Dr Sharifah Halimah Jaafar

Dr Sharifah Halimah Jaafar

Obstetrik & Ginekologi (Pakar Wanita)
Bahasa-bahasa
  • Inggeris
  • Melayu
  • Mandarin

Dr Sharifah Halimah Jaafar

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi

Dr Sharifah Halimah Jaafar adalah seorang pakar perunding Perbidanan & Sakit Puan di Hospital Pakar Regency. Beliau mempercayai bahawa setiap wanita berhak dirawati oleh doktor yang berdedikasi dan penyayang yang bukan sahaja menyediakan jagaan berkualiti serta amalan yang berdasarkan bukti perubatan malahan juga boleh berkawan.

Beliau memperolehi Ijazah Perubatan (M.D) dari University Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia ipada tahun 1991. Kepakaran seterusnya adalah dalam bidang Obstetrik & Ginekologi. Beliau meluluskan ujian MRCOG (UK) Part 1 pada tahun 1997 dan kemudiannya memperolehi Ijazah Sarjana Perubatan dalam Obstetrik & Ginekologi (M.Med O&G) dari UKM pada tahun 2001. Beliau berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan ditauliahkan sebagai Pakar dalam Obstetrik & Ginekologi oleh Daftar Pakar Kebangsaan, Malaysia dan juga merupakan seorang ahli Akademi Perubatan, Malaysia. Beliau menerima latihan amali dalam pembedahan minimal invasif dan pembedahan laparoskopi ginekologi di Pusat IRCAD, Taiwan. Beliau juga telah menjalankan latihan amali dalam Kesuburan & IVF dari pusat CREST Vietnam pada tahun 2014. Beliau memupuk minatnya dalam perubatan estetik dan telah melengkapkan 3 modul latihan dengan Akademi Perubatan Estetik Amerika serta telah dianugerahkan Sijil Lembaga Perubatan Estetik, USA pada tahun 2012. Beliau juga ditauliahkan oleh Kementerian Kesihatan sebagai Pakar Perubatan Estetik pada tahun 2014.

Dr Sharifah berpengalaman dalam bidang Obstetrik & ginecologi di hospital kerajaan dan juga hospital swasta di Utara Malaysia. Sebelum berpindah ke Johor dan bekerja di Hospital Pakar Regency, Dr Sharifah bekerja di KPJ Ipoh dari tahun 2009 hingga tahun 2015. Beliau telah melakukan lebih daripada 5000 penghantaran Cesarean, pelbagai pembedahan sakit puan secara konvensional dan laparoskopi.

Dr Sharifah juga seorang penyelidik yang menyumbang kajian saintifik perubatan dalam bidang Bersalin & Kelahiran yang berkualiti kepada Cochrane Collaboration. Beliau telah mengarang dan mengarang bersama sebanyak 7 kajian sistematik Cochrane yang telah diterbitkan di Cochrane Library. Beliau seorang penulis prolifik dan telah menulis & menerbit banyak artikel yang mengenai kesihatan wanita dalam majalah dan surat khabar kesihatan di seluruh negara.

Beliau merupakan seorang ahli seumur hidup kepada Persatuan Perubatan Malaysia, Persatuan Obstetrik and Ginekologi Malaysia, Persatuan Endometriosis Sedunia, Persatuan Endoskopi Asia Pasifik, Akademi Perubatan Estetik Amerika, Persatuan Kesuburan Amerika dan berhubung dengan Persatuan Kanser Ginekologi Malaysia.

Dr Sharifah lebih berminat dalam pengurusan penyakit gangguan haid dan hormon yang termasuklah Sindrom Ovari Polisistik, Fibroid Rahim, Endometriosis dan Rawatan Kemandulan. Beliau juga mempunyai kemahiran dalam pembedahan laparoskopi ginekologi dan ginekologi estetik.

Kelayakan
  1. Doctor of Medicine (M.D.) - National University of Malaysia (UKM)
  2. - National University of Malaysia (UKM)
Badan Berdaftar Profesional
  1. Malaysian Medical Council (MMC) (No. 29950)
  2. National Specialist Register (NSR), Malaysia (No. 123764)
  3. Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice (LCP) by the Ministry Of Health Malaysia
Keahlian Profesional
  1. Member of Academy of Medicine of Malaysia (AMM)
  2. Board Certified Member of American Academy of Aesthetic Medicine (AAAM)
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.