Dr Edmund Ong Thiam Lock

Dr Edmund Ong Thiam Lock

Ortopedik
Pemulihan Perubatan / Fisioterapi
Perubatan Sukan
Bahasa-bahasa
  • Inggeris

Dr Edmund Ong Thiam Lock

Ortopedik Pinggul dan Tulang Belakang

  • Sub-pakar khusus dalam ortopedik pinggul dan tulang belakang.
  • Fokus kepada trauma Ortopedik, penggantian sendi dan rawatan kemerosotan tulang belakang dewasa.

 

Dr. ONG ialah Pakar Bedah Perunding Ortopedik & Trauma di KLSMC. Beliau adalah pakar khusus yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam kecederaan pinggul dan tulang belakang. Berkelulusan ijazah kepujian dalam pembedahan, anatomi, biokimia, fisiologi dan farmasi dari National University of Ireland pada 1985, beliau kemudian menjalani internship di Hospital Kuala Lumpur dan latihan Ortopedik & Pembedahan Am di Hospital Universiti, Kuala Lumpur dari 1986 hingga 1990.

Pada 1990, beliau memperolehi Fellowship dari Royal College of Surgeons, Edinburgh dan menjalani latihan Ortopedik Am di Glasgow Royal Infirmary, Scotland, diikuti dengan latihan formal lepasan ijazah bidang Ortopedik di Wales dan England. Beliau kemudian menjalani latihan sub-khusus dalam Pembedahan Tulang Belakang Dewasa serta Pembedahan Penggantian Sendi di Robert Jones and Agnes Hunt Orthopaedic Hospital Oswestry, England.

Dr. ONG kembali ke Malaysia pada 1994 dan memegang jawatan Pakar Ortopedik Klinikal di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan selanjutnya menyertai sektor swasta. Tumpuan beliau ialah trauma Ortopedik, penggantian sendi dan rawatan kemerosotan tulang belakang dewasa.

Kelayakan
  1. Bachelor of Science (Hons) - National University of Ireland (NUI)
Badan Berdaftar Profesional
  1. Malaysian Medical Council (MMC) (No. 26240)
  2. National Specialist Register (NSR), Malaysia (No. 124492)
Keahlian Profesional
  1. Fellowship Member of Royal College of Surgeons of Edinburgh
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.