu bahawa tubuh badan anda akan mengalami perubahan fizikal selepas kehamilan?

2. Mengawal Jumlah Anggota Keluarga

Family Planning

Sesetengah pasangan mempunyai sasaran mereka sendiri berkenaan saiz keluarga. Ada yang mahu ramai dan ada juga yang mahu sedikit. Itu adalah keputusan anda sendiri, jangan benarkan sesiapa mempengaruhi anda!

Ia bergantung kepada pandangan anda sendiri. Mempunyai 11 orang anggota keluarga tidak menjamin bahagia tetapi mempunyai 3 orang anggota keluarga juga tidak semestinya anda akan sunyi. Aktiviti bersama keluarga adalah kunci utamanya.

Evan juga berhasrat untuk mempunyai lebih ramai anak. Namun tidak bagi Lisa.
“Sepasang cukuplah. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Lengkaplah keluarga saya”

Berbalik kepada topik ikat rahim sesetengah keluarga mungkin merancang jumlah keluarga sejak dari awal atau memutuskan untuk tidak lagi mempunyai anak selepas beberapa tahun. Ikat rahim adalah kaedah yang berguna untuk perancangan kewangan, ekonomi dan juga kekukuhan sosialisasi dalam keluarga. Malahan ia juga mengeratkan lagi hubungan mesra dalam keluarga.

3. Tuntutan Kerjaya

Career

Pernahkah anda melihat seorang pramugari atau model berjalan di karpet merah untuk peragaan? Paling tidak pun ia adalah untuk promosi produk kehamilan. Kebanyakan kerjaya komersial memerlukan penampilan fizikal yang tidak menggalakkan kehamilan ketika dalam tempoh perkhidmatan.

Sesetengah kontrak dalam kerjaya juga mempunyai klausa tentang kehamilan dalam tempoh perkhidmatan ketika dan selepas kehamilan wanita.

Lisa juga mengalami dilema disebabkan kerjayanya sebagai seorang peragawati. Dia terpaksa menolak beberapa tawaran peragaan ketika sedang hamil. Dia sayangkan kerjayanya, namun dia lebih sayangkan Lemon! Di tambah pula, Lisa juga mengalami beberapa perubahan terhadap tubuhnya selepas kehamilan!

Terdapat beberapa risiko bekerja ketika hamil. Kehamilan tidak dapat diramal kerana tubuh badan kita juga mempunyai reaksi yang berbeza yang menyebabkan gejala seperti kelesuan dan mual. Ini bukan sahaja bakal menjejaskan kesihatan ibu bahkan juga kepada kandungan. Oleh itu, dalam sesetengah keadaan wanita memilih untuk mengikat rahim bagi memastikan perjalanan kerjaya mereka lebih cerah.

4. Tidak Boleh Hamil Atas Sebab Kesihatan

Health Problem

Kadangkala keputusan melakukan ikat rahim bukankah dibuat hanya untuk kepentingan diri sendiri. Masalah kesihatan mungkin menyebabkan doktor menasihatkan pesakit melakukan rawatan ikat rahim untuk mengurangkan komplikasi kehamilan.

Salah satu penyebab kepada ikat rahim adalah disebabkan masalah penyakit Endometriosis. Antara penyakit yang memerlukan seseorang wanita mempertimbangkan untuk melakukan ikat rahim adalah penyakit endometriosis. Endometriosis merupakan salah satu daripada penyakit sakit puan atau ginekologi yang biasa dialami golongan wanita. Hampir satu daripada tujuh wanita pada peringkat umur di antara 30 dan 45 tahun menghidapinya. Endometriosis tidak bersifat kanser dalam tubuh wanita, di mana sebahagian lapisan tisu dalam rahim dijumpai di bahagian lain dalam badan seperti bahagian pelvis.

Ikat rahim lebih baik dipertimbangkan bagi wanita yang mempunyai endometriosis pada tahap 3 atau 4. Dalam sesetengah keadaan berlaku risiko uri melekat dan sehinggakan rahim terpaksa dibuang. Maka, disebabkan risiko berkenaanlah wanita yang terlibat mengambil keputusan mengikat rahim demi kesihatannya juga.

5. Sudah Menjalani Pembedahan Caesar Sebanyak 3 Kali

ceaser 3 times

Untuk wanita yang pernah mengalami 3 kali pembedahan Caesarean, kehamilan yang seterusnya adalah tidak digalakkan. Kehamilan selepas kali ketiga caesarean bakal memberikan risiko kepada pihak ibu dan anak.

Berminat untuk mengetahui lebih tentang kaedah kelahiran semula jadi atau caesarean? Tekan pada pautan ini untuk pembacaan lanjut.

Ketika pembedahan caesarean dilakukan banyak otot pada abdomen dan saluran darah yang terpaksa dipotong untuk memberikan ruang untuk bayi dapat dikeluarkan. Dalam keadaan berkenaan kulit, otot pada abdomen dan rahim terpaksa dipotong. Oleh kerana ia melibatkan kecederaan pada otot-otot besar ia pasti mengambil waktu yang agak lama untuk sembuh. Malahan mereka juga berisiko untuk berdepan dengan situasi rahim koyak atau pecah pada masa akan datang jika hamil lagi.

Juliet sendiri pernah berhadapan dengan situasi apabila ada salah seorang pesakit yang bermuram kerana disahkan tidak boleh hamil lagi dan perlu ikat rahim.

“Ia adalah untuk kebaikan anda. Anda akan lihatnya nanti. Bersedihlah sekarang asalkan anda gembira di kemudian hari!”

Comforting

Sekali lagi diingatkan bahawa ikat rahim atau peranakan yang dijalankan ke atas wanita yang sudah melalui proses bersalin secara caesarean selama tiga kali adalah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan sistem dalaman anda.

Apakah pendapat anda tentang topik ini? Adakah anda merancang untuk melakukan ikat rahim pada masa akan datang? Jika anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut tentang Obstetrik dan Ginekologi anda boleh tinggalkan pertanyaan anda pada klinik pakar wanita di sini!

Juliet percaya wanita yang merasa sedih melakukan ikat rahim sehingga merasakan separuh jiwanya sudah hilang. Namun ianya mempunyai hikmah. Selepas hujan pasti akan ada pelangi, senyumlah! 😊

Jika anda mempunyai sebarang pendapat atau pandangan, anda boleh kongsikannya pada ruangan komen di bawah. Mari kita berkongsi pandangan dan cerita. Juliet tidak sabar menanti maklum balas daripada anda! 💓


Juliet's TipsPesanan Juliet: Topik kesihatan berkenaan ikat rahim merupakan suatu yang masih tidak dapat difahami sepenuhnya oleh orang ramai. Ikat rahim mungkin dilihat sebagai salah satu kaedah pencegahan kehamilan namun tidak dilihat daripada sudut sebab musababnya. Semoga ini menjadi titik permulaan untuk kita semua memahaminya dengan lebih teliti. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan boleh hantarkan email ke alamat juliet@erufucare.com.

Perbincangan

Lihat Lebih Banyak Komen

Tulis komen anda di sini