Go to

Rawatan Osteoartritis

Osteoartritis juga dikenali sebagai penyakit sendi degeneratif. Tanda utama osteoartritis ialah mengalami kesakitan atau kaku sendi dalam tempoh yang panjang. Muka surat ini adalah berbincang tentang jenis rawatan yang biasanya dilihat.

Tiada cara yang dapat mengubati osteoarthritis dengan sepenuhnya. Walaubagaimanapun, jenis rawatan setakat ini dapat mengurangkan kesakitan, mengatasi masalah kaku sendi, memulihkan atau mengekalkan kefungsian sendi, melambatkan kadar kemerosotan sendi. Jenis rawatan adalah seperti berikutnya:

Ubat-ubatan

  • Sesetengah ubat-ubatan oral dapat menahan kesakitan dan menggelakkan berlakunya keradangan. Walaubagaimanapun, ubat-ubatan yang lebih kuat akan membawa kesan sampingan yang lebih serius: pengambilan ubat-ubatan jenis ini yang berlebihan akan memudaratkan badan pesakit.

  • Sesetengah ubat aplikasi luaran digunakan untuk menahan kesakitan dan keradangan. Ubat jenis ini tidak memberi kesan yang ketara jika dibandingkan dengan ubat-ubatan oral.

  • Bagi menahan kesakitan, terdapat juga suntikan pada bahagian sendi yang tercedera. Walaubagaimanapun, suntikan yang berlebihan akan membawa kesan yang di sebaliknya iaitu mampu memburukkan keadaan.

Suntikan Cecair

  • Suntikan cacair sendi pada sendi yang tercedera dapat mengurangkan kesakitan dan melindungi sendi.

  • Secara umumnya, suntikan cecair tidak akan membawa sebarang kesan sampingan. Walaubagaimanapunkesan positif daripada jenis rawatan ini tidak dapat mengekal lama.

Pembedahan

  • Pembedahan penggantian sendi menggunakan sendi palsu untuk menggantikan sendi yang rosak. Walaubagaimanapun, sendi palsu juga akan beransur-ansur mengalami geseran atau kelonggaran, oleh itu, berkemungkinan menjalankan pembedahan penggantian sendi berkali-kali. Oleh kerana berualang kali menjalankan pembedahan seperti ini, kebarangkalian jenis rawatan ini akan berjaya adalah rendah. Hanya sesuai kepada keadaan pesakit yang serius.

  • Dalam sesetengah keadaan, boleh menjalankan osteotomy pada bahagian lutut. Pembedahan ini dapat mengurangkan sakit lutut yang mengalihkan berat badan pesakit daripada sendi yang telah diakibatkan oleh osteoarthritis.

Lain-lain

  • Terapi Fizikal

    Ahli terapi fizikal akan mengikut keperluan untuk menghasilkan program senaman tersendiri. Senaman yang sesuai akan menguatkan otot, agar dapat meringankan kesakitan dan meningkatkan kefungsian sendi.

  • Terapi Cara Kerja

    Jurupulih carakerja dapat membantu pesakit osteoartritis mencari cara, teknik untuk mengatasi masalah yang dihadapi semasa menjalani kehidupan seharian. Ahli terapi juga akan mencadangkan penggunaan tongkat, pelindung tapak kaki dan alat bantuan lain-lain.

  • Akupunktur

    Bagi sesetengah pesakit, akupunktur adalah berkesan untuk menahan kesakitan dan meningkatkan tahap kefungsian bahagian sendi.

  • Tai ChiYoga

    Tai Chi dan Yoga adalah dapat membantu meringankan tekanan dan mengurangkan kesakitan sendi. Walaubagaimanapun, elakkan daripada aktiviti yang lasak, terutamanya gerakan yang mengakibatkan sakit sendi.

  • Makanan Tambahan

    Glucosamine, Chondroitin atau makanan tambahan lain dapat membantu. Walaubagaimanapun, sila mendapatkan pengesahan daripada dahulu disebabkan sesetengah makanan tambahan dapat membawa kesan sampingan.


PerhatianPenjagaan diri boleh menggelakkan daripada memburukkan keadaan, atau melambatkan kadar kemerosotan.

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.