Go to

Tanda-tanda & Gejala-gejala Osteoartritis

Osteoartritis juga dikenali sebagai penyakit sendi degeneratif. Tanda utama osteoartritis ialah mengalami kaku sendi dalam tempoh yang panjang. Muka surat ini adalah berbincang tentang tanda-tanda yang biasanya dilihat.

Osteoartritis boleh menjejaskan mana-mana sendi sahaja, yang paling umumnya adalah bahagian tangan, lutut, pinggul dan sendi tulang belakang. Tanda-tanda dan gejala-gejala osteoarthritis yang sering dilihat telah dinyatakan di bawah. Kemunculan gejala-gejala ini adalah berlaku secara beransur-ansur dan keadaannya akan menjadi lebih teruk dari semasa ke semasa. Walaubagaimanapun, gejala yang dihadapi atau keparahannya adalah berbeza mengikut keadaan pesakit tersebut.

  • Sakit Sendi﹣Terutamanya penggunaan secara berlebihan atau di sebaliknya

  • Kaku Sendi﹣Terutamanya tidak menggunakannya dalam tempoh masa yang panjang (ContohSelepas bangun daripada tidur)

  • Pergerakan sendi akan terganggu.

  • Semasa gerak bahagian sendi yang terjejas, mendapati berlakunya geseran (terdengar bunyi geseran)

  • Terbentuk taji tulang pada sekitar sendi yang terjejas.

Oleh kerana penyakit lain juga berkemungkinan mempunyai gejala yang sama,adalah diperlukan pengesahan daripada pakar ortopedik. Diagnosis osteoartritis melibatkan X-ray atau imbasan MRI, kadang-kala juga perlu menjalani ujian darah.

Mencari klinik-klinik Ortopedik yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.