Dr Tan Kean Joo

Dr Tan Kean Joo

Estetik Kecantikan dan Anti-Penuaan
Bahasa-bahasa
  • Inggeris
  • Melayu
  • Mandarin

Dr Tan Kean Joo

Doktor Estetik

Penampilan fizikal bukanlah perkara yang sangat penting tetapi tidak boleh dinafikan bahawa ia memberikan pengaruh terhadap tanggapan pertama kami kepada orang lain.

Perubatan estetik menggabungkan prosedur non-invasif dan kurang invasif untuk mempertingkatkan penampilan seseorang. Saya percaya, tanpa mengubah wajah sepenuhnya dan hanya menyerlahkan ciri-ciri yang sedia ada dalam seseorang, kami dapat membina keyakinan diri dan menampilkan persona individu tersebut.

Mulanya, pengetahuan saya terhad dalam bidang perubatan estetik. Semasa pendidikan perubatan ataupun latihan dalam hospital, saya tidak terdedah kepada sebarang kes yang berkaitan dengan perubatan estetik. Saya bersyukur kerana Klinik Pakar Kulit KO memberikan peluang pembelajaran dan kerjaya. Dengan menyertai salah satu pusat perubatan estetik yang terkemuka, saya mempelajari pelbagai teknologi terkini dalam bidang ini.

Konsultasi yang tepat amat penting. Pertemuan pertama antara pesakit dengan doktor akan menentukan keyakinan pesakit terhadap kami. Semasa konsultasi saya perlu mengambil tahu permintaan pesakit dan menentukan sama ada ia realistik dan boleh dicapai, kemudian membuat cadangan rawatan yang bersesuaian. Tentunya, terdapat masa di mana pendapat pesakit dan doktor bercanggahan. Namun, saya memastikan nasihat yang diberi adalah profesional dan harap kami dapat melaraskan pelan rawatan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Ini amat penting kerana ia mempengaruhi tahap kepuasan pesakit dan mengurangkan risiko aduan/komplikasi.

Kelayakan
  1. Sarjana Muda Perubatan, Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) - Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Malaysia
  2. Sijil Perubatan Estetik - Akademi Perubatan Estetik Amerika (AAAM)
Badan Berdaftar Profesional
  1. Malaysian Medical Council (MMC) (No. 50115)
Keahlian Profesional
  1. Ahli, Akademi Perubatan Estetik Amerika (AAAM)

List of related clinics/medical centers: