Dr Zaharuddin Rahmat @ Mohd.Rawi

Dr Zaharuddin Rahmat @ Mohd.Rawi

Obstetrik & Ginekologi (Pakar Wanita)
Bahasa-bahasa
  • Inggeris
  • Indonesia
  • Melayu

Dr Zaharuddin Rahmat @ Mohd.Rawi

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pakar Gine-Onkologi

Dr Zaharuddin Rahmat @ Mohd.Rawi menamatkan sarjana muda (MBBS) dan pascasiswazah, Sarjana dalam Obstetrik & Ginekologi (MObGyn) Universiti Malaya pada tahun 1998 & 2006. Beliau memperolehi ‘Member of Royal College of Obstetricians & Gynaecologists’ (MRCOG) London pada tahun 2007.

Sebagai ahli kolposkopis (diagnosis & terapeutik) dari British Society for Colposcopy & Cervical Pathology (BSCCP/RCOG) UK, Dr Zaharuddin mempunyai kepakaran untuk menguruskan Pap smear tidak normal dan perubahan pramatang serviks termasuk biopsi serviks, biopsi kon/ Prosedur Penyisihan Elektrosurgikal Zon (LLETZ)/ Loop Elektrosurgical Prosedur (LEEP). Beliau juga merupakan pakar Gine-onkologi yang disahkan (Certified GynaeOncologist, CGO), dari Kementerian Kesihatan Malaysia (Sijil Menamatkan Latihan (Sub-kepakaran) dalam Gine-onkologi,CCST) dan mempunyai penglaman luas dalam menguruskan kanser wanita termasuk kanser serviks, rahim an ovari.

Minat beliau merangkumi perkhidmatan, rawatan dan penjagaan ginekologi & obstetrik yang termasuklah Gine-onkologi (Kanser Wanita), Pap smear tidak normal, kolposkopi, laparoskopi (pembedahan lubang kunci), tumor (fibroid, sista ovari, endometriosis), menstruasi tidak normal, pembedahan kompleks dan kes obstetrik umum.

Sebagai Bekas Pensyarah Kanan Perubatan dari Universiti Malaya, Dr Zaharuddin giat menjalankan kursus, seminar dan ceramah kepada pelajar sarjana muda, pascasiswazaah dan pengamal perubatan. Sebagai ahli pakar Gine-onkologi, beliau berusaha untuk memberikan perkhidmatan rawatan rapi yang bermutu tinggi kepada pesakit.

Kelayakan
  1. Sarjana Muda Perubatan, Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) - Universiti Malaya, Malaysia
  2. Sarjana Obstetrik & Ginekologi - Universiti Malaya, Malaysia
  3. Pakar Gineonkologi Bersijil (CGO) - Persatuan Onkologi Ginekologi Eropah (ESGO)
  4. Persijilan Kolposkopis (Diagnosis & Terapi) - Persatuan British untuk Kolposkopi & Patologi Serviks (BSCCP) UK
Badan Berdaftar Profesional
  1. Malaysian Medical Council (MMC) (No. 35273)
  2. National Specialist Register (NSR), Malaysia (No. 126066)
Keahlian Profesional
  1. Ahli, Kolej Diraja Obstetrik dan Ginekologi (RCOG), UK
  2. Ahli Bersertifikat, Persatuan British untuk Kolposkopi & Patologi Serviks (BSCCP) UK
  3. Ahli, Akademi Perubatan Malaysia (AMM)
  4. Ahli, Persatuan Onkologi Ginekologi Eropah (ESGO)
  5. Ahli, Persatuan Kanser Ginekologi Antarabangsa (IGCS), Amerika Syarikat
  6. Ahli Fellowship, Kolej Antarabangsa Pakar Bedah, Amerika Syarikat
Lokasi Doktor

4.8 Berdasarkan 30 ulasan
Doktor Waktu Ketersediaan
Ahad:
Tutup
Isnin:
09:00 - 17:00
Selasa:
09:00 - 17:00
Rabu:
09:00 - 17:00
Khamis:
09:00 - 17:00
Jumaat:
09:00 - 12:00
Sabtu:
09:00 - 13:00