Dr. Lim Jia Hong

Dr. Lim Jia Hong

Estetik Kecantikan
Dermatologi (Kulit)
Bahasa-bahasa
  • Kantonis
  • Inggeris
  • Melayu
  • Mandarin

Dr. Lim Jia Hong

Doktor Perubatan Estetik

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) daripada Kolej Perubatan Melaka-Manipal pada tahun 2011. Dr Lim berkhidmat dengan Hospital Kerajaan selama 5 tahun dan dikurniakan "Anugerah Perkhidmatan Cemerlang" oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2015 sebelum memulakan kerjaya sebagai Doktor Kecantikan dengan Klinik Aessence.

Dr. Lim mendapat kelayakan dalam Perubatan Kecantikan daripada Pensijilan Rawatan kecamtikan (MAC) di dalam sebuah program pada tahun 2015 yang dihadari ramai peserta serta organisasi yang mengamalkan Perubatan Kecantikan. Beliau kini turut sedang menghabiskan diploma dalam Perubatan Kecantikan dengan Akademi Perubatan Kecantikan Amerika (AAAM) dan akan meneruskan pengajian dalam Diploma Lanjutan dalam Dermatologi bersama Akademi Perubatan Keluaga Malaysia pada masa akan datang.

Beliau mempercayai bahawa setiap orang patut membesar dengan sihat dan tampil anggun. yang mana kesihatan akan melengkapkan fizikal, mental, sosial seseorang sehingga dapat menutup kelemahan sesuatu penyakit. Beliau turut terpanggil untuk rawatan profesional yang disesuaikan dengan pesakit. Ini bukan sahaja baik untuk manfaat bidang kecantikkan bahkan untuk manusia.

Ketika tidak bertugas, Dr. Lim kebiasannya akan menghabiskan masa di gelanggang badminton. Beliau juga aktif di dalam selaman skuba, menjelajah setiap sudut selaman untuk melihat dunia eksotik dan pada masa yang sama menikmati keindahan alam.

Kelayakan
  1. Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery (MBBS/MB ChB/MB BCh/MB Bchir/BMBS) - Melaka-Manipal Medical College, Malaysia
  2. Diploma in Aesthetic Medicine - American Academy of Aesthetic Medicine (AAAM)
Badan Berdaftar Profesional
  1. Malaysian Medical Council (MMC) (No. 58826)
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.