Go to

Penyebab & Punca-punca Osteoartritis

Osteoartritis juga dikenali sebagai penyakit sendi degeneratif. Tanda utama osteoartritis ialah mengalami kesakitan atau kaku sendi dalam tempoh yang panjang. Muka surat ini adalah berbincang tentang penyebab dan punca-punca osteoartritis.

Penyebab utama osteoartritis ialah kemerosotan tulang rawan. Rawan berfungsi untuk mengurangkan geseran pada permukaan di antara dua batang tulang yang menyentuh. Jika tulang rawan mengalami kemerosotan, permukaannya akan menjadi lebih kasar, lalu menghasilkan lebih geseran dan mengakibatkan kesakitan dan kaku sendi. Walaubagaimanapun, penyebab kemerosotan tulang rawan tidak diketahui dengan menyeluruh; ia dapat disebabkan oleh punca lain-lain atau berlaku tanpa sebab. Penyebab kemerosotan rawan yang mengundang masalah osteoartritis adalah seperti berikut:

  • Penuaan

Osteoartritis adalah berpunca daripada faktor genetik atau tabiat kehidupan individu.

  • Kecederaan Sendi

    Disebabkan tidak menjaga sendi dengan baik atau penyalahgunaan sendi.

  • Kecacatan Rawan

    Berkemungkinan disebabkan oleh penyakit lain atau penyakit kongenital.

  • Sesetengah Penyakit

  • Jangkitan Bakteria

  • Obesiti

    Obes akan meningkatkan tekanan pada bahagian sendi, mencederakan tulang rawan.

Mencari klinik-klinik Ortopedik yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.