Dr. Alan Wong

Dr. Alan Wong

Estetik Kecantikan
Bahasa-bahasa
  • Inggeris
  • Melayu
  • Mandarin

Dr. Alan Wong

Doktor Perunding Estetik

Dr. Alan Wong merupakan doctor yang mempunyai minat yang mendalam di dalam bidang perubatan dan juga telah menemui cintanya terhadap bidang estetika dan anti-penuaan semasa beliau berkhidmat di dalam bidang pembedahan am, sektor kerajaan selama 6 tahun. Beliau sentiasa terdorong untuk menambah pengetahuan dan maklumat yang terkini tentang bidang estetik. Ketika beliau bertugas di Bologna, Itali beliau telah memperoleh peluang emas untuk berkhidmat bersama para pakar terhebat dalam bidang lemak. Beliau juga telah menyambung tugasan di Korea dan berkerja di bawah sayap Prof Kang, pakar pembedahan plastic terkemuka di Korea. Ketika ini beliau dapat mendalami dan menambah pengetahuan dan kemahiran yang tidak ternilai di dalam bidang Pembedahan Kosmetik.

Dr Alan yang sentiasa menginginkan cabaran dan mendalami rawatan terbaru. Ini terbukti apabila beliau sentiasa berusaha dan meraih pelbagai kelulusan termasuk Diploma di dalam Perubatan Estetik, Diploma Dermatologi, Sarjana di dalam Liposuction & Transfer Lemak, Sarjana di dalam pengunaan Botox & Fillers, Sarjana di dalamm Platelet Rich Plasma (PRP) dan Sarjana di dalam Transplantasi Rambut. Semangatnya bergema dengan kuat dan luas, kini beliau melatih rakan-rakannya dalam pelbagai jenis bidang estetik. Beliau juga merupakan jurulatih yang dianugerahkan dan diiktiraf bagi pelbagai prosedur dalam bidang Perubatan Estetik dan Pembedahan.

Kelayakan
  1. Diploma Perubatan Estetik - Akademi Perubatan Estetik Amerika (AAAM)
  2. Kursus Latihan Praktikal dalam Estetik Perubatan - Akademi Perubatan Estetik Amerika (AAAM)
  3. Sarjana Muda Perubatan, Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) - Kolej Perubatan Melaka-Manipal, Malaysia
Badan Berdaftar Profesional
  1. Malaysian Medical Council (MMC) (No. 45538)

List of related clinics/medical centers:


Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.