Go to

Cara Mengatasi Osteoartritis

Osteoartritis juga dikenali sebagai penyakit sendi degeneratif. Tanda utama osteoartritis ialah mengalami kesakitan atau kaku sendi dalam tempoh yang panjang. Muka surat ini adalah berbincang tentang cara mengatasi osteoartritis.

Osteoartritis tidak dapat diubati dengan sepebuhnya, ia juga beransur-ansur akan menjadi lebih serius. Cara mengatasi yang sesuai mampu menggelakkan daripada memburukkan keadaannya. Cadangannya adalah seperti berikutnya. Walaupun osteoarthritis tidak dapat dielakkan, namun cadangan berikutnya dapat melambatkan berlakunya osteoarthritis.

  • Elakkan sendi tercedera

  • Lakukan senaman pada waktu tetap supaya menguatkan otot sendi. Jika mendapati anda tidak menjaga sendi dengan baik atau penyalahgunaan sendi, sila mendapatkan pernyataan daripada ahli terapi fizikal yang berdekatan.

  • Elakkan daripada obes. Ingat mengekalkan berat badan yang sihat.Jika perlu, sila mendapatkan cara kuruskan badan yang sihat daripada doktor yang berkenaan.

  • Tai Chi dan Yoga dapat mengurangkan tekanan dan kesakitan sendi. Walaubagaimanapun, elakkan daripada aktiviti yang lasak, terutamanya gerakan yang mengakibatkan sakit sendi.

  • Sesetengah alat bantuan seperti tongkat, rotan, pelindung tapak kaki dan sebainya dapat membantu pesakit osteoarthritis untuk mengatasi masalah semasa menjalani kehidupan seharian. Sila mendapatkan cadangan daripada jurupulih carakerja yang berdekatan.

  • Mengaplikasikan haba pada sendi yang terjejas mampu mengurangkan kesakitan dan kaku sendi.

  • Menggunakan ais pada sendi yang terjejas mampu mengurangkan kesakitan otot dan kekejangan.

Mencari klinik-klinik Ortopedik yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.