Dr Low Tze Choong

Dr Low Tze Choong

Ortopedik
Pemulihan Perubatan / Fisioterapi
Perubatan Sukan
Bahasa-bahasa
  • Inggeris

Dr Low Tze Choong

Pakar Ortopedik - Kaki dan Buku Lali

  • Sub-pakar khusus dalam permasalahan kaki dan buku lali.
  • Fellowship terlatih di UK dalam rawatan kecacatan dan kecederaan kaki dan buku lali mengguna pelbagai senarai opsyen dari ortotik higgalah ke prosedur kompleks pembedahan.

Dr. LOW adalah pakar kaki dan buku lali di KLSMC. Beliau memperolehi ijazah perubatan dari National University of Singapore pada 1988 serta berjaya menyempurnakan tugas dengan National University Hospital dan Alexandra Hospital dalam Ortopedik sebelum kembali ke Malaysia pada 1996. Beliau meneruskan usaha menimba latihan di Hospital Kuala Lumpur dan pada 1999 dilantik sebagai Pakar Ortopedik dan Traumatologi Hospital Kajang di mana beliau membina minat yang mendalam terhadap Pembedahan Kaki dan Buku Lali.

Pada 2001, Dr. LOW melawat Harborview Medical Center, Seattle di Amerika Syarikat dan bertemu dengan pakar terkemuka antarabangsa bidang kaki dan buku lali – Profesor Sigvard Hansen – yang memperkenalkan kepada beliau pelbagai konsep dan idea mengenai penyakit berkaitan kaki dan buku lali. Pada 2004, Dr. LOW ditawarkan jawatan Fellow Kaki dan Buku Lali di Wirral Foot Unit di United Kingdom. Di situ beliau menimba latihan untuk melaksanakan pembedahan pembetulan pelbagai kecacatan kaki dan buku lali. Antara rawatan yang beliau pelajari ialah gejala hallux valgus, yang dikenali umum sebagai bunions, mengguna teknik Scarf Osteotomy yang semakin popular di kebanyakan negara Eropah. Ketika berkhidmat dengan NHS, beliau menimba banyak pengalaman dalam menangani permasalahan kaki dan buku lali.

Dr. LOW juga kini terbabit secara aktif dalam melatih pelajar lepasan ijazah tempatan dalam bidang pembedahan kaki dan buku lali.

Kelayakan
  1. Sarjana Muda Perubatan, Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) - Universiti Kebangsaan Singapura (NUS)
  2. Fellowship yang Dilatih dalam Pembedahan Kaki dan Ankle - England
Badan Berdaftar Profesional
  1. Malaysian Medical Council (MMC) (No. 32346)
  2. National Specialist Register (NSR), Malaysia (No. 124526)
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.